Friday 23 November 2018

Cerita Usia.

Usia itu seperti angin menderu menyentuh tubuh, terasa hadir namun tak mampu menahan dari berlalu pergi. Begitulah  cepat nya masa beredar. November ini jiwa saya sangat terkesan. Lebih separuh abad sudah nadi ini berdetik. Syukur kehadrat ilahi kerana saya masih mampu berdiri menghela nafas.

Masih dapat melihat mentari pagi yang terang menyinar. 

Juga masih mampu tersenyum menyaksikan bunga-bunga yang bertebaran kembang di laman.

Bersilih ganti suka dan bahagia dapat melihat cucu membesar didepan mata. 

Sampai waktu lena pun terbit rasa bahagia tatkala menatap wajah mereka tanpa jemu. 

Namun ada kalanya satu ketika saya tiba-tiba dilanda rasa sunyi dan terasing walau dikelilingi oleh mereka yang tersayang. Terasa bagai waktu terhenti dan mati. Apakah itu perasaanya tua? 

Kalaulah masa boleh diputar. Kalaulah ibu masih ada. Ingin saya pegang tangannya dan cium. Ingin saya bisik ketelinganya. Mak saya sudah faham apa itu ertinya tua. Maafkan saya bertanya soalan itu dulu mak. Saya cuma ingin tahu. 

Kerana ada kalanya saya  lihat  mak bersedih  dengan airmata. Senyap berhari tanpa kata. Entah rajuk pada siapa.  Sedang saya  rasa tidak ada apa-apa. Mungkin waktu itu saya tidak faham kerana tidak berada ditempatnya dan mak pula tidak tahu bagaimana nak meluah segala perasaannya.

Bila masa berlalu tanpa sedar kini saya telah berada ditempatnya. Betul kata mak. Apa yang sakit ialah tidak dapat menolak perasaan sayu dan pilu yang datang menghimpit dada. Ujarnya nanti bila tiba masa  pasti akan rasa. 

Sukar  ya untuk di ungkap perasaan halus itu.  Mungkin  perempuan  tua terlebih emosi sedangkan lelaki seusia heyyy.... masih steady. Bila-bila masa nak cari sorang lagi. 

Kata madah usia cumalah angka. Memang benar tapi pengisian rohani itu yang buat kita berbeza. Jadi  kalau boleh saya  tidak mau jadi bunga layu. 

Tua bukanlah paspot untuk bersedih lara. Harus pandai menyesuai diri dengan waktu yang sedikit berbaki. Apapun saya rasa bertuah kerana punya terapi minda didepan mata. 

 Bila sedih tengok bunga. Bila sayu tengok bunga. Marah pun tengok bunga.  Bila happy.... apa lagi sure tengok bunga. Mmmm... Agaknya sampai kemati pun saya tetap dengan bunga. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening




Saturday 10 November 2018

Cerita Kebun

November sudah. Sekejap saja dah nak sampai hujung tahun. Sebulan lebih lagi tahun baru akan menjelma. Bagai hari yang bergerak cuaca pun ikut berubah. Dari musim hujan sudah beransur ke musim panas. Angin timur pun sesekali dah rasa meniup sejuk. Saya ambil kesempatan meneras rumput. Siap sedia untuk semaian baru. 

Sebahagian kebun yang sudah bersih. Lega sangat rasa. Semua rumput dicabut dengan tangan  kerana senang nak kesan anak benih yang bercambah dicelah rumput.

Supprised...lihat apa yang saya  jumpa lepas merumput. Pokok abiu saya yang kemetot mengeluarkan putik bunga. Sungguh tak percaya. Batang besar telunjuk. Tinggi dua setengah kaki saja. Bukan tut tanam dari biji benih. Sepatut pokoknya sebesar pohon mempelam kampung baru berbuah. Apa yang tak kena ya..

Ini pun siri kemetot tapi comel. Buah sekaya sulung. Manis ya amat. Saya sorang ja yang makan.

Pemberian percuma.  Namanya Jappenese giant white raddish. Tapi di kebun saya ubinya ketot juga. Terpilih kesini pun kerana dia agak hensem dari pohon-pohon lain yang gila daun.

Sepanjang tahun ini sayuran berdaun seperti sawi, kailan, salad dan kangkung tidak menjadi. Semuanya kena serangan ulat dan belalang.  Jadi saya penuhkan kebun saya dengan tanaman cosmos, marygold, torenia, ruellia dan angelonia sebagai companion plants.

Nampaknya companion plants saya berjaya mengaburi mata serangga penyerang. Tanaman seterusnya menjadi. Labu air.

Petola. Sebelumnya jenis daunan pokok menjalar sering menjadi bahan anak kumbang ladybird dan kumbang  kuning. Sekarang  hampir kurang.

Kundur. Buah yang tidak pernah mungkir.

Timun mini yang selalu ada.

Kacang panjang merah dan kacang panjang tiga kaki. Walau ditanam dalam kuantiti yang sedikit tapi hasil yang keluar tidak putus.

 Memadai untuk keluarga kecil saya.

Ada lebih kongsi bersama jiran tetangga.

 Macam cili padi ni saya suka tanam banyak-banyak walaupun kurang makan. Bila kawan kecemasan sinilah tempat mereka memetik.

Pisang pun merata berlayar. Tak termakan sorang ni. Tah kenapa kulit kali ni jadi merekah pula.

Next. Giliran lada hitam pula nak show off. Lama juga tanam baru nak berbuah.

Macam lemon juga. Empat tahun tunggu baru nak memujuk kita.  Ada la lekat beberapa biji.

Tak macam belimbing madu ni. Sangat rajin berbunga sepanjang tahun tapi buahnya asyik jadi rezeki lalat buah. Walau dibalut masih disengat juga.


  • Begitulah kejadian alam. Bukan dalam kuasaan. Kekadang kita mesti berkongsi dengan hati berat. Walau dihalang luaknya tidak. Seperti kita mereka pun berhak untuk hidup. CiptaanNya juga. Ada masa saya pejam mata dan ada masa saya penyet juga kalau geram. Mmmm......nampaknya masih belum ikhlas  kann...




OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

P/S: Untuk kawan blogger Malar happy deewali. Long time no see. Almost a year. Where have you been friend. Hope will comeback soon with your  good story.