Nama yang agak unik. Dari famili Mallow, Malvaceae ia juga dikenali dengan beberapa nama,. Antranya Indian Mapple, Chinese Lantern atau juga Lampion. Dan yang lebih istimewa bunga ini mendapat nama dari Ibnu Sina - Ilmuwan Islam yang juga di kenali sebagai Bapa Perubatan Moden. Abutilon terdiri dari beberapa jenis warna dan variety tetapi cuma jenis yang satu ini sahaja yang saya biasa lihat di sini.
Ini Abutilon yang saya ambil gambarnya diperkarangan hotel saya menginap di Cameron Highland. Ceria berbunga seluruh pokok. Pada mulanya memang saya beranggapan bunga ini seperti juga Fuchsia, lebih sesuai ditanam ditanah tinggi dan tidak tahan cuaca panas.
Rupa-rupanya saya silap. Ia juga sesuai ditanam ditempat terbuka dan penuh cahaya Ini yang saya beli dari nursery di tempat saya sebelum ke Cameron. Terkejut saya lihat pokok itu hidup subur berbunga ditengah panas ekstrim ( musim kemarau ) Sebenarnya pokok yang di semai ini dari ranting yang patah dan tuannya juga baru membeli pokok tersebut. Jadi dia menjual kepada saya yang kelihatan terdesak sangat mahu. RM4.00 untuk 4 inci...tak apalah, saya ingin mencuba...
Berbalik kepada Abutilon di Cameron. Ini kuntuman berbentuk hati sebelum kembang. Comel. Bila tahu bunga ini tahan cuaca setempat, saya mula berniat untuk membeli sepasu bila kesini.
Menyesal saya tidak membelinya dari tahun lepas...Di Cameron bunga ini mudah dilihat ditanam begitu sahaja dipinggiran rumah dan jalan. Boleh di biakkan dengan keratan ranting atau disemai melalui biji benih.
Akhirnya dapat juga saya membelinya di MARDI. Sepokok. RM8.00 sahaja. Murah sangat. Pokoknya subur dan penuh bergantungan dengan bunga. Malangnya saya lupa mencari biji benihnya bila bunga itu kering..sampai sekarang pokok yang saya beli ini masih segar dan membesar.
Ini pula perkembangan pokok 4 inci yang saya beli di nurseri tempatan. Begitu cepat pertumbuhannya. Kini sudah satu kaki lebih. Lihat sudah keluar bunga sekuntum..Begitulah dunia bunga ini, harus berani mencuba dan terus mencuba demi untuk mendapatkan hasilnya....
cantik..terang warnanya ya Kak ..baru saya tau namanya walaupun biasa lihat bunganya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteBetul Kam..warnanya merah terang. Skirt kat bawah dia pula kuning pekat. memang menarik colornya.
ReplyDeleteCantiknya, sekilas mirip Bougenvil! saya pernah lihat abutilon, tapi lebih serupa dengan hibiscus
ReplyDeleteBenar Endah, ada pelbagai jenis bentuk bunga Abutilon ini. Ada yang sangat mirip bunganya dengan hibiscus tapi saya belum pernah lihatnya secara nyata, cuma lihat dalam gambar. Cantik2 semuanya...
DeleteCantik sangat kakak tak pernah jumpa lagi. Dahlah kombinasi warna yg contra tambah membuat mata kita tengok tertarik. Kalau dipanjatkan kat pokok besar lagi meriah ni:)
ReplyDeleteps: kakak boleh memula baca ablution hihi... dlm hati bunga berwuduk pulak haha... tersilap.
Hahaa...betul kak pun mula-mula berfikir begitu...ablution...
Deletetersangat cantik color merah tanglung tu...dan daun dia plk nmpak seakan daun mulberry kan?
ReplyDeleteBetul Ana, bentuk daun dia seakan mulnery pun ada, macam bunga raya pun ada...memang sesetengah orang panggil bunga tanglung..
DeleteI wish you luck, Normala! When successful, share the secret in planting this vine in lowland yeah. I love the blooms!!
ReplyDeleteYes Steph, I like to try and I like to share the story ..at least people know that there have some highland flowers are suits & tolerate with the hot weather.
DeleteKuntumnya pun nampak cantik, merah hati bila dah kembang combinasi dengan warna kuning pula.
ReplyDeleteTun...kat sana, bunganya penuh seluruh pokok, daun ada sikit2 ja..geram tengok..merah dia memang menawan..
DeleteSubhanaallah cantik nya kak mala macam bentuk love merah :)
ReplyDeleteItulah kannn...comel lote bunga dia...
DeleteMirip macam sleeping hibiscus (turk's turban) sebab memang adik beradik bunga raya kan.
ReplyDeleteDaunnya memang serupa.
Sekali imbas tengok memang ketara ianya dalam adik beradik bunga raya yang juga dalam kumpulan 'Malvacea'.
Assalamualaikum Kak Mala,
ReplyDeleteBunga ni memang cantik dan unik, masa belum kembang bentuknya sebijik cam bentuk buah tomatilo hehe.. Julie suka dengan color merah hati tu...cantik!
Cantik...gabungan dua warna yang menarik...
ReplyDeleteMemang cantik KN tapi yang kat rumah tanam bunga yang keluar colornya tak terang sebegini...
DeleteSalam Kak Mala,
ReplyDeleteApa khabar? Whoa bercuti di Cameron ya? Masih sejukkah di sana?
Salam Honey...amboi tenggelam timbul sungguh Hani karang ni kan...hehee...
DeleteAnak seronok nak ke Cameron juga...tahun lepas tak habis melawat katanya..
Cuaca kat sana...masa jalan kat luar tak adalah sejuk sangat, sesekali angin tiup rasalah sejuknya. Tapi kat hotel kak menginap sejuklah..sebab dia duk atas bukit sikit..
Amazing beautiful flowers, small artworks.
ReplyDeleteThese I have never seen before.
Thanks Marit...
ReplyDeletebila nmpk bunganya yg belum kembang..teringat pulak buah letup2..seakan sama warna saja lain..
ReplyDeletebetul Yon...lebih mirip dengan buah letup kelambu
ReplyDelete