Sunday, 7 September 2014

Beauty Creatures In My Garden - Part 2

Sesungguhnya saya berasa beruntung amat kerana tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan gambar-gambar  bagi setiap posting yang saya ingin paparkan disini. Malahan saya sudah terlebih gambar dalam folder simpanan. Tuhan itu maha adil ya, kerana saya ini buta memandu, jadi memadai lah untuk saya dengan hanya apa yang ada didepan mata, walaupun hati ini teringin sangat nak ber outdoor. Pulau ini sangat menarik dengan flora, fauna dan landskapnya. Kendengaran agak lucu, tapi itulah hakikatnya, terbatas dengan tugas dan masa, tempat yang sekecil ini pun tiada kesempatan untuk kamera saya jelajahi , melainkan kutiplah apa saja yang ada disekeliling rumah. Minggu ini saya tinggalkan dulu cerita bunga, berbekalkan gambar lama dan baru lihatlah kejadiannya....

Buffaloes soldier - sesi morning walk. Walau diluar taman, tapi makhluk ini sentiasa bersiaran  berhampiran laman saya.


BURUNG  CAK CELAK

Burung comel yang dipanggil Cak Celak ini dibawa balik dari kampong semasa cuti raya yang lalu. Rajin berbunyi dan kuat makan.  Suami saya gantungkan sangkarnya  di tempat gantungan bunga saya. Bunyi bising suara mereka telah menarik minat sekumpulan burung cak celak liar  datang melawat tapi cuma seekor saja yang turun mendekati. Mungkin ketua kumpulan

  
BELALANG
Tidak seperti kupurama, belalang masih saja kekal banyak walaupun dilanda musim hujan. Gambar ini saya ambil pagi semalam. Meremut...
 '..row..row..row your boat, gently down the stream..merily,merily,merily,merily....life is'bout a dream...' 
Belalang sedang menyalin kulit.


PEPATUNG.
Hampir tidak ada masalah lansung dengannya. Nasib baik patung tidak makan daun macam belalang 


KUPURAMA.
Musimnya telah berlalu sudah saya rasa. Makin kurang kupurama datang kelaman saya sekarang ini . Mungkin kerana sekarang ini sudah masuk musim hujan. Musim panas yang lalu, boleh kelihatan berbelas kupurama berterbangan pada satu masa untuk  menghisap madu bunga.

Sepasang biru. Jantan dan betina. Saya rasa kupurama jantan mempunyai color yang lebih terang dan corak yang lebih cantik.
 
 Pertama kali tengok kupurama ini.
Beberapa saat saja, dia telah di baham oleh seekor labah kuning. 
 


KUMBANG 
 
Pagi ini baru saya tahu, ada kumbang bintik yang seakan kumbang emas. Kedua-dua jenis kumbang ini gemar kepada pokok morning glory. 
Sepasang. Jantan dan betina. Kumbang bintik jantan lebih terang dan menarik warnanya. 
 Anak kumbang bintik.
 Kumbang emas.
Si Kumbang Jati?


SIPUT 
 Tidak payah diperkenalkan lagi...
Pemakan yang hebat.... 

  
RARE 
Siapa tahu ID nya?

Siput berlayar diatas ketam....

Stray cat yang cantik corak bulunya. Begitu sihat mengalahkan Kastih tapi sayang liar. 

Saya suka tengok warna hijau kulitnya. Kemas cantik bagai memakai jeket. 

Serengga yang berpenampilan segak dan bergaya. 
   
 Yang ini pula bukan rare tapi adalah antara mahkluk terindah ciptaan Ilahi buat saya.













35 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mala, Cantik2nya pic serangga kakak, tergoda Julie melihatnya, Julie rasa susah jugak nak tangkap pic serangga2 esp rama2 tu, hehe...kalo x silap serangga yg 'RARE' tu flower fly (hoverfly)/ syrphus ribesii kalo x silap. Best gak dengar bunyi burung, terasa indahnya suasana Alam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie. Thank you so much pasal info hoverfly tu tapi yang ni memang rare, kalau hoverfly lain biasa tengok kepala dia coklat tua ja. Tapi yang ini hijau berkilat. Badan dia pun lebih panjang. Cross polination kut no...

      Delete
  2. Assalam Kak Mala... cantik-cantik semuanya kak.. even the buffalo soldiers tu... inilah hiburan alam kurniaan Yang Maha Esa bagi insan-insan seperti kita sebelum jemputan terakhirNya... saya pun macam akak.. bermata ijo.. pantang tengok warna hijau... kecuali cik ular hijau la :) kupurama tu pun cantik-cantik belaka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar.. inilah saja wadah yang kak ada keliling rumah. Nak ajak abang outdoor dah dia tak minat lansung. Kalau tidak bolehlah ambil gambar pantai ke ..siput ke...tak boring sangat. Aritu dah siap buat janji dengan adik..dah kereta meragam pula...susah juga nak bergerak kalau buta kenderaan ni...

      Delete
  3. salam sis mala...
    indahnya panorama!subhanallah..keindahan semulajadi yang terpelihara..jarang dah nak jumpa kerbau la ni..unik kan dari yang besar sampai ke yg kecik.
    zaman kanak2 suka tangkap pepatung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat, jangan kata kerbau, siap kambing lembu pun ada. Waktu ambil gambar ni memang seronok nampak cantik tapi time dia makan pokok kita aduss...berangin satu badan.
      Hehee..lucu ya bila ingat zaman kanak2. Dulu2 kak dengan kawan2 boleh ambil batang rumput cucuk di ekor dia then lepas terbang. Konon seronok tengok gelak satu kampung...kesian kat patung tu..terbang bawa diri kesakitan. Brutal betull..

      Delete
  4. As Salam kak,
    MasyaAllah cantik betui....pemandangan berlatarkan gunong ganang, floral n fauna...memang tak puas tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana. Time hujan2 memang selalu ada kabus kat bukit tepi rumah tu..memang cantik nampak.

      Delete
  5. Wauu hebat2!!!!! profesional photografer nii

    ReplyDelete
  6. Dari awal kenal blog k.mala sy dah terpegun dengan seni fotografi nya...lg satu saya terpegun creatures yg ada di laman k.mala pelbagai jenis...cantik2... Kalau laman sy ni harap lebah besar yg common tu dengan siput...erm ID yg x dikenali tu charlie ke? Nmpk mcm lbh kurang charlie bahaya kn klu tersentuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serangga2 kecil ni memang banyak kat rumah kak. Pelbagai. Burung-burung pun banyak tapi tak ada kesempatan nak ambil gambar.
      Rasanya binatang ni bukan charlie sebab sesungut dia pendek ja. bentuk kepala pun lain. Kalau charlie lah...eh, seram..jangan2lah membiak di laman rumah kakak. Bahaya.

      Delete
  7. OMG so beautiful yes these creatures! Thank you, Normala. I don't think I have seen those bintik kumbang and green insect before. And gosh those belalangs... so many together... they chew on leaves you know!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually I'm not sure what is kumbang bintik real names. Just called it bintik because of its nature appearance. They just sudden appeared since I plant my beach morning glory. They also can be found at my kangkung plants. At first I think it was Kumbang emas but it's not even they look alike at a glance. I really like them, so cute. Do you think so?

      Delete
  8. Beautiful! Kucing saya pun suka sekali tidur di dalam pot, sehingga sering sekali tersiram air siraman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini gambar awal tahun. Sempena tahun baru 2014 kak beli pokok heliconia sexy pink lady. Dalam pasu tersebut ada serat sabut dan tanahnya sejuk sebab itulah dia suka tidur disitu.

      Delete
  9. Love all the pictures, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. salam
    terasa jeles dgn Mala kerana menetap dipualu yg terkenal dgn keindahannya...saya tinggal ditaman perumahan..kirin kanan depan blkg jiran..jiran..jiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam. begitulah orang cakap kak boleh melancung hari2, hakikatnya cable car pun kak tak pernah naik. gayat...sebenarnya kak lebih suka Langkawi 25 tahun yang lalu, masa baru jejak kaki disini. Cantik sangat begitu semulajadi. Boleh lihat sawah padi tepi laut. Sekarang mana ada dan kita pun tak boleh nak menahan pembangunan. Binatang2 yang duk dalam hutan kita boleh jumpa tepi rumah ja...saya sentiasa teruja waktu tu..waktu tu pun selalu berkelah, mancing dan cari siput kat pantai..Sampai time kerja pun boleh pi korek siput lagi..La ni dah tak ada, tempat2 tu dah ditimbus...sayang..

      Delete
  11. Bila dipaparkan serangga yg begini banyak di laman, kakak dpt rasakan yg kawasan Kak Mala masih bersih dan fresh. Susah dah nak jumpa serangga ini semua. Bagaikan mengimbau kenangan masa kakak kanak-kanak dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini tak ada kilang2 dan pembakaran secaran besaran sebab tu udaranya masih bersih dan fresh kut..tapi asap kereta banyak juga kat sini..kereta sewa.
      Yang kak paling seronok tengok kumbang emas & bintik tu la. Dah masuk lapan tahun pindah ketaman ni ( dulu duk rumah sewa) inilah kali pertama depa muncul. Kumbang tu mainan kak masa budak2 dulu.

      Delete
  12. Anak-anak enjoy tengok gambar Kak Mala, especially yang belalang banyak tu mencuit hati :) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada dua lagi daun yang penuh dengan anak belalang ni tapi tak sempat nak ambil gambar, habis terbang...

      Delete
    2. Si tigger pun suka tido dalam polibeg hitam masa siang-siang.

      Delete
  13. Assalam Kak Mala,
    Mintak izin nk save as bberapa pic kat sini yg sy sgt teruja cntik2 semuanya untuk background pc saya, boleh x kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, silakan. Bayar pengeras dah lah..dua kupang lima date.

      Delete
  14. Cantik nya kehidupan alam semula jadi flora dan fauna...unik dan asli....Subhanallah

    ReplyDelete
  15. bertuahnya Mala..kerana masih tinggal dalam kehidupan alam semulajadi. udara yg segar,nyaman dan tenang. kami kami di bandar ni sibuk mencari tempat percutian yang sunyi n tenang nk lari dari bunyi bising kenderaan yg bertali arus..
    suka gambar anak belalang sederet tu..

    ReplyDelete
  16. Yon, baru pagi tadi pi penyet anak-anak belalang tapi tak semua, tinggal juga sikit buat benih. Kesian juga.. tapi terpaksa. Terlampau banyak. H2O dah habis. Banyak daun dah koyak rabak dengan bunga sekali dimakan.

    ReplyDelete
  17. kepelbagaian BIO,,, terbaik,,, alam semula jadi yg hebat,,, )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Madi stopping by. Pulau ni memang hebat dengan kepelbagaian bionya, landskap & panoramanya pun cukup indah tapi kamera kak yang terlalu jauh ketinggalan.

      Delete
  18. Salam, hidup lagi ke burung Mata Putih Rimba tu? - Everett's White-eye (Zosterops everetti)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tabib. Sorry kak terlepas pandang. Thank you for the ID. Burung2 tu masih hidup eluk dirumah. Abang pun dah berlajar pi jebak burung ini..banyak kat hutan belakang rumah kak rupanya. Baru dapat se ekor.

      Delete