Sunday 22 January 2017

Dwarf Abutilon

Abutilon ialah sepupu dengan bunga raya / hibiscus. Malah daun dan biji benihnya sama juga dengan benih bunga raya. Datang dari famili yang sama iaitu Malvaceae. Cuma kita jarang tanam Abutilon kecuali di Cameron Highland kerana beranggapan bunga tempat sejuk tidak sesuai ditanam di tanah rendah yang bercuaca panas.  Abutilon boleh didapati dengan pelbagai warna dan bentuk yang menarik tetapi di negara ini jenis yang ada sangatlah terhad.

Dalam kenangan. Abutilon yang saya beli di Cameron dua tahun lepas. Mula-mula saja cantik kemudian beransur  pudar tidak sihat. Jemu melihat lalu saya abaikan sampai bawa kemati. Hurmmm...macam serik dah nak beli bunga Cameron Highland.

( gambar google )

Namun pasal bunga saya  selalu lupa janji.  Kali ini beli biji benih online. Dwarf Abutilon. Tengok gambar google sangat tergoda. Kalau yang mati dulu jenis pokok yang meninggi dan separa menjalar. Yang ini pula jenis katik.

Teruja sungguh. Semai 6 biji tumbuh 6 pokok tapi sepokok mati akibat kegatalan tangan sendiri. Tinggal 5 pokok pun sudah kira OK sangat. 

Kudup pertama. Happy tak boleh cerita walau sekuntum saja keluar. Pokok pun membesar dengan sempurna tapi memang katik.  Walaupun kecil dan kurus tapi puas hati pokok tanam sendiri berjaya berbunga.

Tadaaaa.....si ballerina dah kembang! Satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Cuma color saja agak pudar...

Masuk bulan ke 3, bena putih sudah mula meyerang. Pucuk daun semua jadi kerekot. Anehnya  pokok tidak lagi katik tapi makin meninggi. Bunga pun makin banyak keluar. 

( gambar google )

Masa tanam dulu saya selalu berangan nak bunga lebat macam gambar tapi tidak menjadi. Mungkin faktor baja yang tidak menepati. 

Hasil tanam biji benih beginilah. Banyak risiko yang perlu dilalui. Dari mula menyemai sehinggalah berbunga. Wajib punya kesabaran tahap dewa. Tidak tahu kenapa saya suka sangat bereksperimen cara begini. Lebih mudah beli yang ready made dengan bunga berketul-ketul tapi itulah tidak semua bunga yang kita suka ada jual di pasaran setempat.  Cara mudah beli biji benih dan semai. Pada masa yang sama boleh didik jiwa lebih kental dan berani mencuba. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
















Friday 13 January 2017

Bunga Raya: Hibiscus

Cuaca sekarang sungguh tidak menentu. Sepatutnya bulan January merupakan musim kemarau tetapi hujan masih membanjir turun. Semasa balik kampung minggu lepas banyak juga pokok yang rosak akibat ditimpa air yang berlebihan. Banyak daun yang diserang kulat. Pada masa yang sama saya juga di hadiahkn dengan satu kejutan!

Bunga raya merah ini kembali berbunga setelah hampir tiga tahun merajuk. Rupanya pokok pun macam orang juga kena berubah suasana dan tempat. Saya ubah dari halaman ruman ke kebun. Baharu kembali pulih kesihatannya. 

Asal dari pemberian jiran yang membelinya semasa bercuti di Cameron Highland. Inilah kenangan yang tinggal kerana  jiran tersebut sudah pun berpindah  balik ke kampung halamannya  di Perak hampir lima tahun yang lalu. 

Sekarang terdapat pelbagai variati kacukan berada dipasaran. Kebanyakkan bunga raya hybrid besar kelopaknya dan  warnanya sangat terang dan menarik. Ada peminat tegarnya sanggup membeli biji benih dari luar negera dengan harganya yang mahal.

Setakat ini saya cuma ada tiga jenis bunga raya di rumah. Mungkin masa hadapan boleh bertambah lagi koleksinya.

Setakat ini dulu kisah bunga di laman. Sebenarnya banyak bunga baru berkembang tapi saya tidak ada masa untuk berkongsi cerita kerana masa banyak dihabiskan berkebun dan menjaga cucu. Minat saya pada bunga masih mendalam tidak berubah. Setiap bulan pasti ada benih dan pokok baru yang menyinggah cuma masa saja agak terbatas.


Ok kawan-kawan. please take care. Happy blogging & happy gardening!



Sunday 1 January 2017

Selamat Datang 2017...

...dan selamat tinggal 2016.....Saya cuma berharap agar saya menjadi semakin lebih baik hati nurani,  jiwa & raga dan seterusnya dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta ....suami, anak cucu, saudara mara, kawan, jiran tetangga, kucing-kucing dan pokok-pokok yang disayangi.  
Bersyukur saya masih sihat bernafas dan masih dapat menikmati keindahan warna alam ciptaan Tuhan.   Untuk semua rakan-rakan bloggers saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017. Semoga persahabatan maya ini berkekalan dan perpanjangan. 

Pink Aster.


OK kawan-kawan please take care! Happy blogging & happy gardening!