Monday, 26 August 2019

Aster

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan bloggers. Lama tak posting pasal bunga. Kali ini giliran aster  pula bersiaran. Sudah hampir dua tahun saya cuba mengumpul variety bunga ini. Semuanya saya beli secara on line dari nursery dan beberapa orang persaorangan. 

Kebanyakan variety yang ada sekarang berasal dari Thailand.

Ini pemberian anak pokok dari  kawan  fb, Anne Noraina.  Cantik sangat bunganya bila kembang. Warna terang. Kuntumnya sebesar siling lama 50 sen.

Ini pula aster kampung. Jenis pertama tanam. Paling tahan lasak. Aruah mak pun dulu banyak tanam. Wajib ada dilaman.

Sebenarnya aster sangat mudah ditanam dan dibiak. Dengan keratan batang pun boleh tumbuh. Saya main cucuk ja merata pasu.

Dari pengalaman aster lebih cantik berbunga dan kelopaknya lebih tahan lama dalam panas atau teduhan cahaya terus.

Begitupun ianya tidak bertahan cantik dalam musim hujan. Kuntum bunga mudah layu dan cepat dapat serangan penyakit.

Daunnya cepat menjadi lecur hitam dan pangkal pokoknya pula sering diserang fungus. Juga serangan ulat dan siput.

Mungkin kerana tiada semburan perlindungan maka aster saya banyak yang mati  bila terlebih hujan.

Ini antara yang mati. Putus benih.

Ini juga..... Nilai kerugian? Mmm..malas cakap lah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜  Apapun saya sudah beransur kurang mengorder bunga atau biji benih. Tumpuan lebih kepada pokok buah dan pokok yang sedia ada. Sudah insaf. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Hehehe..

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Thursday, 15 August 2019

Taufan Lekima

Berlaku pada hari Jumaat 9hb Ogos, selepas maghrib.  Mulanya saya ingat ribut biasa sebab hari sebelumnya pun sudah ada gangguan ribut diwaktu subuh.
( Sebelum itu saya ingin memberi ucapan doa semoga blogger Paridah Ishak segera cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Atas sebab teknikal saya tidak dapat menurun komen di ruang postingnya )

Ketika itu saya sedikit pun tidak merasa cuak dan risau sehinggalah tiba- tiba terdengar dentuman kuat di bahagian dapur. Ya Rabbi, sudah melayang bumbung. Semuanya berlalu terlalu pantas. Air hujan mencurah masuk. Saya dan suami cuma sempat ambil barangan letrik. Yang lain biar kebasahan. Keselamatan paling utama.

Besuk pagi baru jelas keadaan. Atap bergelimpangan. Pokok pasuan di depan rumah pun banyak yang tumbang dan berserakkan.

Bahagian bumbung dapur yang tanggal. Pokok lemon turut jadi mangsa. Serentak itu tak berhenti masuk berita dan video di wassup grup mengenai bencana ini. Takutnya tengok. Seluruh Langkawi dilanda musibah. Begitu juga dengan sebahagian negeri lain di sebelah utara.

 Manakala pagar kebun habis tumbang. Sedih hati. Dua hari lagi nak raya namun redo saja menerima ujian kecil dari Tuhan.
Inilah taufan yang paling ganas melanda Langkawi selama 30 tahun menetap disini. Taufan Lekima!

Dengan kelajuan angin yang di rekod oleh MetMalaysia 100.8 km sejam...semuanya bisa tumbang. Taufan ini dikatakan bermula dari timur negeri Cina. Kita cuma terkena bahagian ekornya saja.

Bayangkan kalau terkena kepala atau badannya. Mmmh....tak tahu nak cakap. Walaupun begitu bersyukur kami selamat. Tiada kematian direkodkan disini walau keadaan macam dilanggar garuda. Pokok tumbang dimana-mana. Gerai dan rumah berserakkan. Kereta dihempap. Bot nelayan pun ada yang karam.

Pokok lemon walau rebah masih selamat dari di tebang.  Tegak semula setelah ditompang dengan kayu. Begitulah juga dengan hidup ini. Dugaan apa pun yang melanda  harus  di terima dengan tenang. Harus kuat dan sabar juga redha dengan ketentuanNya. Hingga saat entry ini ditulis keadaan di tempat saya masih belum reda dengan hujan dan angin kuat. Sesetengah kawasan dilanda banjir kilat.

Pada pagi yang sama, ketika hati
 masih walang tak tahu nak senyum atau marah bila melihat cucu melerai kuntuman  bunga-bunga ros yang  sedang berkembang dilaman. Ingat nak buat penyeri raya. Redho aja la...๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
๐ŸŒฟ๐ŸŒผ๐ŸŒฟ



Saturday, 3 August 2019

Strawberry

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua rakan bloggers. Sudah masuk bulan Ogos. Betapa cepatnya masa berlalu. Hari ini nak post pasal pokok strawberi dikebun. Setahun lebih tanam. Saya biar begitu saja sampai la dua minggu lepas baru perasan pokoknya menjadi subur dan penuh dengan bunga.

Sebelumnya cuma sepokok saja berbuah. Lekatlah sebiji. Kali ini kelihatan beberapa pokok meriah berbunga. Saya cepat- cepat ubah pokok kepasu besar.

Pokok ini kemudiannya saya tempatkan diatas rak belakang dapur anak. Saya mahu cucu tengok dan happy memetiknya sendiri.

 
Bermula dengan sepokok anak kecil pemberian kawan pokok ini kemudianya membiak cepat melalui sulur. Saya dedahkan ia pada hujan dan panas. Tak sangka pokok ini sangat berdaya tahan.

Buahnya tak sebesar mana tapi perasaan teruja melihatnya
bergantung merah begini memang memberi satu kepuasan.

Qaseh paling tak sabar nak petik dan makan. Dia agak curious pada mulanya. Kenapa strawberi tok kecik ja...๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Dah boleh tuaiii...๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
Wangi sungguh baunya...

'
Qaseh nak makan strawberi salut coklat macam kat Cameron. Malangnya dapur saya tak ada stok coklat. Buka balang tengok milo pula tinggal serbuk je...

Redha je Qaseh...๐Ÿ˜๐Ÿ˜...serbuk milo yang seciput bancuh dengan
Susu pekat. Cairlah pula tapi tak apa janji sedap.

Selepas ini saya nak tanam pokok anggur pula. Kat perumahan saya memang ada yang tanam dan berbuah. Macam strawberi saisnya tak penting tapi melihatnya berbuah itulah satu kepuasan yang sebenar.


OK kawan-kawan, please take care. Happy  blogging & happy gardening.
๐ŸŒผ๐ŸŒฟ๐ŸŒผ