Sunday 22 January 2017

Dwarf Abutilon

Abutilon ialah sepupu dengan bunga raya / hibiscus. Malah daun dan biji benihnya sama juga dengan benih bunga raya. Datang dari famili yang sama iaitu Malvaceae. Cuma kita jarang tanam Abutilon kecuali di Cameron Highland kerana beranggapan bunga tempat sejuk tidak sesuai ditanam di tanah rendah yang bercuaca panas.  Abutilon boleh didapati dengan pelbagai warna dan bentuk yang menarik tetapi di negara ini jenis yang ada sangatlah terhad.

Dalam kenangan. Abutilon yang saya beli di Cameron dua tahun lepas. Mula-mula saja cantik kemudian beransur  pudar tidak sihat. Jemu melihat lalu saya abaikan sampai bawa kemati. Hurmmm...macam serik dah nak beli bunga Cameron Highland.

( gambar google )

Namun pasal bunga saya  selalu lupa janji.  Kali ini beli biji benih online. Dwarf Abutilon. Tengok gambar google sangat tergoda. Kalau yang mati dulu jenis pokok yang meninggi dan separa menjalar. Yang ini pula jenis katik.

Teruja sungguh. Semai 6 biji tumbuh 6 pokok tapi sepokok mati akibat kegatalan tangan sendiri. Tinggal 5 pokok pun sudah kira OK sangat. 

Kudup pertama. Happy tak boleh cerita walau sekuntum saja keluar. Pokok pun membesar dengan sempurna tapi memang katik.  Walaupun kecil dan kurus tapi puas hati pokok tanam sendiri berjaya berbunga.

Tadaaaa.....si ballerina dah kembang! Satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Cuma color saja agak pudar...

Masuk bulan ke 3, bena putih sudah mula meyerang. Pucuk daun semua jadi kerekot. Anehnya  pokok tidak lagi katik tapi makin meninggi. Bunga pun makin banyak keluar. 

( gambar google )

Masa tanam dulu saya selalu berangan nak bunga lebat macam gambar tapi tidak menjadi. Mungkin faktor baja yang tidak menepati. 

Hasil tanam biji benih beginilah. Banyak risiko yang perlu dilalui. Dari mula menyemai sehinggalah berbunga. Wajib punya kesabaran tahap dewa. Tidak tahu kenapa saya suka sangat bereksperimen cara begini. Lebih mudah beli yang ready made dengan bunga berketul-ketul tapi itulah tidak semua bunga yang kita suka ada jual di pasaran setempat.  Cara mudah beli biji benih dan semai. Pada masa yang sama boleh didik jiwa lebih kental dan berani mencuba. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
















23 comments:

  1. Your flwers are so beautiful !! Thanks for sharing your lovey photos !!
    Nice to see the beautiful flowers, we have a cold winter here in Poland !
    Happy Sunday !!

    ReplyDelete
  2. Thank you Ela for you nice comment.
    Here the weather are unpredictable. Supposed now are dry season but it's still raining and certain place in my country are flooded.

    ReplyDelete
  3. Cantik teramat sangat
    Betul juga mungkin tempat kita ni kalau panas panas sangat.
    Bila hujan pulak sampai banjir - terlebih air.
    Memang ada bentuk bunga raya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni cuaca memang tak menentukan...tahun ini kak rasa macam terlebih air pula. Tahun lepas kemarau dari bulan December sampai June...tahun ni December & january still hujan & ribut.

      Delete
  4. Cantik sungguh! Tak pernah tengok lagi pokok nie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sangat banyak jenis dan warna. macam bunga raya tempatan juga.

      Delete
  5. wowww cantiknya.. tahniah akhirnya dia berbunga dengan air tgn akak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...tapi baru 3 hari lepas kak tahu. Rupanya untuk dapat color yang terang harus letak ditempat panas. Ditempat tedur ia jadi agak pudar.

      Delete
  6. bena ni memang salah satu faktor perosak pokok kan kak Mala, pokok palma rumah ana pun sering kali diserang bena putih ni. Betul selalu ana tengok bunga ni di Cameron Highland je kak.. Alhamdulillah benih kak Mala berbunga juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bena ni satu maslah. Kak kalau boleh nak elak penggunaan racun semburan sebab nanti lebah, kelulut dan rama2 tidak datang bertandang. Ada pokok buat yang perlu pendebungaan dpa ni untuk berbuah.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    O, rupanya keluarga bunga raya juga. Kalau tak memang saya tak tahu. Tapi nampak pada kudupnya yang baru nak kembang tu memang ada iras-iras bunga raya. Mungkin ada nilai perubatan juga agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada nilai perubatan tapi kita yang tidak tahu.

      Delete
  8. Akk mcm mertua lady.. Suke menanam n menyemai.. D sni ade nursery pikok.. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..kalau duk dekat dgn mak mertua tu syok la...ada kawan. Sini kak sorang saja aktif...

      Delete
  9. Ha aalah macam bunga raya.
    Cantik bunganya.
    WP belum pernah tanam lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga dia memang cantik tapi satu yg sakit hati..bena putih suka sangat kat daun dia. Sembur racun tahan sehari dua pastu ada balik..

      Delete
  10. bunga cantik sangat kak. pasal bena tu try kak sembur basic h

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sembur...tahan seminggu dua pastu jadi balik..

      Delete
  11. Sis, saya Abby dan recently ada baca post anda berkenaan ros damask light pink yang wangi macam perfume. Ianya jenis ros kampung tetapi saya tak dapat cari di nursery.Saya cuma ada ros kampung jenis dark pink. Dimana anda beli light pink damask rose? Adakah anda ada jual keratan rose tersebut? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Abby add page fb ExoticMatahari Nursery Green Mates. Ownernya nama Norasiah Jamil. Dia banyak jual pokok2 bunga termasuk rose damask secara online.

      Delete
  12. Kalau dapat berbunga lebat macam gambar tu memang lah cantik sangat kan... tapi dah dapat semai n menjadi pun dah kira okay dah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm..naik sekuntum pun dah riuh sekampung KN..hahaha...

      Delete