Tuesday 22 November 2016

Buah Kundur - Wax Gourd

Saya mula menanam pokok kundur awal tahun ini di kebun R&R. Benihnya saya dapat dari buah yang di beri oleh seorang rakan. Selain labu sebenarnya kundur adalah antara sayuran berbuah yang boleh disimpan lama. Orang dulu-dulu selalunya berpantang larang dengan kundur ini kerana sifat sejuknya, Masakan tidak kerana isi kandungan airnya ialah 97%. Walaupun begitu ia tetap mempunyai manafaat tersendiri untuk penyembuhan tradisi. Lazimnya orang-orang Cina menggemari buah ini dam mereka memasak dengan campuran herba mereka sendiri. 

Ini buah sulung tanaman kundur saya di kebun. Pokok saya biarkan merayap di atas tanah. Cuma dua biji saja buahnya. Ini yang tebesar. Saya berniat nak buat kenduri untuk harijadi cucu yang ke tiga tahun.

Akhirnya bulan Ogos baru majlis berlansung ( harijadi sebenarnya jatuh pada bulan puasa ) Kerana sibuk di dapur saya tidak sempat merakam majlis yang meriah ini. Gambar ini  ibunya yang rakam dengan hphone. Tidak berapa terang. Apapun niat untuk buat kenduri kundur telah tercapai. Masak dalca dengan ayam. Semua orang dapat makan. Alhamdulillah.

Hampir empat bulan majlis berlalu inilah hasil yang saya dapat dari biji buah sulung. Biji ini tumbuh sendiri di pangkal pokok limau purut belakang rumah. Membesar cepat dalam musim hujan saya tidak ambil tahu langsung pasal pokok ini kerana saya tidak menanamnnya. Hinggalah pada satu hari saya mendongak baru perasan. Ada lapan biji semuanya dan pucuknya masih terus mengeluarkan putik baru.

Berkongsi ranting dengan limau purut yang tengah membesar. Jadi betul lah orang cakap, kalau tanam pokok jenis labu atau kundur ni biarkan saja begitu. Jangan ambil kisah sangat. Lagi banyak dia berbuah. Patutlah pokok yang dibelai di kebun naik dua biji saja. Sebab dimanja kut.

Teruja saya melihat buah yang bergayutan. Buah ni harus dikendurikan kerana saiznya yang besar sedangkan keluarga saya kecil sahaja.

'Berkelah' pertama saya buat masak lemak. Sebiji lagi saya buat pajri esuk harinya dan agihkan kepada jiran juga
 
Selang beberapa hari petik pula dua biji. Kawan-kawan suruh masak pajri sekali lagi untuk berkelah makan malam.  Makan dengan ikan gelama kering. Sepanjang minggu ini kiranya saya dan kawan-kawan kejiranan  berpesta kundur lah..... lagipun saya selalu kena bahagian masak sayur & s ulam.

Untuk sendiri saya lebih suka sayur air yang begini. Semangkuk besar boleh habis. Mujur setakat ini kesihatan baik. Tidak kena angin dan sakit urat. Antara produk kundur yang paling saya suka ialah minumkan airnya. Sedap. Segar dan wangi. Manakala satu lagi tentulah halwa kundur. Semua orang pasti tahu. 

Masih ada beberapa lagi kundur di puncak pokok limau cuma ini sebiji sahaja yang berjuntai kebawah dan tercapai tangan, . Saya teringin sangat nak buat halwa kundur. Google internet tapi tiada satu resepi yang lengkap. Saya berharap kawan-kwan yang tahu akan membantu dan share resepinya disini. 



Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!











34 comments:

  1. Kakcik suka makan halwa kundur yang kering tu, tapi nak buat memang tak pandailah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kakcik Nur...saya cek resepi yang diberi semuanya tak berapa jelas. kebanyakkan copy paste..jadi sama ja..

      Delete
  2. Minuman kundur sedap kak, beli yang dalam tin aje...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..memang yang dalam tin tu sedap..kak mula kenal air ni tahun 1997..diperkenalkan oleh seorang rakan kerja berbangsa Cina.

      Delete
  3. Subhanallah tinggi ia memanjat ye Kak Mala, semua menu kundur tu ana pernah makan kecuali pajeri, pertama kali ana nampak pajeri kundur kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ana pajri kundur. Cuba lah. Campur udang kering sikit.

      Delete
  4. Orang dulu2, buah kundur ni dibuat halwa sebab kalau makan buat sayur Xhabis (buahnya besar)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum warahmatullah, semoga akak sentiasa diberikan kesihatan yang baik...
    Buah kundur kat kampung dulu jiran ada tanam banyak buahnya, pokoknya menjalar kat tanah je...jadi mudah nak petik. Saya belum pernah makan lagi sayur kundur tapi kalau halwa kundur tu memang biasalah dan kegemaran saya tapi bukan buat sendiri, beli kat kedai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu, terima kasih, kak & keluarga berada dalam keadaan sihat. begitu juga hendaknya keluarga Abu. Cubalah sekali rasa sayur masakan kundur ni..boleh dimasak apa saja mengikut selera kita dari masak air, lemak putih,cili padi, pajri hinggalah ke kari.

      Delete
  6. Dekat rumah kg kakak kundur bentuk pear kak mala. Memang betul buat tak tahu dia memanjar pokok mangga. Kalau tengok ingat bush mangga besar hihi... tapi sebenarmya kundur.

    Untu glah yg dpt merasa masakan kundur di hari ulangtahun puteri comel tu. Memang kalau sebiji boleh dpt seperiuk besar kan😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bentuk pear tu labu air kut Zake...pokok jenis kundur & labu ni saja suka mendominasi tempat. Kalau dapat kat depa habis pokok lain tenggelam.

      Delete
  7. Wow! Besarnya kundur harvest Mala! kalau dapat recepi halwa kundur, share yek! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih mencari dan menunggu kalau siapa2 yang tahu resepi halwa ni Malar.

      Delete
  8. saya tak pernah tengok buah kundur sebenarnya. rupa macam mangga la kiranya ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada macam buah mangga pun bentuknya. Cuma kulit hijau dia tu seakan-akan mangga lah. Dia ni besar gedebab.

      Delete
    2. oo. kalau tengok in real lg bagusni. tq kak mala

      Delete
  9. Salam. Saya Ain.. student Uia Ktn. Saya memerlukan buah kundur utk kajian penyelidikan. Bole en/cik bekalkan kpd sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ni kena pi ladang dia la adik.

      Delete
    2. Akk ada tanam kundur di ladang ke? Saya perlu mengambil buah kundur dr satu ladang untuk kajian penyelidikan.. @ akk ada kenal mana2 pengusaha tanaman buah kundur? Boleh akak hubungi saya? 011-10858521.

      Delete
    3. Ini pengusaha kundur yang mengeluarkan pelbagai produk kundur. Boleh contact mereka.

      Nama usahawan : Encik Sheikh Ismail
      No. telefon : 016 – 9377211
      Lokasi : Kuantan, Pahang
      Nama Syarikat : Warisan Kundur Resources (CA0151249-V)

      Delete
  10. Saya baru pertama tanam kundur di rumah, bibit pemberian dari teman. Tanaman masih muda, semoga bisa rajin berbuah seperti milik Kak Mala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.harap2 menjadi buahnya ya Endah. Tanah disana lebih subur dari tanah dikebun saya.

      Delete
  11. Buah kundur ini memang kalau lagi terbiar lagi lebat buahnya.
    Suka tengok gambar buah kundur dengan buah limau purut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah limau purut dah kecil kali ini. Awal tahun aritu semuanya besar2. Pokok dia dah condong nak rebah sebab tanam atas tar...daun pun dah jadi kuning. Dah tongkat kayu kiri kanan.

      Delete
  12. Betul tu KM air kundur dan halwa kundur memang sedap... Dulu jiran cina sebelah bunda ni ada tanam, melilit abes kat pagar belakang dan depan rumah...yelah, duduk kat taman ni pagar kan berkongsi... yang kat belakang tu abes melilit samapai menjengok kat tingkap bilik anak tingkat atas. tu lah dia punya lilit memanjat tinggi tu, kalau rumah 3 tingkat, mau sampai jugak kot..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Cina memang suka buah kundur ni. Buat sup bagai untuk sejukkan badan.

      Delete
    2. Ye KM orang Cina suka tanam n makan kundur ni. Ada dorang bagi n ajar bunda...potong kecil2 buah ni, pastu rebus dengan air banyak...perasakan dengan gula campo gula batu...letak daun pandan.

      Pastu letak peti ais atau boleh dibubuh air batu...minum untuk sejukkan badan katanya.

      Delete
  13. Assalam Kak.. mcam mana buat air kundur tu.. rebus ke?.. saya pun teruja tengok buahnya bergantungan.. ada jiran cina diseremban buat pancang macam rumah didepan rumah teresnya... buahnya besar sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar. Kak tak tau buat air kundur. Sekarang ni duk cari resepi halwa kundur.

      Delete
  14. Resepi halwa kundur.
    http://unclephilipsg.blogspot.my/2009/05/how-to-make-candied-winter-melon-aka.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih banyak Aizan. Almost setahun baru ada orang bgtau resipinya. Kundur musim baru pun baru je semai.

      Delete
  15. Salam..bleh info Saya..Saya nak beli buah kundur

    ReplyDelete