Musim panas tahun ini menyaksikan bunga-bunga dari benih yang saya semai tahun lepas dan awal tahun ini telah berbunga. Rata-rata di beli secara on line dan boleh dikatakan semuanya berasal dari luar dan tanah tinggi. Kadang-kadang rasa serik juga menunggu hasil dari biji benih ini. Puas menunggu apa lagi kita ini tidak pernah menanamnya sebelum ini. Cuma tengok gambarnya sahaja. Namun bila ia berjaya berbunga...wahhh, tak dapat nak cakap...happy!
Ini dia kelompok coreopsia pertama saya yang kembang. Tahan panas sebab itu saya memilihnya.
Bunganya mirip bunga cosmos atau ulam raja hiasan mungkin kerana mereka dari famili yang sama..asteraceae.
Ketika ini umurnya sudah dua bulan tapi masih belum mahu berbunga. Daunnya sangat subur bak sayur. dan juga beraroma. Info yang diterima dari rakan fb, ia mengambil masa dari 5 ke 12 bulan untuk berbunga. Setahun? Aduhai...tak sukanya dengar...
Namun bulan berikutnya putik-putik bunga telah muncul dan melenyapkan rasa kecewa saya. Jadi benih saya ambil 3 bulan sahaja untuk berbunga. Suka.
Sudah meriah berkembang.
Berjaya juga saya. Nanti bila bunga kering saya mesti cepat kumpulkan benihnya untuk tanaman semula. Jika putus benih, terpaksa beli lagi. Untuk tidak suka penantian dan kerja remeh menyemai benih, membeli bunga pekej siap adalah pilihan yang tepat.
Kadang-kadang memang tidak berbaloi jika cuma mendapat sekuntum bunga dari sebatang pokok setelah berbulan dalam penantian. Namun bagi orang yang jiwanya seperti saya sebiji benih menjengul dari balik tanah pun sudah cukup menjadi satu kepuasan.
OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!