Friday 20 March 2015

My....Mrs Huntington

Akhirnya....

Di hadiahkan juga kepada saya sejambak kembangnya...sangat puas hati dan happy...

Berputik dalam musim panas terik, membuatkan hati saya rasa agak gusar kerana takut dia tidak dapat berkembang dengan sempurna.

Namanya pun English roses, terbiasa hidup di tanah tinngi dan tempat sejuk rupanya sangat toleran dengan  cuaca setempat. Comel bersahaja dia mengembangkan kuntumnya tanpa sebarang keraguan seperti tuannya!

Pada awal berbunga, setiap dahan cuma mengeluarkan sekuntum bunga, kemudian berlajar-berlajar dua kuntum bunga..

Berwarna pink lembut, bersaiz besar, kelopaknya terbentuk berlapis-lapis, kuntumannya lebih cenderung merunduk kebawah. 

Setelah 7 bulan berlalu barulah putik-putik mawar ini berlajar keluar secara bergugus.

Kemudian perlahan-lahan mengambil giliran, kembang satu persatu menayangkan rupa sebenarnya kepada saya.

Saya begitu teruja dan sangat asyik memerhatinya setiap pagi, petang dan malam.

Kerana sudah lama saya tidak membeli pokok ini, rasa-rasanya berbelas tahun sudah. 

Dan kini, bila melihat Huntington saya berjaya membesar sempurna  rasa teruja untuk menanam rose timbul kembali.

Sebab itu saya rasa sungguh berbaloi membelinya dari EM Nursery..

Walaupun pada waktu awal bookingnya saya agak ragu-ragu, hantar pokok ros by pos, bolehkah hidup pokok yang sampai nanti. Saya tidah boleh bayangkan. Bila sampai saja depan mata..buka kotak..mmmm...panjang satu meter lebih. Berbaloi dengan harga RM50.00...dan diluar dugaan sangat cepat membesar.

In tag IDnya..dari Rakmit Roses Thailand.

Dulu saya berkira-kira hendak sandingkan Mrs Huntington  dengan rose jambak Prospertiy. 

Konon-konon bila berbunga nanti berjambak-jambaklah keluar mawar pink & putih. Ala-ala Inggeris style...tapi tidak juga menjadi sebab ruang pula tidak mencukupi..

Bila masa berlalu, Mrs Huntington pun sudah serasi hidup dilaman, saya kembali semula teruja untuk membeli mawar yang baru. Awal bulan ini saya order pula Red Piano. Saya berdoa dan berharap dia juga akan serasi dengan cuaca panas setempat seperti kawannya sebelum ini. 



Sunday 8 March 2015

Bunga Kampung 3 - Jealousy...

Sila jeles....
Hurmp....begitulah kedengaran suara adik saya dihujung talian bila saya beritahu jadi balik kampung pada cuti  CNYear baru-baru ini. Semestinya menyentuh pada pokok-pokok bunga yang ditanamnya dan seperti biasa saya juga amat teruja untuk melihatnya.
Bila sampai di rumah, keluar saja dari kereta...wahhh....saya sememangnya serta merta  menjadi jealous...

Cantiknya Azalea dia.....

Azalea merah yang comel disimbahi sinaran mentari pagi..

Patut dia cakap ..sila jeles...rupanya setiap sudut rumah ada Azalea..



Saya suka Azalea, pernah tanam tahun lepas. Dua kali saja berbunga kemudian terus mati. 

Azalea kepunyaan adik  ini sudah memasuki tahun ke dua, sentiasa meriah berbunga.
Sebenarnya bukan Azalea saja yang menonjol, bunga-bunga lain pun semuanya cukup meriah berbunga. Lain-lain bunga akan saya post di minggu berikutnya pula.

Pun begitu dibawah ini saya masih mahu bercerita lagi pasal bunga-bunga liar yang tumbuh dikeliling rumah, walaupun liar tapi bunga-bunga yang keluar cukup cantik dan menarik...

Tidak seperti morning glory di atas yang sedia dikenali, bunga ini saya jumpa menjalar didepan rumah..Bunganya bewarna putih seakan kembang seri pagi juga, tapi waktu gambar ini dirakam, banyak bunga sudah gugur, cuma yang kelihatan pod biji benih dan putik bunga sahaja.

Ini pula sejenis bunga rumput..Mmmm..macam-macam saya mahu rakam dalam masa yang singkat. Walaupun letih tapi hati cukup puas..

Ini pula buyung warisan nenek, mungkin sudah masuk seratus tahun,..Tanpa menyedari usia sebenar buyung ini, selamba saja adik buat lapik pokok bunga Azaleanya...., .melihat bunga-bunga berkembang sering mengingatkan saya kepada arwah ibu dan ayah, pencinta tumbuhan sejati..Pulangnya saya kekampung pun kerana kenduri mengadakan bacaan surah Yassin dan tahlil buat arwah berdua.  Kalau mereka masih ada, tentunya merasa bangga kerana anak bongsu kesayangan ibu dan ayah masih meneruskan kesinambungan kecintaan mereka terhadap  bunga dan tumbuhan. Al Fatihah. Amin.







Wednesday 4 March 2015

Bachelor Button @ Bunga Butang

Lazimnya di kampung saya di kenali sebagai Bunga Tiga Bulan. Seingat saya, arwah ibu pernah  menanamnya semenjak saya kecil lagi. Di kampung selalunya ia tumbuh merimbun penuh dengan bunga. Warna-warna yang ada ketika itu ialah putih, pink dan ungu. Tidak lama kemudian menyusul pula warna pink muda dan seterusnya bunga kahwin dengan warna putih campur pink muda. Cuma warna-warna tersebut sahaja yang berada di ingatan dan saya tidak pernah duga rupa-rupanya masih terdapat warna lain lagi yang lebih menarik.

Meriah berbunga pemberian dari Julie M.

Ini dia! ...Cantik bukan. Mesti ramai yang belum pernah melihat apatah lagi menanam bunga butang warna merah ini...

Saya begitu teruja bila pertama kali terbaca tentang benih bunga warna  ini yang dijual oleh  Mieyza Dahalan di group fb. Tidak berlengah saya terus buat tempahan dan membelinya. Murah sangat, satu peket cuma RM2.00 sahaja. Bila sampai terus tanam...

Pada awal pertumbuhan, saya menjadi ragu-ragu, melihat pada bentuk daun yang keluar, sangat jauh berbeza dari bunga butang kampung yang biasa ditanam dimana daunnya lebih besar dan lebar. Batangnya lebih besar dan berwarna kemerahan sedangkan bunga butang merah & oren ini daunnya tirus, kecil dan batangnya pula memanjang dan rebah. Betulkah mereka ini sefamili Amaranthaceace ?

Boleh nampak perbezaan fizikal yang ketara bukan...Ini bunga butang kampung warna pink.

close up sikit...

Tapi bila dia mula berbunga...wahhhh...rasa puas dan happy sangat. Warnanya cukup terang dan ceria. Memang betul mereka sefamili tapi yang merah ini dari kelompok Gomphrera Globosa asal dari Amerika Latin.

Bunga butang juga dikatakan  mempunyai khasiat dan nilai  tersendiri dari segi perubatan. Seperti biasa saya cuma melihatnya dari segi kecantikkan semata-mata. Julie M satu waktu dulu pernah posting tentang kelebihan bunga butang ini dalam entrynya.. Mari kita kongsinya bersama.

Warna Pink Muda yang baru berlajar berbunga...( hasil barter trade sesama ahli group )


Namun saya tidak pasti pula samada jenis yang ini mempunyai khasiat yang sama dengan butang kampung.

Tapi tak mengapalah. itu tidak menjadi soal kepada saya, yang penting, saya tanam, dia hidup dan berbunga......Siapa sangka ya, Butang Oren...

dan Butang Merah dari luar negara ini boleh tumbuh cantik dilaman kita.

Seterusnya saya masih mencari bunga butang ungu dan dwiwarna pink + putih untuk melengkapkan koleksi dilaman. Mungkin kawan-kawan yang lain pernah melihat warna lain selain daripada yang saya pamirkan disini. Sila kongsi bersama...