Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts

Thursday, 11 July 2019

Durian! Durian!

Minggu lepas saya balik kampung untuk merai musim durian dikampung abang ipar  😀😀
Tahun lepas  musimnya akhir bulan July tapi tahun ini bermula pada pertengahan bulan puasa. 

Walau durian di dusun sudah  kurang jujuh tapi rezeki kami tetap ada. 

Kalau sayang keduit memang lebih jimat beli durian ditempat sendiri  walau harganya mahal sekali ganda. Maklumlah tambang bot bawa keluar  kereta pergi balik saja hampir 500rm.  Itu belum kira gedebak gedebuk belanja seminggu. 

Tapi semua itu jadi berbaloi bila dapat pulang bertemu sanak saudara. Berkumpul riuh rendah sambil pungut sendiri durian yang luruh. Rasa lemak durian kampung ni memang tak boleh lawan. 

Keluarga abang ipar saya ini sangat merai adik beradiknya yang bertamu. Nak makan apa cakap saja. Semua dia buat termasuk lemang ni.

Sedang lemang berbaris dibakar suami dan jentera lain sibuk memproses ayam kampung untuk makan tengahari.

Orang yang paling seronok tentulah Qaseh. Disini tak perlu ikut protokol. Semuanya gaya bebas. Baju pun tak payah pakai. Habis hati  ronda kacau ayam beranak kecik.

Termasuk adiknya. Turut gaya bebas. Tak peduli nyamuk asal dapat berkawad dan bermain luar rumah.

Waktu balik. Penuh but dengan  buah durian dan hasil kampung. Beg pakaian belum lagi di isi.

Nasib buah cempedak belum masak. Tidak lagi lah sarat. Tahun depan bawa lori...   ðŸ˜€ðŸ˜€ðŸ˜€

Walau seminggu bercuti rasa tak cukup masa nak melewar ke nurseri. Banyak rumah nak digilir.  Cuma sempat beli bunga ros dan kekwa saja.

 Setakat ini dulu ceritanya. Selamat berdurian ya kawan-kawan. Tentu memasing ada cerita sendiri tentang raja buah ni. Berkongsi la disini.

OK Kawa-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
🌿🌼🌿





Saturday, 11 August 2018

Kebun Anggur Cameron Highland.

Akhirnya sampai juga ketempat ini. Terletak di Blue Valley, kebun anggur berskala kecil ini kepunyaan K.C Kwang & Son. 
Jalan kesini agak berlekuk lekuk tarnya dan sesetengahnya berbatuan. Agak kedalam ladang ini. 

Seronok tak terkata dapat melihat anggur segar bergantungan depan mata. Berketul-ketul buahnya. Masuk percuma tapi awas tidak boleh memetik apatah lagi nak merasa.  Cuma boleh memegang dan bergambar sahaja. Siap ada abang Bangla lagi duk mencangkung jadi spy disitu. 

Ini antara orang yang paling gembira. Adik saya. Beberapa kali datang tak pernah jumpa tempatnya sebelum ini. Walaupun begitu ada satu lagi ladang anggur di Bertam. Di situ buahnya boleh dipetik. Malangnya musimnya sudah berakhir. Kena tunggu musim baru pula. 

Lihat buahnya yang cantik. Bulat ungu kehitaman. Teruja nak beli dan rasa buah fresh dari ladang.  Sepeket berharga RM15 dengan  beratnya 500gm. Menurut anak pemilik, anggurnya boleh dimakan begitu saja kerana tidak disembur racun kimia. Ya kaa....

Pertama kali makan buahnya rasa lain macam saja. Rasa macam manis berjeruk. Eh,  saya mati-mati kata dah terkena. Mesti dah disuntik dengan pemanis tiruan ni. Memasing lepas tu takut nak makan. Takut ada toksid. Menyesal beli sampai 3 peket. 

Setelah di selidik. Dapat info dari grup rupanya ini anggur Kyoho asal dari Jepun. Memang rasanya begitu. Tekstur isinya lembut berair. Kulitnya tebal dan liat. Kena kupas kulitnya baru sedap makan. Lazimnya di buat jus, wine dan  sewaktu dengannya. Patut la pun.... Mmm... Lepas tu pakat pulun makan la kami. Dah hilang takut. 

Selain anggur terdapat juga tanaman tomato dan beberapa sayuran lain. Namun mata lebih tertarik pada pokok labu gergasi yang berkongsi para dengan pohon anggur. Warna orennya begitu terang.

Melawat kesini sebebenarnya seronok untuk bergambar.  Rata-rata berselfie dengan berbagai gaya keterujaan. 

Termasuk dalam senarai selfie terbanyak. Adik bongsu. 

Juga seorang lagi...anak dara kecil ni. Pergi kat mana pun gaya cekak pinggang tetap wajib. Mmm... begitulah cerita ceriti cuti kali ini. Lain kali sambung lagi. 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 








Saturday, 21 July 2018

Bila musim buah melanda.

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Pada dua hari cuti yang terakhir kami berkumpul dirumah abang ipar. Suami sangat exited sebab sudah hampir 5 tahun tak bertemu keluarga abangnya. Keluarga adiknya yang lain turut sama datang berkampung.

Riuh rendah rumah bila semuanya bertemu. Lebih seronok bila buah kayu sekeliling rumah sedang meriah bermusim.

 Yang teruja dan tak tahan hati terus saja panjat pokok sebaik turun kereta  Semua pokok keliling rumah. Rendah dan rendang. Kiranya rumah dalam dusun.

 Buah manggis sedap pada yang suka tapi saya tidak berminat langsung. Walau orang cakap manis saya tetap rasa asamnya.

Sedang orang lain sibuk memanjat saya dan suami pula bersila eluk mengadap raja buah dengan pulut. Adik-adik yang sampai dulu tolong menghidang. Sambil makan suami siap berpesan durian esuk pagi biar dia yang kutip.

 Sambil makan mata saya tak lepas memandang buah cempedak yang berjuntaian tepi dapur. Hah. Ini feveret saya. Goreng.

 Nun di hujung kampung nampak jelas pokok dokong tengah lebat berbuah. Pokok-pokok buah ini abang ipar tanam berselang seli bercampur antara satu sama lain. Jadi semuanya boleh jumpa berserakkan dimana-mana keliling kawasan rumah. Seronoknya semua sedang lebat berbuah.

Dokong ini baru tua tapi belum masak eluk. Ulasnya masih terasa masam manis.

Esuk paginya suami dah tak sabar nak tungguh cerah nak kutip durian gugur. Malamnya pun dengar dengan jelas berdebak debuk   durian luruh tepi rumah. Saya suka meronda melihat persekitaran dusun. Jumpa pokok asam gelugor. Besar buahnya.

 Sampai juga hajat suami nak bernostaljia kutip durian waktu dingin pagi. Siap suruh saya videokan lagi.

 Sebahagian dari kutipan  durian pagi tersebut.  Abang ipar saya yang ini sangat baik hati.  Tak dijual durian-durian ini. Tunggu semua adik beradiknya datang berpesta dulu.  Bukan setakat makan sahaja. Yang mana datang mesti penuh bonet kereta bawa balik buah. Dia sangat berbesar hati jika kami semua dapat berkunjung kerumahnya.

Kesempatan yang ada meronda keliling dusun dapatlah apa yang saya idam selama ini. Anak pisang nangka. pisang emas dan pisang kelat raja. Pisang tanduk dan pisang abu nipah sudah tidak cukup ruang untuk dibawa balik. Tahun depan pula lah nampak gaya.

Walau tak cukup masak tapi nak petik juga. Mmmm... Ni penyakit orang tak ada dusun. Saya rasa semua orang sedang happy makan durian tahun ini.  Buah kayu banyak menjadi. Durian  kampung di kampung saya sekilo RM7. Di Langkawi  RM15. Harga tolak di dusun abang ipar RM2 sahaja.  Murahkan...

OK kawan-kawan.  Please take care.  Happy blogging & happy gardening.



Wednesday, 10 February 2016

Bukit Bendera - Penang Hill

....sambungan cuti ...

Pertama kali naik Bukit Bendera.  Kami sampai ketika awal pagi. Cuaca agak mendung. Kabus pagi pun masih melitupi laut dan bukit. Saya ambil gambar dari jauh. Takut nak hampiri ketepi pagar..gayatt...

Mujur semasa naik train saya rasa tidak apa-apa. Harganya  RM10 seorang. Bersih, selesa dan laju. Saya sempat  ambil gambar  dari dalam keretapi yang bergerak laju. Ini pemandangan  bersebelahan  tapak rel.

Sampai di atas. Cantik sangat, nyaman, bersih dan penuh dengan bunga-bunga. Macam mini Cameron Highland pula. Terasa sedikit dinginnya bila angin meniup Morning glory biru melaut disepanjang tembok menuju kepuncak dimana terletaknya masjid dan kuil hindu. Tengok bunga ni teringat kat Cameron...

Seronoknya tengok bunga...ada beratus tumbuhan berdaun dan berbunga melatari landskap disini. Biasalah saya kalau jumpa bunga. Rasa kagum sentiasa membara walau seribu kali tengok pun...

Bunga raya pastel color..

Sebenarnya pada zaman remaja saya suka Penang. Ada sesuatu yang istimewa tentang  mereka yang membuat saya terpikat. Saya suka melihat gaya hidup orang-orang Tanjung. Social life mereka sangat pelbagai. Sekitar 80an saya pernah menetap disana seketika tapi saya tak pernah pijak kaki pun ke tempat ini. Rasa menyesal pula....

Dan ini pula condo yang kami pilih untuk menginap. Eden Seaview, Batu Ferringhi.   Kepunyaan  persendirian.Tak sangka adik pilih aras 17. Kecut perut saya lagi. Sudahlah jalan ke sini pun bengkang bengkok. Berbalik zaman muda dulu, saya pernah  menetap bersama kawan baik di Jelutong. Malam-malam kalau lapang kami suka ke padang Kota Lama. Makan pasembur atau rehat-rehat ambil angin malam...

 Namun setelah masa berlalu saya telah lupakan Penang dan orang-orangnya...hampir-hampir 32 tahun lamanya baru saya kembali semula ketempat ini.  Makan pasembur juga....rasanya ya..mungkin agak  sama. Ramai orang tapi saya rasa hambar. Rasa  macam ada sesuatu yang hilang.  Hilang dimata hilang dihati...Saya tak dapat menjiwai suasana masa lalu lagi....
....

Barang yang lepas janganlah di kenang....Mmm...emo pula. Banyak kenangan masam manis saya di Pulau Mutiara ini. Simpan je dalam poket...Macam gerabak lama  ni tak apalah, ada nilai sejarah untuk di kongsikan....Menurut driver@ guide  buggy yang kami naiki, ini adalah gerabak lama yang mula-mula digunakan di Bukit bendera. 

Alat penyukat hujan tertua dan tong pos zaman kolonial yang masih wujud. Cuma ada 2 biji seumpama ini di Malaysia. Satu lagi  ada di Melaka. 

Lagi bunga...Cosmos double petal  dan Corn flower.

Kasih tersenyum bergambar di depan deretan  pasu  yang dipenuhi bunga-bunga comel..Sebenarnya kat atas ni bermacam daya tarikkan ada menunggu untuk di teroka tapi kami tidak dapat menikmatinya kerana mengejar masa untuk check out dan shopping. Agenda anak & adik-adik.

Kedengaran menarik jadi kami memilih untuk naik buggy untuk melawat bungalow-bungalow mewah peninggalan British yang  kini dimiliki oleh hartawan dan taikun Malaysia. Gayat menuruni lereng-lereng bukit di situ. Mujur driver berbangsa Cina tu ramah dan pandai bergurau. Bungalow pun cuma nampak sipi2 saja sebab lokasinya  di atas dan terlindung dengan pohon-pohon besar. Jadi dengar dia bercerita sejarah  sajalah....

Selesai melawat bungalow kami berehat di Cliff Cafe atau Astaka. Cafe tiga tingkat  yang terletak di lereng bukit. Tingkat bawah ada musuem burung hantu. Tidak sanggup tengok kebawah untuk ketingkat ke tiga. Jadi saya di tingkat kedua saja. Ada gerai minuman & makanan ringan dan kedai sovenir disitu. 

Kerana ralit duk tengok bunga saya terlupa nak panjat ke atas untuk melawat masjid di mana terdapat juga sebuah kuil hindu di situ.  Juga ada David Brown Cafe berlokasi di teres teh zaman British. Saya cuma lihat-lihat dari bawah saja. Menyesal tidak naik ke atas.

Lagipun masalah besar saya ialah takut tempat tinggi dan gayat. Sudahlah jalan ke condo di Batu Ferringhi pun melalui lereng bukit, naik parking aras 17 pula sempit...Ni naik pula Bukit Bendera...adoi..nyeri, ngilu satu badan..nak kejang pun ada...

Kerana masalah gayat saya terlepas peluang  untuk mengambil gambar-gambar cantik di lokasi yang menarik. Seperti dek menara tinjau. Gambaran penuh panorama dan view sekitar pulau tidak dapat saya rakamkan. Ada anak tangga untuk jejak kebawah tapi saya takut nak menapak. Ada ubat tak untuk penyakit gayat ni..? Kawan-kawan please...

Lain kali cuti  rasanya eluk duduk 2 malam satu-satu  tempat baru puas nak menikmati keindahan sekitarnya. Tak payah nak rushing...

Di Penang...rindu saya hilang lenyap begitu saja. Asing dan berubah. Sibuk dan sesak. Mujur Bukit Bendera cantik. At least ada sesuatu yang segar untuk di kenang. Mmh! Walau apapun si kecil kami happy sangat. Tahun ketiga bercuti bersamanya barulah boleh dengar dia komen.."Kashih syonok tokk..Kashih heppi.."

Ok kawan-kawan happy blogging & happy gardening!