Tuesday 29 August 2017

MerdekaRaya : Kenangan.

Tahun ini kita menyambut merdeka dan raya haji berselang hari. Mesti meriah kan bila tiba harinya nanti. Saya sendiri tak dapat ingat tapi rasanya inilah kali pertama kita sambut merdeka dan aidil adha dekat-dekat. Setiap orang pasti ada cerita tersendiri pasal merdeka. Saya pun ada. Tentunya cerita pada zaman dulu. 

Kalau nak kira, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok. Masa tu tidak tahu pun sangat apa erti kemerdekaan. Yang sinonim  ialah gambar Tuanku Abdul Rahman di kaca tv melaung merdeka dan gambar bendera Malaysia dinaikkan. Namun kenangan menyambutnya 
bersama dengan adik dan abang adalah memori yang terindah untuk dikenang.

Tahun 70an. Semasa bersekolah rendah, bapa akan membawa kami sekeluarga ke 'garden' untuk meraikan merdeka. Satu-satunya tempat riadah orang awam di bandar. Pergi pada waktu malam. Tengok wayang kulit dan kadangkala ada nyanyian pentas. Yang paling seronok boleh makan satay dan bihun hailam percuma di restoran Ah Yau, kawan baik bapa. Itulah suasana merdeka waktu itu.

Bila usia meningkat remaja cuti sekolah adalah 'merdeka' yang sebenar buat saya. Boleh rehat dan tengok TV siar rancangan hiburan ambang merdeka. Kami tidak lagi kebandar untuk menyambutnya. Ketika itu sekolah pun tidak ada apa-apa aktiviti  untuk anak muridnya.

Sehinggalah saya berkahwin kami mula kedataran untuk count down dan melihat bunga api. Dari anak kecil hinggalah mereka meningkat remaja. Tahun 90an  adalah era  yang penuh dengan semangat dan keterujaan.

Sekarang dah rasa tak ada hawa nak menyambutnya. Sudah sepuluh tahun lebih tidak kedataran. Namun anak-anak sekarang  masih ada cara mereka sendiri untuk meraikan hari bersejarah ini. Semoga anak-anak merdeka ini akan berjaya memerdekakan diri dan minda mereka di masa hadapan. Ditangan merekalah negara ini berteguh. 

 Malaysiaku, selamat menyambut 60 tahun merdeka. Ini mungkin posting terakhir buat seketika kerana computer saya ada masalah dan terpaksa di format semula.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!




21 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Megaraku sehati sejiwa.
    Semoga kita dan anak2 cucu cicit kita akan hidup aman damai di bumi tercinta ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga negara kita kekal aman dan makmur.m
      Masyarakat bersatu teguh bersama.

      Delete
  3. Selamat beristirehat ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak rehat tapi terambil tab cucu pi cek blog pula...hehehe alasankan....

      Delete
  4. selamat menyambut hari kebangsaan dan aidil adha buat kak mala sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kam. Selamat menyambut merdeka & aidil adha buat Kam & keluarga juga.

      Delete
  5. selamat mnyambut merdeka n raya haji mala..maaf zhr btn..moga egara tercintakekal merdeka selama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf zahir batin Paridah. Walau tak kedataran tapi rasa semangat dan sayu dihati tetap terasa bila tengok kat tv.

      Delete
  6. selamat hari merdeka., dan raya haji nek mala tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya selamat merdeka raya untuk kamu juga tigalalat.nek baru balik dari kampung

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak Mala,
    Selamat menyambut hari kemerdekaan & salam Aidiladha buat kakak Sefamily,
    pic 1st tu pic anak kakak ke? cute2 pic budak2 ni, Julie rasa, best juga baca post kakak tentang cara org dlu2 sambut merdeka ni, siap tengok wayang kulit lagi...rare tu...semoga kita semua dapat hidup dengan aman bahagia di bumi tercinta ini...amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam julie. selamat merdekaraya buat julie sekeluarga juga.Gambar bebudak ni semua gambar anak jiranmyg diambil 3 tahun lepas. Yang last tu saja gambar cucu.

      Delete
  8. Betul tu zaman kanak2 walaupun tak tau sangat apa itu Hari Merdeka tapi seronok tengok poster2 dan bendera berkibar sepanjang jalan dibandar.

    Bila dah dewasa baru faham apa erti itu Kemerdekaan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. membaca tulisan ini mengimbau kenangan yang seakan hampir sama dengan apa yang dialami. Tetapi terasa seakan semangat patriotik semasa kecil dahulu lebih, berbanding sekarang. Entahlah hehehe...Harap belum terlewat utk saya mengucapkan selamar hari kemerdekaan yang ke 60 dan selamat hari raya 'eidul adha, Taqabbalallahu minna wa minkum solehul a'mal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu...
      Iya la...dah makin tua makin hilang pula rasa keterujaan tu. Bila tua gini saya tak berapa suka anak keluar malam sambut merdeka di dataran...tapi pikir2 pula itu saja wadah umum yang melekat dihati mereka tentang menyambut merdeka saya pun benarkan. Selagi boleh diingat, selagi boleh dikenang dan selagi ada ruh sayangkan negara dalam jiwa mereka..sambutlah dan raikan merdeka.

      Delete
  10. How fun! Hope you and your lovely family have had a good rest during the holiday :)

    ReplyDelete
  11. Salam Hari Merdeka NS...
    Wah nostalgic sungguh gambar lama tu. Menjadi teka teki kpd yg membacanya. Sure ada kaitan kan antara satu sama lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Merdeka buat Hainom juga. Gambar-gambar ni ( kecuali yang akhir ) saya ambil 3 tahun lepas. Ya, semuanya berkaitan dengan hidup saya. Ada anak jiran dan ada cucu sendiri & cucu saudara.

      Delete