Tuesday 31 December 2013

Welcome My Sexy Pink Lady!

Saya sekarang di ambang 2014. Memang gembira dan puas hati sangat. Bukan untuk New Year tapi kerana hajat untuk memiliki sudah tercapai. Tadi lebih kurang jam 9.00 malam heliconia yang saya idamkan selamat sampai di ruang laman. Hah! at last dapat juga! Mmmm..Sexy Pink Lady atau nama botaninya Heliconia Chartacea. Pertama kali lihat di Nursery Island Agrotech terus jatuh cinta..

My KK berdua so exited dan sempat berposing dengan Si Pinky.

Langkawi Nursery - 8

Carcosa, rasanya begitulah nama nursery ini. Walaupun kecil banyak pilihan pokok ada dijual. Dahulu nursery ini terletak di Jalan Lubuk Hantu. Besar nursery disitu. Patutlah dua bulan lepas masa saya pergi ke lokasi lama cari tak jumpa. Rupa2nya sudah lama  ditutup. Sekarang lokasinya bertentangan dengan Mahkamah Langkawi berjiran dengan satu kedai makan. Sudah beberapa kali kesini membeli bunga tapi selalu lupa nak ambil gambar. Bila dah set hari, usung camera besar, Zana tak buka kedai pula. Jadi setelah beberapa hari tertangguh akhirnya dapat juga saya post kisahnya disini.





Ada dua jenis kemboja baru berkembang. Sama cantik dengan harga...





Sunday 29 December 2013

Timur Sudah Datang

Musim timur..panas terik tanpa hujan, angin sejuk dingin waktu malam..Sesekali bila tersapa dengan angin timur, bagai terasa suasana waktu zaman kecil dulu. Musim ini padi masak menguning, saya selalu berlarian kebendang bersama adik dan abang mencari ikan di lopak yang hampir kering. Bila senja mendatang, sama-sama melihat sunset dihujung bendang. Bulat merah menyala. Tergantung di kaki langit, besar macam bola Gukup indah pemandangan waktu itu...Aiiii...sentimental la pula. Nostalgia.
Apapun, musim timur sekarang di laman saya tidak ada semua di atas kecuali bahangnya yang membakar sesetengah pokok yang tiada pelindung. Apalagi pokok jambu air yang menjadi payung selama ini telah di tebang separuh. Cahaya matahari petang memanah terus kepokok diruang yang terbuka.  Terpaksalah saya melindungi mereka dengan cara sendiri.







Saturday 28 December 2013

Budak Baru Belajar..

....sambung cerita semalam....
Sepetang suntuk saya menghabiskan masa menyenap gambar dengan camera berlensa. Habis benda jadi mangsa. Dari pokok, orang sampai ke kucing.  Keciwi...tu lah kata anak saya. Bukan apa exited kan benda baru.
Huish.., rasa lece nak guna. Nak kena fokus lah, zoom lah apa benda.  Silap tekan merata. Saya kan jenis suka tup tap ja..tapi betul la, angkat bendera putih nih..memang kalah my old Nokia. Objek, pencahayaan dan color lebih jelas.. Kalau saya mahir dengan teknik yang betul, gambar mesti lebih wow! Dengan tangan keras, kaku dan terketar-ketar inilah hasil yang saya dapat....

pembuka tirai..my one and only.....
                                                     










Penutup tirai...my little darling....

Morning Post

Cuti minggu..Oh, pasti ada big program kan. Macam biasa. Hidup mesti di meriahkan. Pagi saya bermula awal dengan pokok bunga di laman sekangkang tikus saya ini..Siapa meneman ? Biasalah..dua ekor pengarang jantung saya....





Friday 27 December 2013

Nokia Vs Nikon

Boleh nampak tak perbezaannya...Teka yang mana gambar hdset dan yang mana gambar dengan camera Nikon D80 ( camera lama kepunyaan anak sulung )


Mmmh, First guna, memang rasa agak susah dan kaku tangan. Memang saya buta camera. Kesian ya kat mak cik ni... Terketar-ketar nak zoom dengan lensa. Puas la anak saya nak ajar. Esuk2 OK kut..

Hari Ini Dalam Sejarah..

Apa salahnya mencuba.., mungkin juga satu pelajaran. Sepetang saya di ketawakan oleh dua anak perempuan saya. Why? ....hari ini mak diaorang baru belajar pegang camera..tolong jangan ketawakan saya juga ya.., senyum tak apa.So, good-bye my baby...isssh.., tak adalah..saya tetap sayangkan my one and only Nokia. Kelabu pun kelabulah.



Dengan situa ( hadiah harijadi dari abang 5 tahun dulu ) inilah saya belajar merakam dan mengumpul semua koleksi gambar yang ada. Tapi, ada juga gambar2 yang saya dapat terang dan cantik. Mungkin betul kata seorang tutorial, camera hdset yang murah pun mampu memberi gambar yang cantik dan jelas jikaaa..kita tahu cara dan teknik yang betul.

Thursday 26 December 2013

Unsung Flowers....

Pernahkah terlintas dihati anda untuk mengambil mereka sebagai hiasan penyeri taman ? Rasa saya kebanyakkan orang tidak memandang pun atau tidak pernah sedar akan kehadirannya walau berselerak di depan mata. Saya...? sudah beberapa lama melihat kecantikkan mereka dari jauh..memanjat pokok, menjalar di hutan..dan hari ini, sewaktu balik dari nursery, saya berhenti dijalanan, memungut bunga-bunga ini untuk ditanam. Harap hidup dan membesar..saya sukakan warna-warnanya. Si kuning ini  berbunga sampai kepetang, tahan panas, tidak tahu apa nama namun warna dan bentuknya memikat hati saya. Mirip morning glory.


Di bawah, morning glory kampung yang tumbuh meliar merata tempat. Pun saya nampak cantik...

Nak Pokok ni...

Sambung cerita semalam. Lepas 'berkelah' tengahari di rumah Fuziah, saya dan Wawa macam biasalah melawat nursery beli pasu dan pokok. Nursery pertama - Nursery Ch'ng Lee Lee jalan ke Lubuk Semilang. Wawa beli kemboja warna putih kuning. Besar pokoknya, RM30.00. Saya tertarik dengan bird paradisenya yang merimbun dalam semak.


Kemudian kami ke Island Agro, masih di jalan yang sama, beli pasu. di situ saya tertarik dengan heliconia warna pink + hijau lembut. Besar bunganya. Ini pertama kali saya melihat heliconia jenis ini. Hati tergedik-gedik nak memiliki, tapi sayang tuannya Cik Peah bercuti Cristmas di KL. Pekerjanya tidak dapat buat keputusan. Tak tahulah pokok yang dalam pasu besar tu untuk dijual atau just for display saja. Apapun saya nak juga pokok tu...


Christmas Bloom

Awal pagi. Cuti Christmas. Saya menyangkul rumput di Homestay sebelah. Siap tapak untuk tanam pokok portulaca dan pokok loceng. Pokok-pokok lama banyak dah mati dan mengering. Kalau dibiarkan terusan mati, nanti tidak sempat simpan stoknya untuk tanam semula. Sambil menanam saya sempat tinjau-tinjau mana-mana bunga yang berkembang pagi ini..