Pokok Ati-Ati mempunyai tarikan dari segi corak dan kombinasi warna yang amat memikat. Mengenalinya dari zaman budak-budak, Ati-Ati terus berkembang dan bertahan dalam kelompoknya yang tersendiri. Saya mula mengumpul koleksinya dari sekitar awal tahun lepas. Petang tadi bila mengambil gambar baru saya sedar koleksi Ati-Ati saya rupanya sudah menghampiri angka dua puluh. Saya ingat cuma ada sepuluh jenis sahaja. Tapi kalaulah tidak kerana Che Kam telah meratah habis corak baru yang saya beli dari Berseri, Perlis awal tahun ini kemungkinan besar Ati-Ati saya telah mencapai ke angka itu. Ok, jom enjoy kecantikannya!
Showing posts with label Coleus - Ati Ati. Show all posts
Showing posts with label Coleus - Ati Ati. Show all posts
Sunday, 18 May 2014
Monday, 12 May 2014
Bunga di Kebun Tumpang
Terletak bersebelahan rumah saya yang juga dijadikan sebuah homestay. Ini adalah sebahagian dari pandangan sisi depan. Tuan rumah punya baik hati kerana membenarkan saya menanam apa saja kerana kerja percuma ini juga sedikit sebanyak menyerikan halamannya yang 99% nya ditumbuhi lalang. Walaupun begitu saya tidak punya banyak masa dan tenaga untuk melaksanakan tugas sukarela ini. Buat setakat yang mampu namun cukup berpuas hati kerana saya dapat tanah extra untuk menanam bunga dan berkebun.
Semalam tuan rumah mengupah orang mesin rumput setelah hampir empat bulan membiarkan lalang bermaharaja lela. Lega hati saya kerana dah berkira-kira untuk menambahkan ruang untuk berkebun.
Ini sebahagian dari sudut-sudut yang saya penuhi dengan pokok hiasan dan pokok bunga.
Kelebihan yang diberikan ini banyak menyelamatkan lebihan pokok-pokok yang ada di rumah saya dari dibuang begitu sahaja kerana kesempitan ruang.
Sebahagian daripada tanaman dan bunga-bunga yang ditanam. Semoga tuan rumah tidak berubah hati dan terus berlapang dada untuk membenarkan saya meneruskan kerja sukarela ini.sampai selamanya.
Monday, 27 January 2014
Dari Utara ke Selatan
Tidak pernah terpikir pula selama ini pokok-pokok saya akan berjalan keluar daerah sejauh ini. Dari Utara ke Selatan. Seronok dapat mengenali dan berbakti pada rakan-rakan yang sealiran. Semuanya bermula melalui medan blogging. Info, pengalaman dan sokongan dari rakan telah menyemarak semangat juga membantu saya dalam meningkatkan ilmu pengkebunan.
Ati-Ati dan Portulaca menunggu masa untuk di kotakkan. Untuk kesegaran berpanjangan saya rendamkan sebentar dalam air batu.
Pemilihan bunga di buat sewaktu sedang kembang penuh. Senang nak tengok warnanya.
25/1/14 pos. Pagi 26/1/14 dah sampai. Semuga bunga-bunga saya bahagia ditempat barunya.
Ati-Ati dan Portulaca menunggu masa untuk di kotakkan. Untuk kesegaran berpanjangan saya rendamkan sebentar dalam air batu.25/1/14 pos. Pagi 26/1/14 dah sampai. Semuga bunga-bunga saya bahagia ditempat barunya.
Friday, 10 January 2014
Ati-Ati for Julie M
Mula-mula tanam tahun lepas , saya ambil dari rumah kakak ipar. Sebenarnya saya tidak begitu berminat lalu saya letakkan di homestay sebelah rumah. Awal pertumbuhan tidak berapa cantik dan rimbun. Berbeza sangat dengan pokok kakak ipar yang subur, tinggi dan warnanya begitu menyerlah. Dek kerana permintaan yang tinggi, batangnya sentiasa dikerat. Dari situ pokok ini menjadi rendang, subur dan rimbun. Pada waktu inilah baru saya membuka mata melihatnya. Dah..jadi gila Ati-Ati la pula. Ini antara koleksi saya, Che Wa dan Fuziah. Tapi koleksi dari Che Wa lebih menyerlah.
Generasi Pertama di homestay
Saturday, 4 January 2014
2014 Tahun Bunga
Tahun ini tahun bunga untuk kami bertiga. Siapa kami? Saya, Che Wa dan Fuziah. Akhir tahun 2013 menyaksikan dua jiran yang juga sahabat baik saya ini telah beralih arah. TUKAR...hahaa..tukar kepada saya la...Suka yang tak terucap bila dapat kawan sama hobi. Keterujaan mereka secara tidak lansung menaikan semangat saya. Saya yang dolu2 seorang sekarang dah bertiga. Seronok bila selalu keluar bersama mencari tanah, pokok dan pasu. Setiap minggu pusing pulau. Kerancakkan hobi baru ini benar-benar membuat kami bertambah akrab dan berkongsi segala. Ruang yang terhad kini bukan lagi alasan. Dalam masa tiga bulan saja rumah Che Wa dan Fuziah dah meriah dengan pokok bunga. Laman saya pun ikut serta!
|
Antara pokok bunga yang ada di rumah Fuziah..
Laman sekangkang tikus saya....
![]() |
| Separuh dari bunga di rumah Che Wa.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)




























