Sunday 18 December 2016

Bawang Dayak - Eleutherine palmifolia L. Merr

Siapa pernah tanam & makan bawang ini? Saya masih ingat arwah bapa saya pernah buat sup  dengan ayam kampung. Saya ikut makan tapi malangnya sudah terlupa bagaimana rasanya. Cuma yang jelas di ingatan kuah sup tersebut berwarna merah. Kami tidak menanamnya   kerana ianya bukanlah amalan pemakanan lazim. Bapa cakap boleh jadi ubat. Ubat apa saya sendiri tidak tahu. Ketika itu rasanya saya baru berumur lapan atau sembilan tahun. Lama sangat kan. Berpuluh-puluh tahun yang lalu....

Setelah sekian lama, saya terbaca tentang bawang ini  di grup fb. Katanya dapat mengubati cancer. Teruja sangat jadi saya beli cara online. Tidak silap  RM5.00 sepokok. 

Pokoknya sebiji macam pokok orkid tanah. Satu famili.  Malah bunganya pun sangat cantik dan comel. 

Ini tuaian pertama minggu lepas. Cantikkan. Merah dan besar bawangnya. Bawang ini berasal dari benua Amerika . Melalui perkongsian kawan-kawan fb baru-baru ini  barulah saya tahu rupanya ia mempunyai pelbagai khasiat penyembuhan tradisi. Cara penyediaan samada bawangnya  direbus, dimakan mentah atau di supkan. 

Rupa isinya bila dibelah. Bergarisan kontour yang menarik. 

Closed up. Amalan pemakanan bawang ini dikatakan baik untuk si penyakit gastrik, cancer, batu karang, Hb rendah, muntah darah, kolestrol, gaout, senggugut, atrithis dan jantung sumbat. Orang Cina buat sup dengan ayam untuk buang toksik dan bagus juga untuk penyembuhan luka dalaman. Mungkin ini yang arwah bapa saya maksudkan dulu. 

Namun di Indonesia, mereka lebih mendahului kerana di sesetengah daerah pemakanan bawang ini menjadi amalan harian mereka. Malah  di ladangkan  secara komersil. Bawang ini juga di jadikan serbuk untuk kapsul  atau dikering, jadikan minuman teh.  ( Gambar ehsan google )

Rebusan air yang berwarna merah terang. Nampak sedap macam sirap tapi apa rasanya? Saya belum mencuba. ( Gambar ehsan google )

Tapi yang ini saya cuba. Buat sayur campur. Ini  pun hasil perkongsian dari kawan fb juga. Rasanya sedikit pahit tapi lemak. Tekstunya rapuh. Rasa macam makan ubi keledek  mentah atau kacang. Saya suka.

Bunganya yang comel. Ini yang paling menarik perhatian mata saya sebenarnya. Namun untuk resepi seterusnya saya pasti akan mencuba dalam masa yang terdekat. Sup bersama ayam atau air rebusannya untuk seorang makan. Suami dan anak pasti menolak...


OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!



35 comments:

  1. Rasanya belum pernah jumpa pokok ni
    Tinggi nilai herbanya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya pernah melihat pokok ini, rupanya ia spesis bawang dan khasiat perubatan. Baru saya tahu. Mungkin boleh juga gantikan bawang yang biasa digunakan dalam masakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuslam Abu, sihat hendaknya ya.
      Bawang ni teksturnya kasar tidak lembut dan bersari macam bawang masakan lazim.Bau wangi bawang pun tak ada.

      Delete
  3. Wow! This plant is amazing!! Your bulbs look really healthy. I am happy for you. Yummy and nutritious :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Steph. So bless, there's a lot of herbs around us which are beneficial

      Delete
  4. wow, tak pernah jumpa lagi camni kak. baru tahu dan baru tahu khasiatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun sendiri baru tau bawang ni banyak khasiat

      Delete
  5. Kak mala, rasa macam penah tgk kat nursery, ingat pokok hiasan biasa rupanya bawang berkhasiat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..jangan2 kat nursery tu orkid tanah tak..daun dia sama sebiji...

      Delete
  6. Kalau tak silap rumah I ada pokok nie waktu childhood! Boleh makan ke? tak tau pulak! hahahha.... bunga dia memang cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh makan bawang dia. lain kali kalau jumpa harus beli dan tanam.

      Delete
  7. Banyak khasiatnya tu KM...namanya pun unik, air nya tu nampak merah menyala mcm sirap...macam sedap jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah airnya nampak sedap mcm sirap tapi tak tahu apa rasanya. Saya pun belum lagi mencuba.

      Delete
  8. Ooohh... kakak baru tahu
    Kakak ingatkan ini pokok bunga tau Kak Mala.
    Punyalah ketinggalan.
    Pokoknya cantik, bunganya cantik, ubinya pun menarik
    Lagi tertarik banyak khasiat pulak tu.

    ReplyDelete
  9. banyak khasiat khazanah alam yang perlu diterokai kan Kak Mala, semoga Kak Mala terus berkongsi pelbagai rahsia khazanah alam bersama kami semua, Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakat2 kongsi Ana. Kak pun dapat info dari kekawan juga.

      Delete
  10. sayur campur tu sangat2 menggoda..warnanya teksturnya fuh rasanya pun mesti super sedap nih

    ReplyDelete
  11. Bawang berlian ini bagus untuk wanita.
    Cuma orang mengandung je tak boleh makan nanti keguguran anak.
    Bagus untuk buang angin dalam badan.

    ReplyDelete
  12. kalau tak tahu pasti kita menyangka ia pokok orkid tanah..seakan sama rupa pokoknya..

    ReplyDelete
  13. haah la, bunga dia comel sangat! kalau tak tahu macam saya ni, tak percaya ni rupanya bunga pokok bawang haha

    ReplyDelete
  14. BBARU TAU ADA BAWANG GINI..BUNGANYA PUN CANTIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu sebab saya tanam pasal bunga dia yang comel dan cantik tu la...

      Delete
  15. Di Indonesia kami menyebutnya bawang dayak, tanaman endemik Kalimantan/Borneo tempat tinggal suku dayak. Bawang dayak secara empiris sejak jaman dulu sdh dimanfaatkan masyarakat dayak untuk pengobatan berbagai macam penyakit. Sekarang tanaman ini mulai populer di Indonesia sebagai pengobatan alternatif herbal. For more details, please visit: www.pusatbawangdayak.id

    ReplyDelete
  16. Normala saad. Dimana boleh dapat pokok bawang ni.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Assalmualaikum puan. Blh saya dapatkan benih pokok ni. WA saya di 0193141982 klu puan ada benihnya.

    ReplyDelete