Thursday 31 October 2013

Morning Walk .... Story Of My Green Leaf


Gambar ni di ambil pagi semalam...selepas tengok pokok Che Wa, saya terus fokus kepada daun2 hijau yang mendominasi kawasan laman kecil saya. Kebanyakkan koleksi dari rumah sewa lama di Kampung Teluk Kedak. Saya menetap disana selama 17 tahun. Cuma sebahagian saja yang masih hidup dan berumur belasan tahun..kagum saya dengan kekuatan dan semangat hayat hidup mereka. Begitulah orang selalu berkata: menjaga pokok biarlah dengan penuh kasih sayang, sering bercakap dan membelai mereka. Ya, saya percaya dan sering melakukannya. Menjaga mereka bukan bermakna cuma perlu menyiram dan membaja semata-mata, ada sesuatu yang lebih dari itu kerana mereka pun dikira ciptaan Ilahi yang ada naluri. Bermula dari menyemai sehinggalah berputik dan berbunga, ketika itu apabila melihatnya akan lahir  satu perasaan yang sungguh indah dalam hati...seronok, puas dan bangga. Apa lagi kalau bunga sulung...mmmmm..senyum 24 jam.
Dengan menggunakan camera dari handset nokia 'chokia' saya ( dah masuk 5 tahun usianya) saya terus mengambil gambar2 ini.  Ada sesetengah gambar dan warnanya tidak sharp sebabnya ya la....see the camera la kannn...

Pokok yang tidak tahu namanya. Saya membelinya sekitar awal tahun 2000 kerana terpikat sangat dengan bentuk dan corak daunnya. Ada bermacam-macam corak. Saya beli 3 pasu lain corak Satu pasu besar RM24.00 di pasar malam Kuah dari Che Din dan isterinya Timah.  Jenis berizom dan boleh bercambah melalui biji benih.
Yang ini pun species yangserupa tapi berlainan corak. Dibeli sekitar tahun, tempat, harga dan dari tuan yang sama.

Satu lagi corak yang berbeza. Cuma tinggal 2 batang saja lagi. Tiga bulan lepas nampak macam nak mati sangat. Dok net..net orang Kedah kata,  tapi saya terus keep going bagi dia semangat. Tengok tu  dah nampak nak eluk balik. Harap2 beranak pinak la banyak2.
Melur yang melilit di pagar.  Di bawa dari rumah sewa lama. Ambil dari rumah tuan rumah. Mak Tom dan Pak Usup. Dua-dua dah arwah sekarang.
Jenis berizom. Pun tidak tahu nama. Ada dua jenis. Satu lagi warna daunnya putih kuning cerah. Ehsan dari Dayang Dr Ghani. Saya bekerja dirumahnya selama hampir 7 tahun. Dari tahun 1998 -2005. Banyak juga pokok2 herba yang diperolehi dari mereka suami isteri. Saya masih simpan beberapa jenis daripada pokok2 tersebut. Nanti kita update.

Koleksi belasan tahun, Money Plant. Mula2 tengok di rumah kawan Kak Fuziah Bang Ya di Batu Asah. Nama tuannya  dah lupa. Sekitar awal tahun 2000. Dia letak dalam  mangkuk kaca kecil berair dan display atas meja sudut. Punya la berkenan... Nak minta malu. Kawan pun ada ciput saja. Tapi itulah,  hanya pecinta setia saja yang boleh memahami hati rakan sealirannya, dia kerat sorang sekerat dan bagi pada kami berdua. Walaupun panjangnya 4 inci saja tapi cukup membuatkan hati saya kembang...terima kasih la pada si empunya. Baik dan mulia sungguh hati dia. Sampai hari ini ianya masih hidup di galeri saya dan sudah serata tuan  pokok ni bertempat.
Pokok Paku kesayangan pemberian dari Dayang Dr Ghani. Satu lagi jenis kecil. Baru mati bulan May yang lepas. Bukan pasal tak jaga tapi mati dilanyak oleh ketiga-tiga anak Kaspin yang tengah galak bermain. Boleh la marah..tapi lepas tu rasa nak tergelak la pulak....

Tidak tahu nama. Beli di rumah Pak Chat Ulu Melaka sekitar akhir tahun 90an. Nursery ni Kak Tipah yang kenalkan. Tuan nursery ini memiliki tanaman landscape yang begitu banyak. Rambang mata saya dibuatnya. Merupakan nursery pertama di Langkawi saya lawati untuk beli pasu dan pokok.
Kak Tipah pula merupakan seorang rakan baik dan banyak menolong membawa saya ke hulu  dan kehilir suatu ketika dulu. Murah. Satu bekas plastik harga dia RM2.00 saja...
Koleksi belasan tahun. Sejenis lagi pokok paku. Dulu saya ada berbelas jenis juga koleksi pokok paku pakis ni. Banyak yang dah mati. Yang tinggal beberapa jenis saja lagi. Pokok ni saya dapat dari Keda Wang Tok Rendong.  Hampir dua bulan saya mengintainya. Di kesempatan yang ada, saya terus minta beli, tapi tuan dia baik hati. Bagi free saja. Memang baik hati orang Keda..
Koleksi berbelas tahun. Sejenis dengan money plant juga. Tak sengaja terjumpa di celah batu. Terus ambil masuk pasu. Kesian.... 7  tahun dia merana tanpa perhatian...terima kasih kerana masih bernyawa.! Dirumah lama,  saya biarkan ia memanjat kedinding dapur. Membesar daunya menjadi sebesar tapak tangan dengan color yang solid. Warna coklat maroon. Beli di nursery Lee di Taman Langkawi akhir 90an. Satu pasu RM4.00. Murah masa tu harga. Lee yang saya kenal adalah seorang pecinta tegar tumbuhan yang suka menanam pokok sehingga boleh membuka nursery sendiri. Banyak juga pokok2 yang saya beli di nurserynya. Dia suka menyemai sendiri. Sudah lama Lee  berpindah ke Batu Asah. Selepas nursery dia bergiat menanam pokok2 pisang pula. Dah lama tidak ke kebunya. Rasa2 nak kena pergi juga, nak cari pokok lotus. harap2 masih ada.
Ehsan dari Maksu Kastam. Dah berbelas tahun dah ni....Mak Su pun dah lama berpindah ke Sungai Petani selepas Pak Su pencen. Ramai geng kastam yang saya kenal beli rumah di Sungai Petani. Termasuk lah Kak Fuziah Bang Ya dan Kak Ri. Mereka-mereka ini satu waktu dulu pernah mewarnai rencah kehidupan saya. Apa kabar la mereka semua....Banyak kenangan...
Koleksi berbelas tahun. Money Plant daun kosong hijau. Asal tanam dulu2  daun kecil saja. Dah berpuluh kali tarik dan buang tapi tetap tumbuh dan memanjat ditempat yang sama. Apa yang special sangat la tingkap tu kat dia.... Pemberian dari abang kandung saya. Abang Din. Juga penggemar tanaman.
Saya juga pemintat Begonia ( Asam/Resam Batu ) Segan  nak bagitau, koleksi Begonia saya yang dulu2 semuanya dah mati. Yang panjang hayat dia cuma satu saja tinggal. Tu pun sebab dia dari jenis yang tahan lasak.   Sekarang saya dah mula start nak buat koleksi Begonia balik. Dah pergi tengok kat satu nursery baru2 ni. Mak ooiii...mahalnya harga.  Pasu kecil pun Rm18.00. Dulu2 beli RM6.00 ja....
Yang diatas ini ambil dari rumah di kampung masa balik baru-baru ni. Pokok ni pun induknya pun dah bertahun-tahun juga usianya. Setelah ibu tiada, adik bongsu saya pula mewarisi menjaga pokok2 mana yang ada. Adik saya ni lagi hebat sanggup habis beratus ringgit sehari demi pokok bunga. Pun pecinta tanaman. Satu masa dulu sanggup datang membeli pokok2 kegemaran dia di nursery-nursery sekitar Langkawi.
Begonia terkenal dengan corak dan bentuk daunya yang cantik. Bunga2nya juga pelbagai dengan warna yang kebanyakkanya terang dan menarik. Boleh dibiakkan melalui keratan daun. There's a lot variety of Begonia.  Beribu jenis. Uuhhh...teringat ingat Begonia2 cantik saya dulu.
Koleksi berbelas tahun. Daunnya juga yang menarik minat saya lalu dapatlah sedikit dari jiran dikampung lamaaa...dulu...sampai sekarang masih bertahan.
Oh, pokok ini adalah one of my favourite plants! Hampir sebulan juga saya tunggu untuk mendapatkannya dari Nursery Kak Rose Kelantan di Kelibang. Sebelum dapat, siang malam teringat ingat terutama kat corak daunnya la tu. Usianya juga sudah berbelas tahun dan masih didalam pasu yang sama ( selepas diubah dari pasu asal ) Kak Rose pun dah lama jual nurserynya dan mengikut suami barunya pindah ke Kuala Lumpur. 
Banyak orang minta, tapi yang ini rasanya tidak pernah saya beri kepada sesiapa, bukan kedekut tapi sebabnya nak kena korek keluar susah. Kena angkat keluar seketul dari pasu dan belah kecil2. Kalau tarik begitu saja nanti terputus dari rizomnya. Itu yang lece. Ada bunga tapi tidak bercambah benih pun. Waktu beli harga dia RM16.00 sepasu kecil. Wah ! waktu tu kira mahal la tu...
Koleksi belasan tahun . Dapat dari rumah Mak Su Kastam. Pokok Buluh Cina daun bercorak. Itu nama yang saya bagi la...nama saintifik pokok2 ni banyak yang saya tidak tahu dan tidak begitu berminat nak ambil tahu.walaupun sering membaca. Itulah, sampai sudah tak tahu nama pokok. Tak apa bubuh saja nama versi sendiri. Bunga Petunia yang cantik tu pun ada nama komersil dia. Tau nama apa diaorang panggil kat sini ? mmmmm Shah Rukh Khan. Ada title Datuk lagi....kau ada?
Sudah bertahun pokok ni ada di pasaran tapi saya tidak beli, bukan apa jemu kadang2 tengok tak padan2 dengan harga diaorang jual . Mahal.. Masa bulan puasa baru-baru ni saya balik kampung di Gelung Air ( kampung saya berhampiran dengan Musuem Padi Negeri Kedah, tapi saya rasa tak berminat pun nak masuk tengok.) adik saya bawa ronda2 tengok pokok di nursery. Dia pun sibuk nak beli bunga untuk Raya. Taukeh tu  bagi RM8.00 ja sepasu. Tunggu apa lagi. beli la....di Langkawi ada satu nursery jual harga RM18.00. Woii...banyak beza tau...Chupppp!!! comercial break sat di bawah..
Ni depa berdua ni kat mana saya ada disitulah depa menempek! Sama naik nak cek pokok bunga. Sampai patah pokok2 kita semai. Sorang Manager, sorang assistant. Site inspection la tu...kalut sungguh!
Chewahhh...cek kualiti air hujan semalam...walau apa pun si berdua ini lah yang memeriahkan kehidupan kami sekeluarga. Sayangnya macam anak juga...saya menyebut 'mak' pada mereka,  hubby pula  'abah' dan anak2 perempuan saya 'kakak'. nanti nak update kisah depa berdua ni pula...to be continue...





Wednesday 30 October 2013

Welcome To The Club! - Cerita pokok Che Wa part 1



Pagi ini sebelum pergi kerja saya seperti biasa akan ronda-ronda tengok pokok bunga dan kebun kecil dibelakang rumah. Cuaca terang. Tak hujan pagi ni. Jenguk keluar rumah, wahhh....awal depa no....ada 'geng baru' pokok bunga sekarang ni...siapa? Guess who? sapa lagi...jiran sebelah dan depan rumah la...2 orang kawan baik saya...hahaa...dah terjangkit virus saya la tu ..' welcome to the club my dear friends..! Syukur alhamdulilah akhirnya ada juga geng baru setelah sekian lama......

Ada kaki baru ni ...bolehlah sama2 ronda nursery lepas ni. Sebenarnya hampir 7 tahun  sudah saya berpindah ke perumahan ini, malang sungguh tidak ada seorang pun dari kawan2 saya ni berminat dengan pokok bunga. Saya ni mcm cakap sorang2 ja...Ada juga dia orang beli dan tanam...mmmm..bolehlah eluk sebulan dua lepas tu mati beragan la pokok tu dalam pasu haa..jangan mare...betul tu kan...OK la Ok la...jom tengok apa ada pagi ni...



Ahli Kelab No 1 - Wawa @ Che Wa sedang tekun tanam Ros Jepun ( portulaca )

Mana Geng Baru No 2..? Eh, tak sempat pula ambil gambar. Tak apa la lain2 hari kita update. Bercerita pasal Che Wa, saya sungguh happy melihat keterujaanya nak tanam pokok bunga.. ( hobi pun bersebab..kisahnya...hubby dia tegur rumah kosong tak dak pokok apa2..cuba2 lah tanam pokok bunga....) Tak kisah lah..janji dia berminat dan aku menyokongnya 500% walupun puas dia di perli oleh geng2 kami yang lain termasuk hubby saya....Eleh,,betul tu nak tanam..takut esuk2 Kak La ( saya lah tu ) yang kena siram pula...Tapi dia begitu bersungguh. Saya suka..semangatnya yang tergedik-gedik dan saya pula biasala...bila bab bunga ni, dengan senang hatinya rela menjadi 'freelance consultant' dan of coz...dengan berbesar hati juga sedekahkan apa2 pokok yang terlebih dalam stok..Oh! satu lagi nak cerita, Che Wa ni perangai dia nak yang besar2 dah dalam pasu macam kat rumah saya tu. Oisshh...gitu kalu kena beli kat nursery la...Puaslah juga kami nasihat..' tanam yang kecil have more fun..kita boleh tengok macamana dia membesar...' 
Tengoklah pokok2 yang saya bagi tu...






Pokok Palm.

Sejenis lagi Pokok Palm ( tak tahu nama saintifik dia..)


Pokok Bogak


Pokok Buluh Cina


Pokok Ati-Ati

Ada beberapa lagi pokok yang tak sempat di up date. Tak apa lah....to be continue.....

Monday 28 October 2013

MY KEBUN - Sayur Tahun Lepas

Kacang Kelisa
Kecintaan saya pada pokok cukup menebal. Hidup saya rasanya tak sah  kalau tak ada pokok. Rasa macam beku, kaku dan bisu...Oleh sebab itu walaupun duduk di rumah taman yang  tanahnya cuma sekangkang 'tikus' ( peribahasa baru - kalau kangkang kera tu kira besar juga la...) saya masih tetap meneruskan hobi sepanjang hayat saya - berkebun....
Kebanyakkan pokok2 sayur ni ditanam dan diambil gambarnya pada tahun lepas. Sebenarnya banyak lagi koleksi pokok2 sayuran yang saya tanam keliling rumah tapi sesetengah gambar2nya telah terdelete dalam memori. Sayang...tak dapat nak 'menunjuk'
Oleh kerana rumah ditaman keluasan tanahnya terhad jadi saya ambil kesempatan tanam atas tar  sampaikan rumah jiran sebelah pun jadi mangsa, termasuklah  ruang belakang rumah sewa anak saya yang kebetulan terletak dibelakang rumah saya sendiri. 

Tengok  ni.., semua pokok2 ni ditanam disebelah rumah jiran yang kebetulan waktu tu belum pindah lagi kesitu...Ambil kesempatan la ni!
Buah kundur...tumbuh dari benih kenduri. Ehsan dari mak kawan baik dari Pulau Tuba
Kailan...walau tanah keras 'kong' tapi menjadi juga
sawi putih

Hasil Tuaian

Bendi 
+
Kacang Panjang
Cili Merah Besar...pun benih hasil dari kenduri
Roselle

Ulam Raja

Tembikai
Dah masak pun...dah boleh makan

Saturday 26 October 2013

SUPPPPRISSSSSE.........ANUGERAH HARI SABTU


Tiada apa yang saya boleh buat pagi ini. Hujan seharian. Hujan rahmat. Begitulah yang selalu orang cakap. Ya, saya setuju. Bayangkan bumi tanpa hujan, kering kontang. Bagai hidup di Gurun Sahara. Tidak dapat lah saya melihat kehijauan di sekeliling. Syukur alhamdulillah, saya lahir dan hidup di Malaysia. Bumi subur lagi indah!



Saya cuma dapat melihat-lihat saja dari pintu rumah. Kelihatan kelopak  bunga melung dah mulai berkembang. Dalam dok syok tengok bunga melung tiba2.....tau apa yang saya nampak  ? Ya Rabbi.., habislah benih2 bunga yang aku baru semai ni...Tekalah apa hadiah  yang saya dapat..





SUPPPPPPPRRRRISSSEE.........!!! ANUGERAH HARI SABTU...... Dua ketul tergolek dalam pasu semaian. Habislah benih petunia dan cosmos merah aku....Tau dah kerja sapa ni. KASTIIIIHHHHH ....grrrrrr...!!!!




Tengoklah...tau pula buat muka takut. Lari masuk celah pasu. Hai Kastih....frust mak tau, orang punyala exited semai benih2 tu. Beli on line lagi. Geram sangat tapi nak pukul tak sampai hati. Ya la, dah hujan seharian kan, toilet kat luar nu...mau tak melepas dalam pasu. Dak eluk ja terbentang tanah depan mata...apalagi melepas la...



Friday 25 October 2013

Pokok Melung Berbunga Akhirnya...

malasaad.blogspot.com
Tiba-tiba pagi ni ternampak bunga melung ni dah tinggi memanjang. Hari2 asyik hujan jadi tak sedar bila dia keluar  bunga. Dah berbelas tahun tanam dalam pasu ni. Dari rumah lama sampai kerumah baru, ini lah pertama kali berbunga. So exited..... Pokok melung ni satu species dengan pokok lily juga kut rasanya. Tengok rupa bentuk serupa ja...Pokok ni saya ambil di Pulau Beras Basah. Ex Boss saya En Zainol dulu uruskan private chalet di situ. Saya selalu juga masuk kesana berehat dan memancing.  Masa ambil tu  mengandung anak bongsu 4 bulan. Sekarang anak saya dah umur 18 tahun...bayangkan betapa lamanya jangka hayat pokok ni. Lasak betul..Pokok melung ni ada nilai perubatan. kalau terseliuh boleh ambil sehelai daun dia, layur biar lembut dan tekap/balut dengan kain ditempat yang sakit. Boleh juga tumbuk halia dan lilitkan dengan daun. Saya pernah cuba pun. InsyaAllah bengkak akan sembuh.
.

My Little Garden..Part 1


Alamanda Peach

Alamanda Maroon

Torenia magenta dan portulaca

Torenia Deep Blue & Rose

Sepit Ketam Orange
 Heliconia 

Sepit Ketam Pink + Orange


Heliconia dan Bunga Raya

Bird of Paradise

Portulaca atau Rose Jepun

Dwarf Petunia