Wednesday, 31 August 2016

MERDEKA!!!

Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang ke 59 Tahun Buat Semua Rakyat Malaysia.

Malam ini rakan grup taman saya semuanya keluar ke pekan untuk menyambut perayaan tahun merdeka sambil berkelah di taman permainan. Saya menolak untuk pergi dan cuma menanti detiknya di rumah sahaja. Lagi pun minggu ini hujan berterusan turun membuatkan rasa malas terus membeban. Bila kesaorangan begini mengadap komputer..hati tiba-tiba jadi sayu pula. 
Teringat zaman saya kecil dulu..arwah pak & mak tak pernah miss membawa kami adik beradik menyambut merdeka di pekan Alor Setar. Bertempat di stadium awam. Saya berjumpa banyak kawan-kawan kampung yang turut serta pergi bersama keluarga. Paling suka pergi main tepi kolam besar yang penuh dengan pokok teratai. Habis main pergi makan satay dekat kedai kawan baik bapa Ah Yau...
Kini semuanya tinggal kenang2an saja..


Ok kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening! MERDEKA!!!!

Thursday, 18 August 2016

Salad /Lettuce

Janji minggu ini nak post cerita bunga. Nak tunjuk bunga rose yang baru beli masa raya lepas malangnya Che Kam telah merembat 5 pasu  pokok rose saya Jumaat lepas masa sibuk memasak & mengurus majlis harijadi Qaseh yang ke 3 tahun. Begitulah jadinya bila orang keluar masuk dan pagar tidak bertutup. Saya pun sibuk di dapur tak sempat nak ke depan tengok-tengok. Esuk pagi baru saya sedar pokok-pokok tu dah  jadi togel...mmmmhhh..fade up betul.

Redho je lah..kerana ada pokok lain yang dapat  buat saya tersenyum girang. Ni perkenalkan pokok salad merah. Bila tengok membesar begini tanpa cela  rasa sayang pula nak petik & makan!

Pertama kali dulu saya tanam salad hijau. Pun tumbuh eluk walau tak banyak kerintingnya. Mula-mula nak beli benih tu pikir dua tiga kali juga. Iya la..selalu orang tanam kat tempat sejuk. Boleh tumbuh eluk ka...Sebelum ni banyak juga saya semai benih bunga iklim sejuk tapi  tak tumbuh.

Memandangkan rasa nak mencuba tu kuat saya beli juga. Benih pun murah saja. Lima puluh sen sebungkus! Tak sangka boleh bercambah 100%. Tapi untuk sampai kefinal tinggalah satu pasu saja. 

Saya ambil sepokok salad hijau tanam dalam pasu gantung.  Simpan untuk benihnya. Bila tiba masa ia pun berbunga. Kecil comel dan bewarna kuning.

Ini saya tuai benihnya yang matang. Seakan biji jintan tapi warnanya lebih cerah dan tiada bau.

Ini satu lagi jenis salad yang saya beli. Penjualnya Puan Euzie Bina cakap salad minyak. Saya pun tidak tahu samada daun pokok ini mencapai tahap standard atau tidak. Tirus saja  macam daun ketumbar jawa namun pokoknya cepat merimbun. Saya masih menanti melihat tahap perkembangan tumbesaran yang seterusnya. Adakah daunnya akan melebar kelak..

Walaupun perasaan sayang nak memetik  daun tu masih ada tapi pada masa yang sama perasaan nak makan & nikmati daun salad tanam sendiri ini cukup kuat dan tidak dapat di elakkan. Amboi..dramatik pula ya..hehehe..akhirnya Khamis lepas rasmi sudah dia...

Kemarin saya dapati daun salad saya begitu solid warnanya...cantikkan. Boleh kata 99%  daunnya mulai memerah sepenuhnya. Terus rasa nak buat salad. Kali ni rasa sayang dah mulai mengurang....Saya cuma petik daun dari bawah  tanpa mencabut seluruh pokok. 

Ini campuran ramuannya. Ada lebihan labu dari kebun. Saya potong dan goreng bersama kentang. Sebenarnya saya bukanlah pengulam tegar. Saya  cuma suka menanam tapi kurang makan secara mentah. Sambal belacan di rumah pun bukanlah menu wajib tapi saya boleh habiskan semangkuk besar ulam mentah jika disediakan cara begini...

Simple saja..dengan sedikit mayonis & titisan lemon salad merah saya siap di makan. Tiada apa-apa perasa tambahan cuma saya tambahkan aroma dari pucuk ulam Mak Wan atau di kenali juga sebagai false dill.

Ini pokok dill palsu..saya mulai kenalinya sekitar tahun 70an. Nenek cakap ulam Mak Wan. Ada bau berangin dan rasanya sedikit pahit. Arwah mak kalau buat nasi ulam akan masuk daun ni. Ramai orang keliru dan cakap ini  pokok English dill.

Jadi keputusannya tiada mustahil lagi sayuran iklim sejuk memang boleh  ditanam di tanah rendah. Banyak faktor yang mempengaruhi samada pokok ini berjaya di cambah atau tidak. Yang penting mesti terus mencuba, berlajar dan never give up. Kalau betul caranya dan biji benih pun eluk peratus kejayaan adalah tinggi, Seterusnya di atas, percubaan menanam pokok asparagus dari biji benih. Tiga kali mencuba baru berjaya....mmmm..bila tahun nak boleh makan tak tau la...


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!


Tuesday, 9 August 2016

Pagar R&R 2

Akhirnya petang semalam kebun R&R 2 telah di pagarkan dengan pukat ikan terbuang. Kalau nak beli yang baru beratuslah jawabnya. Pukat ini di buang oleh kilang ikan bilis berdekatan. Hubby pula entah apa mimpinya, petang balik dari kerja   terus masuk belukar dekat rumah cari kayu. Terkejut juga saya bila dia cakap nak buat pagar...biar betull....

Ya la selama ini dia tidak pernah berminat nak berkebun atau menolong saya. Pagar R&R 1 dulupun saya upah orang.  Dua petang siap sudah pagar ini. Happy hati saya tak boleh nak cakap lah. ..kawan-kawan pun semua senyum-senyum tengok cik hubby buat pagar. Apa mimpi ni..semua cakap benda yang sama. 

Harap-harap lepas ni Che Kam tak dapat  menjamu selera lagi...Sebelum ini habis semua pokok-pokok buah, sayuran dan ulaman diratahnya. Hampir 6 bulan lamanya mereka berpesta. Kadang-kadang fade up sangat rasa. Saban hari juga  saya terpaksa mengejar mereka tanpa mengira waktu. Sungguh memenatkan. 

Lihat betapa gemuk dan besarnya kambing-kambing ni. Ini sebahagian dari berpuluh-puluh ekor yang dilepaskan bebas berkeliaran. Sedang makan dibelakang dapur rumah.

Petang semalam semasa hubby sibuk memagar, Kaspin dan Kasih  turut meneman.

Tengok gelagat depa berdua bermain..


Kaspin tengah galak bersuka dengan Kasih.

Habis kerja relax dengan tok wan. Tok Wan pula tak pakai baju..haishh...

Pagi tadi saya mula meneras. Mengubah pokok dan menarah rumput. Dua kebun ini  telah disatukan. Lebih panjang dua kali ganda tapi saya duk rasa   tak cukup ruang juga..hish Belanda betul saya ni...

Tengahari saya tuai pucuk turi sulung. Lama dah tak makan daun ni. Buat  masak lemak putih campur labu dan pucuk asin-asin. Makan dengan ikan kering. Sedapnya. pahit-pahit lemak. 

Bunga turi merah cantik macam lipstik.

Sebelum ada pagar saya terpkasa bungkus pokok turi ini begini. Kalau tak togel jadinya. Selain kambing belalang besar & ulat rerama pun suka daun ini. Kerana terhimpit tumbesarannya jadi terencat.

Tak seperti pokok munggai ini yang mencanak tinggi dalam masa lima bulan saja. Selain pokok labu manis, labu air, peria. timun & kundur Che Kam juga tidak pernak berminat dengan pokok ini. itu sebablah dia berpeluang membesar bagaikan juara.  Setakat ini dulu bercerita. Di lain hari kita bertemu dengan kisah bunga pula.


Ok kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!

Tuesday, 2 August 2016

Tebu Telur

Saya mula mengenalinya tahun lepas melalui posting dari ahli grup fb. Sebelum ini memang tak pernah dengar apalagi nak tengok rupanya. Tebu telur? memang kedengaran agak ganjil. Sebelum lihat rupanya saya mati-mati ingat tebu biasa spesis baru mungkin. Tapi bila dah lihat gambarnya ohhh...sungguh tak terduga rupanya ada spesis tebu yang mengandungkan telur...dan boleh pula disayurkan.

Bermula saat itu saya jadi sangat teruja untuk memiliki pokok tebu yang unik ini. Cuma minggu ini baru menjadi kenyataan. Saya beli dari seorang kawan fb bernama Kayoon Wataniah sebab harganya agak manasabah. RM17.00 termasuk harga pos  untuk 5 batang dan hadiah sebatang telurnya untuk dinikmati. Batangnya beruas  sebiji rupa batang tebu cuma saiznya agak kecil dan rasanya tawar tidak manis seperti tebu biasa.

Ini telurnya. Telur tebu ini persis telur ikan berwarna kuning lembut dan dibaluti daun hijau nipis seakan  sudip jagung. Sekali tengok sebiji macam anak jagung muda. Mungkin telur ini sebenarnya adalah buah atau bunga.

Closed up rupanya...gambar ini saya ambil dari gambar seorang rakan fb yang baru menuai tebu telur sulungnya. Serupa telur ikan kan..?  Sebab tu disesetengah tempat di Indonesia dipanggil tebu terubuk. Rasanya..? Inilah yang saya tidak sabar nak tahu. Terus tengahari tu saya masak.. masak lemak kuning campur telur, fucuk dan carrot untuk warna yang meriah.

Mmm...dah siap. Sedap cuma tak dapat nak terangkan rasanya yang tepat kerana sikit sangat telurnya, Tak sempat nak kunyah lama dah terus masuk perut. Cuma yang pasti teksturnya lembut gebu bila dikunyah. Ada rasa macam bunga kobis  dan anak jagung. Telur tebu ini boleh di pelbagai masakkannya. Samada gorengan, sup, kari atau masakkan berkuah pedas, Saya sudah tanam batang-batangnya. Moga bertunas, hidup subur dan bertelur banyak. InsyaAllah.


Ok kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!