Minggu ini saya dapati saya agak sibuk dengan benda lain yang tidak berfaedah. Niat untuk posting disini jadi tertangguh beberapa kali sedangkan banyak benda yang mahu di kongsikan bersama. Sebelum ke cerita bunga mari saya belanja mata anda semua dengan pemandangan yang indah ini.
Cantik tak? Ini pemandangan yang tidak di duga berada dibelakang rumah kawan saya. Pada waktu itu saya terpegun..kalaulah belakang rumah aku macam ini..mau aku ..bla bla..bla seribu impian mula bermain di kepala...tapi bagi kawan saya ...biasa saja..ohhh...kalaulah aku..mmmm...mungkin dia sudah biasa sangat..
Sebenarnya saya kerumahnya untuk mengambil gambar bangau yang dikatakan banyak terdapat di persekitaran kampungnya. Malangnya wrong timing. Saya sepatutnya datang pada waktu pagi atau petang. Waktu saya sampai tengahari jadi cuma nampak beberapa ekor saja bangau bersidai disitu...
Bukan senang untuk merakam gambar bangau dan kerbau dengan lensa biasa. Tak dapat nak zoom jarak dekat. Bangau asyik terbang lari. Bila saya turun kebawah sikit dah kerbau pula tidak suka..tengok..marah saya..
Lama sikit baru dia beredar dengan muka yang tak puas hati..menganggu ketenteraman awam agaknya saya ini...
Waktu balik, saya singgah sebentar di nursery. Dapat bunga ini. Sudah lama mencari tapi saya sudah lupa namanya. Mungkin Diana @ Julie boleh membantu
Juga bunga vinca color merah cili ini..
Saya juga menerima kiriman orkid pinang bunga kuning & putih dari adik di kampung. Dia tolong belikan dan kirim melalui bot. Wahh..happy. Dapat juga..
Sebenarnya ini pertama kali saya lihat orkid pinang color kuning. Color putih pula masih belum berbunga. Nanti mahu cari color merah pula.
Seperti yang dikatakan, saya terleka sebentar dengan perkara yang tidak berfaedah sampai heliconia sexy pink lady saya keluar bunga pun tidak sedar. Tengok-tengok sudah turun pun..tak sempat nak rakam saat-saat kelahiran....
Lebih malang kemboja merah sulung kembang pun tak sedar juga...
Gugur sudah yang sekuntum itu..
Tapi masih ada yang saya nampak walau dalam leka...gardenia putih kembali berbunga
Cotton Rose juga kembali berbunga..
Hydrangea round kedua. Entah kenapa kali ini color bunganya cukup pudar & lembut. Tidak berapa terserlah kebiruannya. Pun begitu masih ada beberapa tangkai lagi yang sudah berputik.
Lebih menggembirakan Antagonon/Coral Vine pink sudah mulai berlajar berbunga.
Kecil dan sedikit saja tapi rasa sangat bahagia..
Lagi yang berlajar berbunga. Batang tinggi. Ruellia Pink color.
Dan Purple Ruellia. Juga jenis batang tinggi. Sebenarnya masih ada lagi bunga-bunga lain yang mulai berbunga. Saya simpan untuk posting minggu depan saja. Happy gardening semua.