Showing posts with label Mandevilla. Show all posts
Showing posts with label Mandevilla. Show all posts

Friday, 30 September 2016

Bunga-Bunga Hujan

Bermula bulan June yang lalu hinggalah kehari ini hujan sentiasa turun dengan lebatnya. Banyak juga pokok-pokok bunga dan sayuran saya mati samada terlebih air atau diserang fungus. Beberapa hari lagi akan masuk bulan.October.  Selalunya peralihan monsun berlaku dalam bulan ini dimana negeri-negeri di pantai timur pula akan disimbahi hujan lebat  namun isyarat hujan mengurang ditempat saya  belum ada menunjukkan tanda-tandanya lagi. 

Antara pokok yang suka hujan dan panas adalah Alamanda. Tidak payah risau tentang dia. Pokok yang sangat lasak dan sentiasa menjadi perhatian ramai. Lagi dipangkas lagi mengembang jadinya...

Ini pun tahan cuaca juga tapi belalang sangat suka makan daun dan putik bunga...Bila kembang mesti tidak sempurna kelopaknya..

Hujan yang banyak turun musim ini juga membuatkan kemboja saya berbunga tidak putus. Kemboja pink lembut ini kembang lagi..

Begitu juga dengan kesayangan yang harum ini. Kali ini pasu kedua pula berbunga rendah. Dapatlah hari-hari saya mencium baunya...

Manakala heliconia merah kuning ini tidak mampu menahan beratnya sendiri. Merunduk ketanah akibat timpaan air hujan. Banyak batangnya patah. Bersusah payah saya mengikat dan menarik pokoknya dengan tali agar  tidak menyembah bumi.

Thai Jasmine antara yang  tolerate dengan cuaca semasa. Kelopak bunganya sentiasa berada dalam keadaan mekar sempurna sehingga gugur kebumi. Tidak layu. 

Namun ada juga yang tertewas. Sangat menyedihkan. Bunga Mandevilla putih yang sedang subur berbunga lebat sepanjang masa ini tiba-tiba saja mengecut dan beransur-ansur kering dan layu. Tidak pasti kenapa mati mengejut secara tiba-tiba. Sudah 14 bulan bersama saya.

Pokok yang selalu dibelai biasanya begitulah ragamnya sedangkan pokok zinnia merah menyala yang terabai  begitu saja di homestay sebelah cantik pula kejadiannya. Ini adalah zinnia terakhir saki baki dari benih yang saya tabur tahun lepas sebelum rumah ini  disewakan. 

Thunbergia kuning ini sangat cantik dan comel.

         Namun tidak mampu melenyapkan kekecewaan saya pada kakaknya yang juga tertewas. Black eyed susan yang saya ambil benihnya di Cameron pada tahun 2014.

Plambago biru kali ini tidak meriah berbunga akibat terlindung dari cahaya matahari penuh.

Pada masa yang sama hydrangea saya makin menyusut kelopaknya. Bunganya tidak membulat bagai dulu. Mungkin faktor umur agaknya. Harus buat sesuatu ....belasan tahun sudah...

   Crossandra oren ini mampu hidup subur walau menyelit dicelah pokok lain dan berkongsi pasu.

Kekwa kuning pemberian kawan...setelah lama mencari bunga ini akhirnya dapat juga. Orang dulu-dulu suka tanam pokok ini. Belum lengkap tanpa warna putih dan purple juga pink. Setakat ini dulu. Selamat bercuti dan berhujung minggu untuk semua. 


OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!




Tuesday, 15 September 2015

Mandevilla

Pertama kali mendengar nama ini saya terasa macam catchy. Kenapa? sebab bila disebur-sebut berulangkali,  segera teringat kepada nama besar ini -- Nelson Mandela. Namun sayang bunga ini tidak berkaitan lansung dengannya.

Berasal dari Amerika tengah, ia mendapat nama dari seorang diplomat British yang juga seorang botanis yang bernama Hendry John Mandeville.  Mirip dengan bunga Alamanda kerana mereka datang dari keluarga yang sama iaitu Apocynaceae. Namun Mandevilla lebih memikat kerana mempunyai pelbagai warna  yang sangat menarik dari  spesis-spesis  hybridnya.

Kisah saya pula, sangat  teringin memilikinya bila pertama kali melihat  tiga tahun yang lalu. Memandangkan harganya terlalu mahal bagi pokok yang kecil kenit saya pendamkan hasrat itu sehinggalah saya dapat mengesanya di online, Ogos tahun lepas. Punya exited empat pokok sekali hadap dengan harga hampir RM100.00...Konon-konon nak bunga banyak macam ini..

Dek teruja masa tu, malam-malam saya berkeras tangan bikin trellis untuknya. Malangnya beberapa bulan selepas itu satu persatu pokok tersebut mati tanpa sebab. Akhirnya tinggal sepokok sahaja yang survive. Pelbagai cara saya cuba dari tukar tanah hingga kebaja, tetapi Mandevilla terakhir ni tetap begitu-begitu saja. Tak mau berbunga. Kurus melidi walaupun berusaha memanjat ke atas. Waktu itu saya betul-betul fade up..beli mahal-mahal matilah pula...


Untuk mengubat rasa kecewa konon, saya membeli sepokok lagi jenis hybrid daun bulat masa balik kampung awal tahun ini. Merah hati. Puas tawar dapat RM22.00..

Pada masa yang sama terjumpa pula satu nurseri yang menjualnya dengan harga yang sangat murah. Beli lagi.  RM12.00 je..pokok punyalah besar....Duhhh.. kenapa tak datang awal-awal kat sini....semua color ada. Tapi memandangkan budget habis. Beli satu saja....Ruginya saya.....

Berbalik pada kisah Mandevilla yang tinggal sepokok itu. Hampir sebelas bulan berlalu, sekitar July lepas,  barulah ia berputik. Nak sambut raya kut. Sekuntum saja lekat.  Merah cili. Jadi tiga yang mati sebelum ini ialah pink tua , putih dan light pink.

Kesian...nak hadiah juga kenangan  kat saya walaupun tidak sihat.

Saya cuba semai pucuk mudanya..kesinambungan hayat jika hidup

Setelah beberapa siri kegagalan dengan Mandevilla barulah saya pelajari jenis hybrid yang berdaun bulat hijau gelap amat susah berbunga dan membesar. Tapi dari jenis berdaun nipis panjang amat berbaloi dibeli kerana berbunga sepanjang masa....

Lihat, dari mula beli sampai sekarang. Dah hampir  tujuh bulan tak  putus-putus berbunga...

Memanjat bagai juara sampai kebumbung.  Menyesal pula mula-mula beli tahun lepas hentam empat pokok sekali gus...Tapi itulah risiko yang harus saya tanggung bila hati melampau dari fikiran..Harap kawan-kawan gardeners tidak segelojoh saya. Berlajar dari kesilapan...bagaimana,  ada yang berpengalaman teruk macam saya tak? Silalah kongsi bersama...Happy gardening!