Showing posts with label Pandorea Jasmin. Show all posts
Showing posts with label Pandorea Jasmin. Show all posts

Saturday, 14 April 2018

Pandorea Jasmine / Bower Vine

 Itulah namanya. Bunga yang mampu membuatkan saya tersenyum setiap kali bila memandangnya. Tak sangka rupanya dia boleh berbunga lebat begini. Dahulu sekuntum dua saja kembangnya. Tapi semenjak bebas dari naungan pokok alamanda barulah dia menonjolkan wajahnya yang sebenar. 
  Tidak putus berbunga semenjak sebulan yang lalu.

Berasal dari negara Australia pokok separa menjalar  ini sangat suka  matahari. Walaupun sekarang ini musim kemarau tengah bermusim namun pokok ini kelihatan subur dan tidak terjejas langsung. Malah makin galak mengeluarkan pucuk baru dan putik bunga. 

Walaupun bunga ini sering didatangi kelulut namun ianya tidak mempunyai haruman yang kuat. Cuma kalau dihidu secara dekat terdapat sedikit bauan lembut yang nipis sahaja. 

Selama menanamnya belum pernah saya menemui biji benihnya. Lebih mudah di biakkan  dengan keratan ranting Pandorea Jasmin atau Bower Vine ini boleh ditemui dengan pelbagai warna. Saya.. mmm... macam biasalah. Sedang memburu warna pink lembut pula. Harap menjadi kenyataan.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!