Sunday 17 March 2019

Bila Kemboja Berbunga.

Pertengahan bulan March. Belum ada tanda hujan mahu turun. Panas begitu  membahang. Entah bila agaknya kemarau akan berakhir. Minggu ini sudah ada catuan air kerana empangan berada dalam keadaan  kritikal. Jadi semua pokok saya pun ikut kena minum sedikit saja air. 

( gambar dari album Mr Rinson )
Dalam kemarau dalam catuan saya tetap rancak menambah koleksi baru. Bunga pilihan kali ini ialah kemboja.

Ada offer dari Mr Rinson Lim. Tujuh keratan rm100  termasuk pos. Tawaran yang sangat berbaloi dan sukar ditolak. Ada hampir 70 jenis pilihan. Rambang mata nak buat pilihan. Akhirnya sampai  juga. Harap kali ni hidup semua.

Dua tahun lepas saya beli lapan cutting dengan harga yang lebih tinggi dari lain supplier.  Cuma tiga sahaja yang hidup.  Frust tak? Oh, sure.... Risiko yang harus di tanggung.

Apa yang saya kutip dari kegagalan tersebut ialah next time  harus berlajar tentang pokok itu dulu sebelum tanam. Serik ? Jangannn....

Ini hasilnya bila kembang.  Terubat kecewa bila tengok warna ceria Danai Delight menghiasi laman.

Turut berbunga sulung si Cathaleya. Lembut saja warnanya.

Manakala Star Bird sekuntum saja kembang. Kudup yang lain gugur.

Pada masa yang sama kemboja yang sedia ada turut sama berbunga.

Cucu ambil kesempatan melawa dengan Bali Hai.

Jenis yang tahan lasak dan berbunga sepanjang tahun. Tak pasti namanya.

Saya tidak terhad membeli secara online tapi membeli juga dari kawan dan nurseri setempat. Ada beberapa jenis lagi yang belum berbunga. Lambat benar.

Saya akhiri posting kali ini dengan supervisor baru di kebun.  Umur panjang cerita lagi.

OK kawan-kawan,  please take care. Happy blogging & happy gardening!






Tuesday 5 March 2019

Dahlia Kampung

Sudah March. Penempatan saya masih dilanda kemarau. Dalam tempoh dua bulan baru sekali hujan turun kemudian kering kembali.

Tapi suasana dalam kebun kekal  segar bugar walaupun padang rumput disebelah sudah garing rumputnya.  Banyak katak berlompatan pun.. 

Dalam cuaca kering membahang ini sekuntum putik bunga idaman telah menjelma. Sukanya hati. Last sekali tanam dan menjadi ialah pada pertengahan tahun 90an.

Selepas itu semuanya menemui kegagalan. Pokok membesar bagai johan tapi tidak mahu berbunga.

Namun saya tidak pernah henti mencuba. Akhirnya.... Sekuntum dahlia peach telah kembang sempurna dilaman. Ini dahlia tanah rendah atau saya panggil dahlia kampung. 

Selang beberapa hari kemudian yang merah pula kembang menyala. Ini saya beli on line. Seingat saya sekitar akhir 70an arwah mak banyak tanam pokok dahlia.  Cuma siram air beras dan air ikan saja tapi bunganya keluar berketul-ketul. 

Ini  pula dahlia pom-pom Cameron. Saya ambil gambarnya dari sebuah cottage. Sini heaven la dengan bunga ini. Saya pernah beli dan berhabisan pada percutian 2014 dan 2015.  Pada 2018 kali ketiga kesini saya sekadar tengok saja. Dah serik nak beli. 

 Walaupun mulut kata serik tapi dalam hati masih terus mencinta. Begitulah Normala binti Saad dengan bunga. Benci tapi rindu. Sampailah tahun lepas seorang kawan memberi seranting kecil pokok ini untuk ditanam. 

 Semangat mencuba hangat kembali. Harap selepas ini dahlia akan serasi dengan saya semula.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!