Oktober sudah. Sekejap saja sudah mahu sampai ke penghujung tahun. Lama juga tidak posting. Bukan apa. Sibuk berkebun semula dan replant pokok bunga. Hujan ditempat saya masih bermusim. Belum ada tanda mahu reda. Jadi tak boleh berleka. Takut nanti putus benih pula.
Hari ini mari kita lihat pokok baru saya. Butterfly bush purple. Beli di nursery setempat.
Tahun lepas saya beli yang warna putih. Kemudiannya baru saya tahu rupanya ia bukan sejenis dengan pokok yang baru. Berlainan spesis namun bunganya kelihatan serupa. Juga di panggil butterfly bush. Namun baunya sangat harum menusuk.
Manakala yang berwarna purple pula mempunyai haruman yang lebih lembut dan segar. Kon bunganya pun lebih besar dan panjang.
Sesuai nama... butterfly bush. Gambar begini merupakan bonus bagi sesiapa yang menanam pokok ini. Untung saya dapat merakamnya.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
WAH CANTIK BUNGANYA HARUM PULA
ReplyDeleteTerima kasih Paridah masih sudi berkunjung. Saya tidak dapat komen diruangan blog Paridah. Yak tahu kenapa. Dulu ok. Boleh ja.
DeleteWow! Butterfly on butterfly bush. Tepat masa. Memang bonus.
ReplyDeleteSemua color pun cantik. Teringin juga nak tanam pokok ni.
Ada beberapa color lagi yang belum dapat. Tengok yg kat oversea merimbun pokok dia. Kita punya pokok pun bunga non stop cuma tu la...tak rimbun.
DeleteLawo la bunganya.
ReplyDeleteDekat JDT sekarang panas litlat.
Dah lama tak ujan.
Sini masih mood hujan. Dah dua tahun turut2 musim hujan panjang. Itu yang sibuk sikit kerja. Kehulu kehilir ubah pokok. Takut lecur daun atau diserang kulat.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang naik
ReplyDeleteCantik bunga ni pertama kali tengok. Sedang mencoret komen hujan pun turun.
Waalaikumusalam Abu.
ReplyDeleteTempat kak hujan dari semalam belum berhenti pagi ni. Musim hujan belum habis.
Cantiknya...
ReplyDeleteTerima kasih Endah.
DeleteNice,tak payah tercari2 rama2,datang terus ke rumah
ReplyDeleteYa Mr Thomas..satu waktu dulu saya suka kejar rerama ambil gambar mereka. Untung rerama ni sentiasavada di sekeliling rumah seba saya banyak pokok bunga. But now diaorang dah not welcome to my garden sebab mereka tinggal banyak ulat2 besar. Gelii..
DeleteBeautiful flowers and lovely butterfly.
ReplyDeleteGreat photos.
Hugs
Maria
Divagar Sobre Tudo um Pouco
Thanks Maria & happy wednesday.
DeleteButterfly on a butterfly bush? Wow! I like this plant, Normala. If I see it I must get one!!
ReplyDeleteYa I love too but for me the price a little bit expensive. Lucky I bought it from my friend nursery.
ReplyDeleteCantiknya bunga tu. Kalau bau harum tu, elok la bela lebah kelulut. Hehe.
ReplyDeleteYa kelulut pun suka.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSaya ni NM bila tengok org tanam bunga teringin jugak nak tanam... hari tu beli bunga lavender tp kena kencing kucing hari hari terus mati pokok tu... Aduhaiii
ReplyDeletePokok kak pun banyak mati kena pancut kencing kucing.
DeleteCantiknya, teringin nak tanam. Zumal tanam apa pun tak jadi. Huhu...
ReplyDeleteTanam bunga kena rajin itu ja tapi kak pun dah nak masuk fasa pencen dah tanam bunga. Dah penat.
DeleteMeriahnya Bunga dia kak
ReplyDeleteSekarang dah habis gondol pokok dia. Duk eluk2 tau2 daun kena penyakit kering.
Delete