Sunday 19 April 2015

Abutilon

Nama yang agak unik. Dari famili Mallow, Malvaceae ia juga dikenali dengan beberapa nama,. Antranya Indian Mapple, Chinese Lantern atau juga Lampion. Dan yang lebih istimewa bunga ini mendapat nama dari Ibnu Sina - Ilmuwan Islam yang juga di kenali sebagai Bapa Perubatan Moden. Abutilon terdiri dari beberapa jenis warna dan variety tetapi cuma  jenis yang satu ini sahaja yang saya biasa lihat di sini.

Ini Abutilon yang saya ambil gambarnya diperkarangan hotel saya menginap  di Cameron Highland. Ceria  berbunga seluruh pokok. Pada mulanya memang saya beranggapan bunga ini seperti juga Fuchsia, lebih sesuai ditanam ditanah tinggi dan tidak tahan cuaca panas.


Rupa-rupanya saya silap.  Ia juga sesuai ditanam ditempat terbuka dan penuh cahaya Ini yang saya beli dari nursery di tempat saya sebelum ke Cameron. Terkejut saya lihat pokok itu hidup subur berbunga ditengah panas ekstrim ( musim kemarau ) Sebenarnya pokok yang di semai ini dari ranting yang patah dan tuannya juga baru membeli pokok tersebut. Jadi dia menjual kepada saya yang kelihatan terdesak sangat mahu. RM4.00 untuk 4 inci...tak apalah, saya ingin mencuba...


Berbalik kepada Abutilon di Cameron. Ini kuntuman berbentuk hati sebelum kembang. Comel. Bila tahu bunga ini tahan cuaca setempat, saya mula berniat untuk membeli sepasu bila kesini.


Menyesal saya tidak membelinya dari tahun lepas...Di Cameron bunga ini mudah dilihat  ditanam begitu sahaja dipinggiran rumah dan jalan. Boleh di biakkan dengan keratan ranting atau disemai melalui biji benih. 


Akhirnya dapat juga saya membelinya di MARDI. Sepokok. RM8.00 sahaja. Murah sangat. Pokoknya subur dan penuh bergantungan dengan bunga. Malangnya saya lupa mencari biji benihnya bila bunga itu kering..sampai sekarang pokok yang saya beli ini masih segar dan membesar.


Ini pula perkembangan pokok 4 inci yang saya beli di nurseri tempatan. Begitu cepat pertumbuhannya.  Kini sudah satu kaki lebih. Lihat sudah keluar bunga sekuntum..Begitulah dunia bunga ini, harus berani mencuba dan terus mencuba demi untuk mendapatkan hasilnya....




Sunday 12 April 2015

Menikmati Dahlia - Cameron Highland

Kali ini itulah yang saya lakukan, menikmati dan cuma tengok-tengok saja kecantikannya. Sudah tekad dalam hati , tidak mahu membelinya biarpun sangat tergoda.  Kalau tahun lepas, berdepus-depus harapan Mencari Dahlia...tapi malangnya, bunga ini tidak mahu menjadi pula dengan saya sekarang.  Sedangkan  bukan sesuatu yang luarbiasa menanam Dahlia di tanah rendah. Saya biasa menanamnya semenjak belum berkahwin lagi...warna maroon, ungu dan peach. Semuanya semai melalui keratan batang. 

Walaupun bertekad tapi saya tetap gagal godaan mata. Panahan kecantikkannya benar-benar membuat saya dan adik terpesona. Terpaksa berhenti sebentar ditepi jalan untuk menyapa si segar bugar ini. Kepunyaan penduduk, tanamnya di pinggir jalan saja. 

Tak tahulah kalau ada orang yang tidak berkenan...

Mixed color!

Geram, rasa macam nak petik saja....mujur tuannya tidak ada di rumah...malu juga kalau dia tengok gelagat kami macam tidak keruan...

Mmmm...seronok tengok, sampai rasa macam tak mahu masuk kereta. Betul seperti kawan saya cakap, kalau mahu melihat  Dahlia eluk pergi bulan Mac @ April dan katanya lagi kalau mahu membeli bunga ini eluk beli pada penduduk yang menanamnnya bukan di nusery.

Belum habis berangan, masuk saja di perkarangnan hotel...saya dah terjerit-jerit dari dalam kereta...Subhanallah....kat sini lagilah banyak....

Histeria sekejab jadinya...puas saya bertawaf sekeliling hotel  melihat keindahahan bunga ini yang dijadikan tanaman landskap bersama bunga-bunga lain yang juga cantik. Berwarna warni. Meriah.

Tak tahulah gardener dia pakai baja apa. Suburnya tak terucap. Daun dia pun sudah nampak macam sayur 

Tengok...semua bunganya besar-besar gedabak...





Sabar saja lah kan....dalam hati berkata-kata...kalaulah garden aku macam ini....

Esuk paginya saya keladang teh Boh di Sungai Palas kerana tahun lepas tidak sempat kesana. Terus terang cakap, saya tidaklah berapa  menikmati sangat kesedapan minum teh dianjung restoran...

..kerana mata dan hati saya lebih teruja untuk masuk melihat perkampungan pekerja ladang yang berderet disitu...

Dalam berkira-kira, rupa-rupanya adik lebih  awal  bergerak dari saya. Diam-diam dia merayap ke rumah kongsi. Lihat apa yang dia hajat sudah ada ditangan. RM5.00 saja harganya. Sudah tentu jauh lebih murah dari nursery. Untie ini sungguh baik hati.

Walaupun lamanya kecil dan terhad tapi disitulah berbunganya azalea, dahlia, nasturtium, bragmansia, roses, kayla lily dan beranika bunga yang saya tidak tahu namnya. Semuanya subur mubur....

...dan ketika itulah dia pelawa kami dengan ubi di atas. Mmh! tunggu apa lagi. Mestilah saya beli. Ubi Dahlia. RM5.00 saja.....hai..langgar janji juga kan.....

Pulang kerumah, saya semai ubi-ubi tersebut yang telah dibahagi dua dengan adik. Akan menjadikah Dahlia       saya sepertimana gambar di atas. Kita tunggu dan lihat keputusannya nanti. Berdoa dan berharaplah..Happy gardening & weekend untuk semua sahabat blogger...

Saturday 4 April 2015

Fuchsia - Cameron Highland

Percutian kali kedua di Cameron Highland  akhir bulan lepas membawa saya berjumpa kembali dengan bunga yang saya pernah jatuh hati sedikit masa lalu...Fuchsia. ...Saya pernah melihatnya sebelum ini, tapi tidak berani  untuk membelinya kerana bunga ini lebih sesuai dengan  kawasan berhawa  sejuk. Kebarangkalian untuk hidup ditanah rendah mungkin 50:50 sahaja...

Kebetulan kali ini hotel yang saya menginap mempunyai lanskap yang begitu cantik. Dipenuhi berbagai bunga indah bermula dari jalanraya masuk sehinggalah sampai ke bahagian atas hotel. Geram melihatnya. Ketika itulah saya ternampak bunga cantik ini terbuai-buai di tiup angin..

Sebenarnya bunga ini mempunyai berbagai ragam warna dan bentuk dengan nama-nama tersendiri.



Ini antara dua jenis bentuk Fuchsia yang ditanam dihotel tersebut.

Pada petang hari pertama saya ke MARDI untuk mencari pokok nasturtium, malangnya tidak ada jual disitu. Dalam mencari -cari itulah saya terpandang sepasu pokok Fuchsia yang kurus tidak berseri. Kelihatan sangat terabai. Tidak ada bunganya berkembang. Cuma beberapa putik bunga saja yang kelihatan bergantungan dihujung ranting. Berkali-kali berpikir..beli..tidak beli...beli....tidak beli...

Akhirnya saya beli juga setelah membuat kesimpulan sendiri -  melihat dari segi fizikal pokoknya ketika itu menunjukkan si Fuchsia ini telah bertahan lama didalam pasu tersebut. RM7.00 sahaja. Mungkin boleh bertahan selanjutnya nanti.

Enam hari kemudian, setelah disiram air secukupnya putik-putik bunga yang saya bawa balik berkembang semuanya..Happy saya...

Dah kembang skirting nya...

Macam sedang mempersembahkan tarian..

Saya berharap sangat dia boleh sesuai dengan cuaca panas dirumah. Walau bagaimanapun saya gantungnya ditempat redup saja.

dan agak malang juga ..saya tidak pasti apa nama untuk si Fuchsia ini...


Mungkinkah ada Fuchsia yang lain pula sebagai koleksi seterusnya...Kalau begitu nak kena bercuti lagikah di Cameron Highland, syurga bunga bagi penggemarnya. Puaslah saya merakam berbagai gambar bunga. Lucunya gambar bercuti tahun sudah pun belum sempat saya postingkan disini...
Atas, gambar princess kecil kami sedang berposing dengan penuh perasan di lobi hotel....