Sunday, 27 December 2015

Kitchen Garden: Home Made Tauge / Beansprout

Tak  sangka rupanya senang saja membuat tauge. Saya pelajari dari ahli grup fb. Pada awalnya saya tidak berminat mencuba. Cuma tumpang seronok melihat kejayaan mereka tapi bila ramai berjaya melakukannya dan berkata mudah saya pun terus teruja. Try tengok, jadi tak. Semua orang cakap mudah....Mmmm..why not. 

Tadaaa....hasil pertama saya. Bergambar bersama kucai dan sawi fresh dari ladang juga.... Tak sempat cukup umur pun. Hari ke 3 saya sudah tuai. Seronok sangat...

Ini menu pertama untuk tauge home made saya. Mee goreng...tabur-tabur lagi kat atas...Jom kita lihat cara-caranya....

1. Ambil segenggam kacang hijau rendam 8-12 jam. 2. Tapis. 3 Masukkan dalam balang yang ditebuk dibawahnya untuk air keluar. Lapik tuala diatas kacang sebagai pemberat. Siram air. 4. Balut dengan plastik hitam dan letak dibawah sinki atau tempat gelap. 5. Siram 4-5 kali sehari. Jangan bagi air bertakung dibawah balang. 6. Hari ke 4 atau ke 5 sudah boleh menuai hasil.

Hari ke 2 kacang sudah bercambah. Selain balang boleh guna botol air, penapis, jaring. kotak susu atau tuala sebagai medium untuk menyemai benih. Yang penting air boleh di alirkan. Langkah seterusnya sama sahaja seperti diatas. 

Closed up kacang yang bercambah pada hari ke 2. 

Yang ini saya semai guna penapis. Kacang untuk di semai lebih eluk yang berkilat dan  berwarna coklat kehitaman. Tapi susah nak cari benih tauge asli jadi saya beli yang selalu dibuat bubur. Agak kecil dan berwarna hijau.  

Hari ke 3. Saya tidak sabar terus saja keluarkan. Walau masih kontot tapi sudah boleh di masak.

Rupanya setelah di potong ekor. Cuba makan mentah..sedapnya. Crunchy! Tauge ini nampak saja simple rupanya tapi khasiatnya cukup besar. Mengandungi kadar  protin yang tinggi berserta lain2 unsur vitamin.  Paling istimewa, sangat baik untuk kesuburan lelaki dan wanita. Baca ini. Jangan terkejut. Terlalu berkhasiat dan bermanafaat.

Tauge yang di semai dalam penapis saya biarkan sedikit memanjang.  Saya buat kueteow goreng. Sedap makan,  taruh taugeh banyak-banyak. 

Lepas percubaan pertama menjadi. Saya buat lagi tauge...kali ini saya sukat dua genggam. Nak banyak konon....

Tengahari ini saya buat sayur dengan kucai...kiranya tauge dengan kucai tak dapat dipisahkan...semua menu pasti ada bersama. 

Lebih saya simpan dalam peti ais. Untuk tauge tahan lama dan segar saya ikut petua ini. Rendam tauge dengan air asam limau. 
Kawan-kawan ayuh cuba buat tauge. Murah, mudah dan sedap. 3-4 hari sudahpun boleh menuai. Tak ada racun dan bahan kimia. Bersih lagi. Untuk pilihan boleh google. Ada berbagai cara dan kaedah disitu. Buat ikut aturannya. InsyaAllah menjadi.

Happy weekend & Happy Gardening!












25 comments:

  1. Owh! macam tu rupanya untuk menghasilkan taugeh... rendam kacang hijau, tapis, letak dalam bekas atau balang yg berlubang, ditutup dengan tuala dan siram, bungkus dengan plastik itam, letak ditempat gelap...siram 4 5 kali sehari...hari ke 5 dah bolih tuai...

    Kalau rajin nak cuba gak nanti...terima kasih berkongsi Kak Mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berlajar dari orang...pakat2 share. Tapi tauge kita buat sendiri tak lah sesubur mcm kat kedai tu...depa guna air baja dan hormon untuk tumbesaran dan ada benih tauge dari kacang hitam bersaiz besar

      Delete
  2. Salam Kak Mala,

    Sawi tu sawi tu.. geramnya tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak makan sawi kak tak cabut satu pokok tapi kerat2 daun je..yang lebih tu nanti tumbuh lagi...save sikit...

      Delete
  3. wahhh... seronoknya... banyak kali nak cuba.. tapi asyik tak sempat je(alasan)... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la..lagi eluk kalau dapt benih tauge yang asli...bukan kacang buat bubur tu, dia kecil tauge pun tak gemuk sangat

      Delete
  4. Assalamualaikum....wah..kalau dekat boleh order ni...tak ada guna hormon kan...kalau yang di pasar banayk yang guna hormon....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,
      Amboi...Fida, kak pun buat segenggam je..hehee..nak order macamana. Betul yang komersil depa buh hormon..

      Delete
  5. wow! I nak try jugak la....nampak sedap mee tu! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malar, walaupun tauge tu tak gemuk sangat, tapi rasa dia tetap sedap. Kalau gorengan masak kejab saja dah Ok

      Delete
  6. Homemade tauge tentu lah fresh dan crunchy. Pastilah lezat dan sehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Endah, penting tak ada bahan kimia dan hormon...

      Delete
  7. Assalamualaikum kak,
    entry menanam taugeh ni mengingatkan saya zaman sekolah rendah dulu, buat projek tanam taugeh. nama je projek hakikatnya tanam dalam 10 biji je setiap orang. sekadar nak tengok pertumbuhannya tapi seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Abu.
      Kak pun masa kecil dulu tak terlepas tanam tauge juga kat sekolah. Tanam atas kapas lembab taruh dalam balang. Syok la tengok pokok naik merenjong..

      Delete
  8. Kakak ni kan org kampung dari kecik arwah mak kakak dulu selalu buat taugeh. Tapi kami tak ada alat canggih macam sekarang. Dulu arwah mak kakak guna guni dah tu tabur kacang. Atas pun letak guni dah tu siram selalu. Selalu buat bila ramadhan sebab nak buat makan sendiri.

    Kueteow goreng Kak Mala yg letak taugeh bebanyak buat sendiri itu yg buat kakak kecur aje tengok hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak suka dengar cerita mak Zakie dalam bab2 tumbuhan ni. Dari dulu sudah buat tauge sendiri. Kak rasa mak Zakie ni seorang wanita yang sangat rajin dan hebat.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak Mala, wah! Mudah rupanyanya buat homemade tauge ni, terima kasih banyak2 atas perkongsian cara buat tauge ni kak...X sabar Julie nak try buat hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Julie.
      Tauge buat sendiri ni lambat kecut bila masak Julie. Tu yang kak perasan...sampai arini duk eluk lagi.Putih. Betul petua tu rendam dalam air limau...

      Delete
  10. bagusnya mala dapat jimatkan duit belanja dapur. tuge semai sendiri..kucai dan cili dari kebun sendiri..selamat dari rasa was was..kebersihan dah tentu terjaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang dah jadi surirumah sepenuh masa...itu yang syok duk menerai benda baru tu...

      Delete
  11. Teringat masa projek sekolah rendah dahulu. Buat tauge letak atas kapas rasanya. Baru teringat stok kapas punya banyak dalam bakul hehehe...yang atas pokok pun tak terambil. Untuk orang terhad ruang. Inilah sayur yang paling mudah nak tanam tak perlu tanah pun. Jimat sungguh.
    Sedapnya tengok masakan Kak Mala. Rasa lapar balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..betul Diana tak yah guna tanah pun...tapi lagi best kalau boleh dapat benih tauge yang sebenar tu ya..

      Delete
  12. Nampak macam mudah aje nak jugalah kak Zai mencuba. Boleh jimat sikit duit belanja pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya habis buat..habis buat...sentiasa ada stok tauge...

      Delete