Sunday 28 September 2014

Beli & Tanam..

Tumbuh tak, boleh hidup ka...sesuai tak dengan cuaca..tahan panas tak..? 'Simpton' ini selalu melanda saya setiap kali mahu membeli benih dan pokok bunga.  Terus terang katakan, saya memang tidak tahan godaan dengan pokok bunga ini. Sejak azali, ia semacam satu addict. Bermula awal 90an hingga sekitar 2006, saya banyak hura duit untuk bunga dan saya tidak pernah ada konsep. Sebut lah bunga apa, semuanya saya ada dan beli. Tuan rumah selalu komplen rumah saya macam hutan rimba tapi dimata saya ia tetap cantik. Dulu-dulu saya mudah beli bunga sebab ada jual dipasar malam berdekatan rumah. Satu minggu dua kali. Sebulan? Bayangkan..kemudiannya saya berhenti beli kerana berasa rugi, banyak pokok mati kerana waktu itu tahu beli sahaja tapi knowledge kurang. Akhirnya saya cuma tumpu dan bela dengan apa saja yang ada.

 Sehinggalah sekitar hujung 2013, saya mula tersedar banyak pokok-pokok yang saya suka telah hilang disimpanan. Samada mati atau pupus tanpa sedar. Untuk mencarinya semula bukanlah satu kerja yang mudah. Banyak nurseri-nurseri yang saya  pernah langgani disini sudah ditutup ataupun  kurang produktif. Akhirnya saya cuba-cuba berlayar..dan dari saat itu bermulalah satu episod baru....booking internet!

Pokok pertama yang saya cari ialah Morning Glory & Petunia kampung. Pencarian ini telah menemukan saya dengan Diana dari kebunbahagiabersama

 
Saya memang gila morning glory. Banyak jenis saya beli dari penjual berbeza tapi tidak semua berhasil. Ada yang mati tanpa sebab yang jelas. Ini saja antara yang berjaya berbunga.

Dan ini pula morning glory pertama yang saya beli dari Diana. Saya panggil dia Scarlet O'hara.  Tabur benih saja terus hidup...kemeriahan bunganya telah berjaya membuat saya tergoda dan lupa diri...penyakit lama sudah datang kembali..

Saya sudah ketagih beli bunga balikk... satu masa dulu saya pernah bertekad tidak akan beli petunia hybrid selain dari petunia kampung yang tahan lasak tapi sukar pula dicari. Akhirnya saya melanggar sumpah juga...beli dan beliii....tapi petunia dengan saya tidak pernah serasi. Habis lama sebulan saja hayatnya. Semua yang di gambar telah mati...

 Sukar untuk menolak keinginan memiliki yang kuat. Bermula awal tahun 2014 saya teruskan hobi membeli. Bila tidak ada di nurseri saya  mencari  dari penjual online yang lain juga bertukar-tukar benih. Yang lukisan cantik itu benih percuma dari Julie M. Saya berinya benih matahari dan morning glory.

 Bunga telang putih yang tidak sangka kewujudannya, saya beli benih dari Olive. 

Sudah ada bunga matahari tapi tak cukup, nak beli pula jenis lain...

Redsun. Beli benih dari Mieyza Dahlan ( Seed Galore )

Masuk fb kelab pencinta bunga, berkenan pula dengan rose memanjat Hurtington. Gila tengok rose yang mereka jual. Terus beli online dari EM Nursery. Panjang hampir satu meter. Puas berdoa dalam hati..hidup lah pokok..jangan mati ya...mahal ni....

 
 Setakat hari ini sudah melebihi satu meter. Lebih kurang sebulan setengah. Bunga pertama sudah berputik. Tak sabar nak tengok kembangnya. Sepatutnya rose ini bergugus bunganya. Mungkin masih awal..sekuntum pun dah memadai.

Airplant ...order dari mudah.my. Bila sampai buka kotak, sepotek saja pokoknya dan daunnya agak kering tapi tuannya cakap..that's Ok. Saya pun - no worry tapi dalam hati,,,jangan mati ya..Harganya  boleh tahan. 

Kes tengok bunga cantik dari ahli kelab. Mandevilla empat warna order dengan EM Nursery...dalam masa dua hari saja sampai.

Namun masalah tetap ada walau beli di nusery - pilih sendiri yang segar ataupun order dari internet - pasrah saja yang bagaimana dapatnya..dua dari mandevilla saya mati. Waktu sampai eluk saja. 

 
Tinggal dua pokok saja lagi.. Tengok trellis hasil kerja 'krastangan' saya...


Biji benih lotus. Tiga hari sudah bertunas. Saya pernah beli dan tanam sebelum ini tapi tidak tumbuh. 

Rupanya ada cara. Gosok dengan kertas pasir sampai nampak isi putih kemudian rendam dalam air. Salin air setiap hari. Masih ada baki 4 biji lagi belum tumbuh...

Tengok inilah cabaran dan risiko yang harus dihadapi. Semai sudah ikut cara yang betul Tumbuh tapi bila dipindah kepasu dua benih mati pucuknya cuma satu yang tinggal.

Berbelas tahun saya cari pokok blue daze ini. bagus juga joint kelab fb, akhirnya dua minggu lepas saya dapat dari Nano Nursery. Mereka panggil blue diamond. Murah saja sepokok RM5. Sampai Ok. Bila tanam mati sepokok Bukan mudah ya nak bagi pokok hidup subur..


Ruellia pink dan putih yang terkini order dari Nano Nursery.

Ruellia biru saya dah ada...Rasanya cukup sudah. Mungkin harus henti sebentar kegilaan ini.

Sebenarnya untuk menanam pokok pun perlu ada ilmu. Rajin membaca dan bertanya. Asasnya perlu tahu tentang tanah, baja, cuaca dan cara penjagaan yang betul.  Selalunya    kesilapan teknikal boleh membuatkan pokok atau biji benih mati. Siram lebih mati siram kurang pun mati. Pokok periwinkle ini mati pangkal diserang fungus. Tabur benih berpuluh sepokok saja sahaja yang hidup.  

Waris-waris petunia yang berjaya meneruskan kesinambungan induknya.

Rupa2nya makin banyak kita mengenal pokok semakin banyak yang kita tidak tahu mengenainya. Semacam saya, ingatnya sudah pandai rupanya saya juga masih jauh ketinggalan. Menanam pokok bukan sekadar korek lubang dan tanam. Ada skill tertentu yang harus di praktikkan. Contoh, biji morning glory diselaputi lapisan keras.  Oleh itu sebelum di tanam rendam dulu semalaman biar kulitnya lembut.

Hasilnya kali ini 98% semaian tumbuh..tapi di peringkat tumbesaran masih juga dibelenggui risiko samada berjaya subur berbunga atau sebaliknya.

Senang-senang tanam MG pantai dan MG kampung ini. Modal tidak payah. Cucuk batang hidup pun...

Begitulah saya dan pokok. Tidak pernah serik-serik walau dilanda masalah yang sama berulang-ulang. Sekarang mari kita lihat antara pokok-pokok belian saya yang mati di tahun ini. Bermula gambar di atas...

Ini...  

Dahlia Cameron yang amat mengecewakan..gila daun..bunga seterusnya sekuntum pun tidak tumbuh. Saya buang semua.

Semua mati....kecewa..? ..sedih?

 Memang lah...tapi, bila tengok bunga yang dinanti sekian lama berlajar berbunga..wahhh..suka hati..

Morning glory yang saya ambil dari kampung raya lepas dah membesar dan berputik. Contoh bunga  seperti yang digambar pertama. Trellis pun hasil krastangan juga... 

Mmmm...begitulah kisah dan kejadiannya. Pokok sama juga seperti manusia, banyak remeh dan ragamnya. Bagaimana dengan kisah rakan yang lain, apakah anda berperistiwa  seperti saya..atau mungkin lebih bernasib baik lagi..nasihat..never give up.. kalau nak ceria tanamlah bunga..
Saya..tunggu the one and only nasturtium di atas berbunga....

Saturday 13 September 2014

Rain ..Rain.. Go Away...

....come again another day...
Wind wind blow a far..
Blow until you reach a star..
Thunder also loud...
Come and hide behind the cloud...

Lagu masa sekolah rendah. Sudah berpuluh tahun berlalu namun liriknya yang simple begitu melekat di memori. Hujan sepanjang bulan, itulah yang boleh saya katakan. Cuaca sentiasa mendung.

Kabus menyelubungi bukit. Saya ambil gambar persekitaran rumah pagi tadi..

Belakang depan..kiri kanan

Semuanya berkabus. Tapi siapa kita untuk menahan kuasa Tuhan ini? Terimalah dengan redha.

Tidak semua bunga boleh bertahan dengan hujan yang berlebihan. Kelopaknya akan gugur dan kuntuman bunga nampak merunduk tidak bermaya. Termasuklah kosmos kuning ini. Hujan yang berlarutan hampir sebulan, membuatkan pokok-pokok ini goyah dan daunnya mereput.

 
 Bandingkan keadaan cosmos pada hari panas. Ceria saja. Saya perasan ada sesetengah pokok mengeluarkan cosmos yang berlapis kelopaknya sedangkan benih asal selapis sahaja.


 
Hujan  yang lebat disertai angin kencang telah membuatkan alamanda depan rumah condong ke laman homestay sebelah. Saya ambil keputusan  memotong separuh batang pokoknya.

 Sebahagian bunganya yang masih segar berkembang saya masukkan  dalam timba kecil. Memang sayang sebenarnya hendak memotong alamanda ini, tetapi dek kerana terlalu serabut tak dapat saya elakkan.

Manakan tidak, disinilah berkongsinya garlic vine,  sky vine ( thunbergia)

 Mini alamanda pun membelit disitu juga..

Termasuk bunga melur dan juga prosperity roses...

Semua pokok-pokok ini akan diubah kepasu mengikut giliran dalam masa terdekat.

Bahagian  besar alamanda yang lain saya beri pada nursery berdekatan rumah. Senang hati ada orang ambil. Tengok Che Kam dah rasmi dulu... 

Angin kencang juga telah mematahkan tangkai bunga matahari giant saya ini.

Matahari batch kedua sudah mulai berbunga dari bulan lepas tapi saya dapati agak sukar untuk mengambil gambarnya kerana pokok ini sudah tinggi  melebihi 7 kaki.  

Kelompok bunga dari salah sebatang pokok yang ada . Kisahnya saya posting lain hari.

Saya nak cerita pasal cotton rose dulu. Cuma mula berputik bunganya  bila saya pindahkan kehomestay sebelah yang terdedah dengan full sun.

Walaupun dah biasa sangat tengok bunga ini tapi inilah kali pertama saya tanam pokoknya. Teruja nak tengok dia tukar color.

Namun pagi esuknya  saya dapati  kuntuman bunga tiada dipokok. Rupanya hujan lebat telah mematahkan tangkainya. Saya pungut dan letak semula ditempatnya. Snap. Mmm...nampak agak  real  juga. Tak boleh lah tengok  tukar color rose dan pink. Next episode. InsyaAllah.

Namun tak semua bunga alah hujan. Zinnia, tetap ceria semasa saya ambil gambarnya time hujan renyai waktu senja.

Periwinkle

Lily first bloom

Pertama kali dapat tengok telang putih satu layer kembang sempurna. Selalu belalang, Che Kam  dan siput yang makan. 

 Tiba-tiba saja torenia color terang  ini muncul Tidak sedar pun...
  
 
Petunia. Ada juga waris. Semai benih dari pokok induk yang saya beli dan hidup tidak sampai sebulan.