Sunday, 10 February 2019

Porana Volubilis / Snow Vine

Februari sudah. Agak meletihkan seminggu dua ini kerana cuaca terlalu panas. Walau di sana-sini hujan  sudah mulai turun namun di sekitar perumahan saya kekal kering. Rasanya sudah sebulan lebih.

Walaupun begitu cuaca terik memberi kelebihan kepada bunga-bunga untuk berkembang meriah. Termasuk bunga Porana Volubilis ini.  Mungkin ramai tidak pernah tahu tentang kewujudannya.

Saya membelinya pun kerana tergoda dengan komen-komen yang penuh keterujaan dari peminat bunga di grup fb. Lapan bulan  selepas itu barulah ia berputik. Namun menunggunya kembang teramat lah lama bagai menunggu buah yang tak gugur.

Sebulan kemudian barulah kembang sepenuhnya....ya Rabbi... Cantiknya. Memutih sepanjang pagar. Betul lah seperti mereka kata. Wangi sungguh. Tak tahu nak describe macamana baunnya.  Nyaman lembut menusuk macam bau bunga orang dulu-dulu.

Bunga ini paling disukai oleh kelulut, lebah dan serengga kecil. Penternak kelulut disini patut  tanam pokok porana ini diladang ternak mereka. Dari pengamatan sendiri, dibanding dengan yang ada ditaman inilah bunga yang paling menarik minat kelulut dan lebah.

Tapi tidak banyak info mengenainya dijumpai. Pokok ini dibawa masuk dari Thailand.  Mudah disemai dari keratan ranting. Sangat cepat membesar dan menjalar.  Tidak cerewet tentang penjagaan.  Apa yang perlu air, baja dan matahari yang mencukupi. Bunganya pula akan kembang berkali-kali diranting yang sama. Saya tanam dalam pasu saja.

Saya berhajat untuk membuat pergola untuk pokok ini dan juga nak tanam banyak-banyak dikebun. Mesti cantik kan...
 Bunga aster magenta mengakhiri  posting minggu ini.


OK kawan-kawan,  please take care. Happy blogging & happy gardening!

P/S: Happy CNY to Stephanie dan lain bloggers yang menyambutnya. 

37 comments:

  1. Cantiknya... saya suka bunga berwarna putih... so elegant

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Endah. Putih are so elegant. Bukan saja cantik porana ini bahkan wanginya cukup mengasikkan.

      Delete
    2. Salam sejahtera pn normala..saya tertarik dgn info bunga snow vine ni..boleh ke saya dptkan benihnya jika puan ada menjualnya..

      Delete
    3. Salam Mariam.
      Setakat ni saya belum jumpa anak benihnya. Pokok ini mudah ditanam keratan ranting.Boleh layari page exotic matahari atau ejennya fb Noor Azmihah. Mereka ada menjualnya. Ataupun boleh join group tanaman pokok bunga di fb dan boleh dapat info penjual disitu. Harap membantu ya.

      Delete
    4. Macamana nak dapat benih porona tuan..

      Delete
  2. Tak pernah tahu kewujudan pokok bunga ini. Cantik. Berangan juga nak pokok macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa harus tanam. Biar dia memanjat dipagar. Memang cantik sekali dia berbunga. Mcm duk tempat mat saleh ja nampak.

      Delete
  3. Meriahnya bunga2 tu kak.. Ada juga bunga yg keluarga Waktu panas ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga sebenarnya lebih eluk dimusim panas dari musim hujan.

      Delete
  4. Wonderful flowers, I especially loved the last one, so delicate and colorful.
    Greetings
    Maria
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Maria.
      The last picture was aster. I'm now collecting some of these beauties.

      Delete
  5. bila tengok pokok ini, datang pula idea nak tanam kat tepi pagar rumah, malam2 mesti orang suspen kan dgn baunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan kak tanam kat pagar keliling rumah dia. Punyalah cantik bila kembang plus wangi lagi...

      Delete
    2. salam macam mana nak dapatkan anak pokok ni....

      Delete
    3. Boleh masuk grup pertanian atau grup bunga. Buat pertanyaan disitu. Ada diaorang jual on line.

      Delete
  6. Cantik.
    Tak pernah jumpa lagi pokok ni.

    ReplyDelete
  7. Eluk tanam pokok ni WP. Lagipun kawasan kebun luas. Bukan saja cantik wangi pula. Kelulut. Lebah dan serengga kecil lain suka bunga porana ni.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya NS....putih bersih mcm kat pelamin pulak. Ambik gambo best ni NS...Wangi ye baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kat Thailand dia orang buat photoshoot pengantin. Memang cantik sangat.

      Delete
  9. Replies
    1. Boleh type di google cari penjual bunga ini secara online.

      Delete
  10. Nak tanya bunganya bermusim atau sentiasa berbunga ye?

    ReplyDelete
  11. Pn normala. Fyi. Sy pun dh tanam pkk ni & dah 8 bulan. Mmg betul, pkk ni rajin menjalar & cepat merebak jk rajin dibelai dgn siraman air & baja air. Cuma sy dh xsabar menunggu utk ia berbunga & xsabar nak hidu keharuman bunga ini. Tqvm for yr infor. Frm zul Subang jaya

    ReplyDelete
  12. Ya harap Zul sabar menunggu ya.
    Bunganya nanti akan kembang secara berperingkat. Jadi dia ambil masa berbulan juga untuk habis.

    ReplyDelete
  13. Berapa harga bibitnya, saya ada pesan melalui fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di sini harganya dalam 15-25rm sepokok.

      Delete
  14. Saya mahu sangat2 pokok bunga ni sebab saya penternak kelulut. Bagaimana saya boleh dapatkan ye... saya di Kuching Sarawak. Tel 0168616060... Dzulkadir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli on line. Cuba try di Shopee atau cuba masuk fb group pertanian. Boleh buat pertanyaan disitu. Mana tahu ada dijual ditempat tuan.

      Delete
  15. Hi sis, nak tanya tips penjagaan pokok porana volubilis untuk berbunga. Saya dah tanam pokok ni dah setahun tapi masih belum berbunga.

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah..saya juga ada tanam porana. sekali berbunga memang best. wangi. lebat bunga. kelulut penuh sekeliling bunganya..pokok dia pun sgt cepat membesar. cumanya nak menunggu dia berbunga macam tunggu bulan jatuh ke riba..hihi. sekali berbunga mcm nak pengsan tgk..cantik ya amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lupa nk letak nama sendiri..haiza79

      Delete
  17. kenapa bunga dia jadi macm layu ja sedangkan dlm dua hari kembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok saya pun sama. Sekejap sangat bunganya bertahan. Dalam 3 hari dah layu.

      Delete