Showing posts with label Butter Daisy. Show all posts
Showing posts with label Butter Daisy. Show all posts

Friday, 9 September 2016

Bunga-Bunga di Kebun

Sudah lama tak bercerita pasal bunga. Gambar yang di ambil pun dah bertapuk dalam folder. Semuanya sebab tertumpu pada berkebun sayur. Lagipun sekarang musim hujan. Bermingu-minggu sudah hujan turun siang malam...banyak jugalah pokok yang mati dan melecur sebab air yang berlebihan.  Tak dapat nak buat apa-apa untuk selamatkan...
Kali ini nak melihat bunga-bunga di kebun saja sebab bunga di laman banyak yang cedera dimakan Che Kam. Hish, memang tak boleh ingat pokok-pokok rose yang dirembatnya...geram betul..

Ini bunga matahari hasil benih campak-campak. Sepokok saja hidup tapi serinya menghidupkan pagi yang mendung.

Walau dalam cuaca mendung si kenaf ini tetap menawan dan memikat hati dengan warnanya. 

Pokok ini membesar eluk dimusim hujan.

Thunbergia antara pokok paling berusia.  Sebelum in tak berpeluang berbunga dilaman rumah. Asyik kena potong sebab tak cukup ruang. kini hidup subur di kebun.

Berbanding Thunbergia, pendatang baru ini lebih menyerlah birunya. Pokok pungut di Cameron Highland semasa percutian tahun lepas. 

Bunga daun sekentut. Waktu  kembang berumpun  cantik dan manis sangat dia ni..

Penyeri kebun..separuh koleksi ros jepun saya mati diserang kulat.

Butter Daisy yang sentiasa  ceria..

Tiga Bulan yang berbulan-bulan setia menemani pokok timun.

Satu-satunya morning glory yang bertahan kembang sampai kepetang. Sudah hampir dua tahun pupus dari koleksi. Ini terjumpa dirumah adik. Bawa balik kerumah semula masa raya puasa lepas. 

Kebanyakkan bunga di kebun bercambah sendiri secara semula jadi. Saya biarkan tumbuh merata ceruk. Biar bersaing bersama sayuran yang ditanam. 

Ikut selera dia orang sendiri mana nak tumbuh mana nak panjat....

Cypress Vine. Dulu kehilangan warna merah. Sekarang saya tercari pula warna pink. Manakala yang putih sedang membesar. Begitulah bunga-bunga saya, terleka sikit hilanglah dari pandangan...

Ruellia. Salah satu bunga yang sangat lasak juga mudah bercambah.

Ruellia pink

......dan putih.

Cosmos kuning yang suka bermesra dengan siapa saja...cosmos oren pula belum nuncul-muncul bunganya. Harap saya tak kehilangan. 

Kupurama ini menayang kepak kusamnya didepan saya. Sikit dia tak peduli dengan camera di depannya. 

Tetap menarik dan subur walau mengendeng di tepi  pagar.

                                                Torenia pula selesa begini...menumpang teduh

Tidak kira ceruk mana mesti berjumpa pokoknya. 

Pokok ini memang penakluk hebat. Seluruh kebun dia bertempat.

Penutup tirai bunga kebun, si Angelonia yang berbau harum ( bagi saya ). Pokok ini sangat menjadi feveret . Di tanam sepanjang kebun untuk dijadikan pokok pagar. Sebenarnya bunga-bunga di kebun ini bukan setakat menjadi hiasan semata-mata. Mereka juga bertindak sebagai peneman dan pencegah serangga semula jadi bagi pokok-pokok sayuran yang di tanam.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!







Thursday, 29 January 2015

Bunga dan Musim Kemarau - 1

Sekarang musim kering/kemarau sudah melanda di tempat saya. Sudah hampir tiga minggu hujan tidak turun. Kawasan padang rumput yang menghijau sudah bertukar warna. Saya agak risau dengan situasi ini kerana ini bermakna kelompok Che Kam akan beralih kepada pokok-pokok saya seratus peratus sebagai ganti rumput yang makin mengering. Banyak pokok-pokok dilaman homestay yang tidak dapat menahan terik mentari, menjadi layu dan mati. Menjadikan laman ini separuh kosong.

Musim kemarau juga menyaksikan kembalinya kupurama kelaman homestay. Walaupun cuaca kering namun masih ada lagi bunga-bunga yang tahan lasak berkembang segar  menarik unggas cantik ini berterbangan untuk menghisap madu.

Saya perasan ada seekor kupurama jenis baru  dengan corak dan warna yang begitu menarik melawat pokok kemuning saya. Agak malang saya tidak sempat merakam dengan sempurna, terkejut dengan kehadiran, dia cepat-cepat terbang lari. Saya berharap satu hari nanti dia datang lagi..

Walaupun mengharap kupurama tadi  melawat lagi, namun dalam masa yang sama saya  mulai risau dengan kembalinya  mereka kesini kerana ini bermakna  akan ada ulat-ulat yang memakan bunga dan daun. Lihat bunga Zinnia di atas, sudah ada yang bersarang dikelopaknya.

Bunga-bunga dilaman homestay adalah yang paling terdedah dengan cuaca ekstrim ini. Yang paling banyak mengering ialah pokok Torenia. Namun cosmos green lime  berlapis pemberian dari Julie M kelihatan segar berkembang tanapa sebarang masalah.

Cosmos yang berasal dari Amerika Latin ini bersaudara dekat dengan Ulam Raja yang memang terkenal mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan bagus untuk makanan kesihatan.

Ceria dalam panas terik.

Ini pula Daisy Butter. Bunga Peace.  Itu nama yang saya kenali pada zaman 70an dulu ketika mu;la-mula menanamnya. Namanya di gelar begitu kerana ia sering dijadikan pelekat dan ikon lambang keceriaan pada zaman hippies melanda.  

Saya memang suka sangat bunga comel ini. Agak lama juga ia hilang dari koleksi. Pemberian dari seorang kawan, kini saya mula menyemai benihnya untuk menceriakan taman. Daisy Butter kini sering dijadikan tanaman landskap.

African Marygold. Jenis  ini saja yang masih tinggal. Manakala tiga lagi jenis Dwarf French Marigold saya sudah pun putus benih.  

Berasal dari Mexico dan Guatemala, bunga  ini juga dikenali panggilan tempatan sebagai bunga Tahi Ayam. Walaupun berbau busuk tapi saya tetap menyenanginya kerana ia rajin sekali berbunga.

Termasuk dalam senarai paling tahan panas adalah bunga Satay ataupun bahasa botaninya Angelonia.

             
Juga berasal dari Amerika Latin, bunga ini sering dijadikan pokok pilihan untuk taman ala Inggeris. Dirumah, saya menanamnya kerana bunganya yang cantik,comel dan berbau masam manis, bukan kerana konsep.

Angelonia kedua saya. Berwarna pink belacan. Masih mencari lain-lain warna untuk disatukan.

Si Biru Brazilian Snapdragon, sangat cantik dan amat tolerate dengan terik matahari. Bunga ini sentiasa ramah berkembang setiap hari tanpa terkesan pun. 

Cantik kalau ditanam dalam kelompok yang banyak.

Mengakhiri kisah, RJ jenis baru yang di beri oleh adik saya, membesar cepat dengan suburnya. Saya letakmya ditempat yang tidak diterjah cahaya panas sepanjang hari. 

 Rare? Begitulah katanya. Pun pemberian dari adik. Manakala dua lagi jenis RJ rare mati gagal diselamatkan. Memandangkan bumi homestay sudah lama tidak disimbahi hujan, saya telah mengambil keputusan untuk membuang mana-mana pokok yang layu. Kecilkan kuota tanaman dan siraman. Begitulah yang mampu saya buat dimusim kemarau ini. Moga di musim yang seterusnya saya dapat meriahkan  laman ini kembali.