Minggu ni nak kongsi cerita dengan pokok sayuran belakang rumah. Selain kebun R&R di tepi padang perumahan, belakang rumah merupakan tempat pertama saya berkebun sayur. Pelbagai sayuran dan ulam saya tanam di sini. Jom tengok sebahagian darinya...
Kita bercerita pasal buah kundur ni dulu. Buah
ini merupakan satu2nya buah yang berjuntai ke bawah. Yang lain-lainya semuanya mendarat di puncak pokok limau purut dan bumbung dapur. Nampak cantik sangat jadi saya biarkan dia distu. Petik yang atas-atas dulu.
Tuaian untuk di jual pada awal tahun baru. Tak sangka benih campak-campak pun boleh jadi duit juga. Dua kali jual lepas juga lah duit air untuk tiga bulan.
Bayam Brazil saya habis diserang leaf miner. Lima pasu habis berlubang dan kering daun di kerjakannya. Leaf miner ini beroperasi dalam isi daun. Jadi saya picit dia keluar. Terkejut juga tengok saiznya yang boleh di katakan agak besar. Saya biasa picit yang di daun tomato. Kecil saja. Memang tidak tahu rupa bentuknya tapi yang ini sangat jelas kelihatan walaupun mata saya kelabu.
Dek kerana serangannya begitu parah saya terpaksa cabut kesemua pokok, gondolkan daun-daunnya. Rawat tanah, biarkan sebulan kemudian baru tanam balik.
Selepas sebulan lebih. Inilah hsilnya. Kembali subur dan tiada serangan semula setakat ini.
Hasil tuaian pertama asparagus. Saya beli benihnya di pasaraya dengan harga RM2.20 sepeket. Mujur ada kawan info dalam grup fb benih ni sangat lambat bercambah. Jika tidak tentu saya silap.
Tidak ambil masa bertahun untuk makan hasilnya. Sekarang saya beli lagi dua jenis benih ini secara online. Salah satunya berwarna ungu. Asparagus ini eluk di tanam banyak rumpun baru puas makan dan mengutip hasilnya.
Tomato ceri anggur yang tak sangat pun bergugus buahnya tapi sentiasa berbuah. Saya tidak berapa suka tomato ceri jenis ini kerana sedikit masam dan bijinya sangat terasa jika di kunyah.
...namun berbaloi juga di tanam sebab feveret cucu...masam-masam tu suka lah...
Masa duk ralit ambil gambar sayur, terpandang rama-rama besar ni hinggap di daun limau purut. Lama juga kupurama tidak meronda di laman saya.
Mmm...salad sudah menjadi kegemaran saya sekarang. Semenjak berjaya tanam salad merah tahun lepas, saya tida henti order online benih-benih salad. Ada menjadi ada tidak. Ini salad romaine. Nampak subur tapi susunan daunnya tidak menjadi seperti di gambar.
Salad merah yang berjaya ditanam dari benih sendiri. Induknya saya tanam tahun lepas.
Untuk dapatkan benihnya, pokok ini dibiarkan matang sampai mengeluarkan bunga. Bunganya kecil comel berwarna kuning. Cukup masa bunga mengering. Waktu ini sudah sesuai di tuai untuk benih.
Salad romaine mula meninggi. Tanda-tanda pokoknya akan berbunga.
Barisan salad bersama sayuran lain.
Sawi kerinting tengah membesar
Selain kemangi, Thai basil , ruku dan sweet basil saya juga tanam spesis baru basil tapi lupa namanya. Pemberian biji benih dari rakan fb. Cantikkan bentuk dan warna daunnya.
Celah-celah pokok tomato saya selit pokok kobis bunga. Percubaan pertama tanam. Ada dua pokok saja. Teruja tengok pokok yang ditanam oleh rakan grup fb berjaya berbunga. Moga pokok saya membuahkan hasil juga.
Buah hati belakang dapur...daun sup renek. Setahun lebih umurnya. Merimbun tak termakan. Jenis ini sangat mudah di biak melalui anaknya yang tumbuh di pangkal umbinya.
Kemudian saya mencuba pula dengan jenis tinggi, Pun hidup dan membesar dengan subur juga. Sekarang saya ada berbelas pasu semaian daun sup ini. Mmmh...dari zaman anak dara, berkawin sampailah kezaman mendapat cucu barulah saya berjaya tanam pokok ini. Satu masa yang amat lama dan saya tidak pernah berhenti mencuba.
Akhirnya kundur terakhir ini menjadi rezeki kawan saya Ch'ng Lee lee. Saya hadiahkan kepadanya sempena Tahun Baru Cina. Kami sudah lama kenal dan saling berkongsi cerita tentang pokok bunga. Selalu juga tukar-tukar benih dan bunga. Lee Lee juga merupakan seorang penjual bunga dan punyai nursery di sini.
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Subhanaallah Kak Mala seronoknya ana tengok hasil darikebun kak Mala :)
ReplyDeleteTmakasih Ana
DeleteSeronoknya tengok tumbuh-tumbuhan subur menghujau apatah lagi diusahakan sendiri... :)
ReplyDeleteKalau menjadi memang syok tengok sampai kadang2 tu rasa sayang nak makan. Itu pula penyakitnya...
DeleteBestnya...:)
ReplyDeleteKakak tengok salad tu terbayang kalau makan dgn tomato yg ceria letak thousand island alahai sedapnya. Kita ni selalu beli aje. Tengok org tanam subur geram aje tengok. Puas!
Cakap pasal thousand island, semalam kutip salad sekerat besen, potong2 siap dgn carrot, bawang & tomato bagai..sekali nak masuk dressing tengok2 la...silap ambil jenama lain la pula. Masa beli tau sambar tak tengok betul2..australia punya barang...tak dak tanda halal pun..
Deletebahagianya tengok tanaman macam ni..terus hilang stress bekerja.. bertuahnya akak ada kawasan tanah yang luas..mcm2 boleh tanam..hihi
ReplyDeleteTanah padang perumahan punya. Kalau ikut tu rumah kak sempit je ruang depan...
Deletealhamdulillah..berbudi pada tanah..menuai hasilnya...
ReplyDeletelabu kundur tu besar2..sedapnya dimasak kuning..
Memang sedap kalau buat masak lemak. Campur suun & fucuk lagi..
DeleteYa Allah, segarnya mata tengok banyak sayur belakang rumah....
ReplyDeletenak masak baru petik ya kak.
Memang betul nak makan petik je. Kadang2 kak buka cermin tingkap dapur je ambil daun kari..hehehe..
DeleteWow! Suburnya sayur-sayur Mala! Daun sup pun subur menghijau!
ReplyDeleteSaya puas hati dgn daun sup tu. Tanam dari benih pokok lebih lama bertahan.
DeleteSalam puan...seronok melihat hasil puan bercucuk tanam....saya nak beli keratan bayam brazil pada puan boleh ke...
ReplyDeleteSalam Kebun Ibu, thanks singgah mai sini. Nanti saya usahakan, Sila tinggalkan alamat.
Deleteterima kasih puan...
Deletehaslinda hussin
no. 16, jln 12,
tmn.sri tanjung,
43500 semenyih selangor
hp:0193634822
nanti puan beri tahu berapa harganya ya...
sy try juga berkebun di belakang rumah. datang geng ayam, habis dikakai. yg menjadi subur sekarang tanaman labu 😄 syukur jugalah ada yg terselamat
ReplyDeleteKalau dgn ayam saya pun pernah ada masalah masa duk rumah sewa dulu2. Siap depa berdating jantan betina dlm pasu bunga kita. Time nak bertelur pun mcm tu juga. Habis pokok2. Paling susah nak cakap sebab ayam jiran sebelah yang punya. Yime malam pula penuh tidur atas bumbung & pokok jambu kita. Euww...masalah betul lah waktu tu.
DeleteWow! Your greens look super healthy. I wish that was me - your neighbour!! I also want one of those buah kundur :P Btw that butterfly is new to me. It is really pretty :)
ReplyDeleteHehehe..kalau dekat for sure I give you one.
DeleteTanam kundur memang syok, buahnya banyak dan mudah nak jaga.
ReplyDeleteYang syoknya buahnya lepas tuai tahan lama disimpan.
Dah boleh berniaga jual kat pasar dah Kak Mala, macam-macam ada.
Alhamdulillah Diana, ada la sikit2 boleh jual kat kawan2. Nampaknya pot daun sup laris juga jualannya.
DeleteSuburnya pokok sayuran Kak Mala. Jealous lihatnya. Tinggal satu asparagus di kebun kami, sepertinya kurang begitu subur tumbuhnya tak seperti punya Akak.
ReplyDeleteDulu saya tanam di bekas kecil. Atas nasihat kawan saya pindah kekotak yang lebih besar. Dia juga beritahu asparagus harus cukup cahaya matahari.
Deletewah kak bestnya, macam2 ada kat belakang rumah. bilalah saya nak cuba di rumah ni
ReplyDeleteBoleh mula dengan pokok yang m,udah tumbuh mcm cili, bawang, kucai dan pokok asas dapur yang lain.
Deleteowh ok kak. saya nak tanam asparagus tu. mahal kan
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSeronokkan kak, berkebun. Dapat menjana pendapatan. Saya masa kecil-kecil dulu begitulah juga, suka sangat berkebun. Tapi la ni duk perumahan, susah la sikit sebab kawasanagak terhad
Waalaikumusalam Abu. terima kasih dengan doanya.
DeleteKak pun duk ditaman perumahan yang sangat terhad ruangnya Abu. Selain belakang rumah kak berkebun ditepi padang berdekatan. Padangnya luas kak cuma guna sebahagian kecil saja setelah memohon dengan syarikat perumahan.
Waw geram tenguk, terutama buah kundur tu
ReplyDeleteSemuanya menjadi.
Terima kasih WP.
DeleteCantik2 dan subur2 hasil tanaman Kak Mala... puas hati kan.. seronok tengok asparagus dan tomato ceri ..
ReplyDeleteMemang seronok tapi penat juga nak menyiram tambah2 musim kemarau sekarang. Depan, belakang dan tepi rumah. Sejam ambil masa.
DeleteMemang sihat makan sayuran segar tanam di rumah
ReplyDeletePertama kali tengok buah Kundur tu Kak Mala. Besar rupanya buahnya....
ReplyDeleteSenang bila ada sayur belakang rumah ye Kak Mala. Nak masak petik je. Tapi sebenarnya saya geli tengok ulat ke cacing ke......tu yang saya takut nak bercucuk tanam tu. Nampak mcm alasan sangat tak haha...
RAJIN BERTANAM SAYUR N BUNGA2 TERAPI MINDA MENENANGKAN JIWA
ReplyDelete