Sunday, 16 August 2015

Dianthus Sp

Hampir sebulan tidak keudara..rindu sungguh dengan kawan-kawan bloggers. Sebenarnya saya pulang kampung pada awal bulan ini kerana menjaga adik yang masuk wad jantung. Jadi selama dua minggu saya tidak ber fb dan blog. Tumpukan perhatian pada adik dan terpaksa buang jauh2 kerisauan pada pokok-pokok saya dirumah.  Namun dalam sakit dan dinasihatkan tidak memandu seketika, adik masih sempat melayan saya membeli dan melihat bunga. Apalagi terserempak dengan hari peladang peringkat negeri. Mmm..bling-bling mata dan hati jadinya...

Kali ini hati beralih arah ke Dianthus pula...geram melihat bunga-bunga yang comel berbagai warna ini. Bunga ini saya beli kali kedua dari AB Nursery, kenalan fb yang nurserynya terletak agak berdekatan kampung saya.

Kali pertama beli, adik hantar melalui bot pada puasa lepas.

Dianthus sebenarnya merupakan genus dari 300 spesies famili Caryophyllaceae. berasal dari negara Meditteranean & Eropah namun boleh menyesuaikan diri hidup dan segar berbunga dalam cuaca setempat.

 
Faktor tahan panas inilah yang menarik perhatian saya.  Bunga ini juga sekelompok dengan Carnation atau bunga Teluki yang sering menjadi bunga tema. Hadir dengan berbagai corak dengan warna yang sangat menarik membuatkan bunga ini amat sesuai dijadikan hiasan laman. Dikatakan warna-warna barunya boleh terhasil dari kahwin silang atau cross pollination.

Saya cuma berkesempatan membeli beberapa warna sahaja. Sebenarnya ada juga jenis yang berlapis kelopaknya tapi belum saya jumpa dan beli lagi. 


Dianthus juga boleh bertahan sehingga bertahun jika dijaga dengan eluk dengan baja dan air yang mencukupi.

Dianthus senang dan sentiasa berbunga. Lebih tahan lama kalau tidak sering ditimpa hujan.  

Bunganya kembang berkelompok dan berbau manis lembut.

Kebanyakkan Dianthus yang berumpun ini kepunyaan adik saya. Pokok-pokoknya begitu subur dan berbunga cantik.

Ini barulah koleksi saya. Baru nak menjadi. Buat yang berminat, kalau mahu membeli Dianthus pilihlah yang datang dari Sungai Buluh bukan Cameron Highland. Ini tips dari tauke nursery sebab yang disemai di Sungai Buluh, pokoknya boleh tolerate dengan cuaca setempat.

Bunga ini juga sangat mudah dibiakkan melalui semaian ranting atau biji benih yang boleh didapati dari bunga matang  yang telah kering. Saya rasa sangat berbaloi dibeli kerana murah dan tidak cerewet penjagaannya. 

Ok kawan-kawan. Setakat ini dulu. Happy weekend & happy gardening!


















32 comments:

  1. warna warni yang indah... saya pun suka bunga ni.. belum berkesempatan lagi nak membela bunga ni..semoga adik akak segera pulih ...

    ReplyDelete
  2. berpinar mata memandang..semuanya cantik2..kalau boleh nak diborong semuanya,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak rasa kalau sebelah KL sana mungkin boleh dapat murah lagi pokok ni..

      Delete
  3. Subhanaallah memang cantik kan Kak Mala, kiranya jnis bunga teluki kecil kan, semoga adik kak Mala sihat hendaknya, aminn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih Ana. Kak pun harap dia sembuh sepenuhnya. Malangnya penyakit jantung jenis dia sakit tu terjadi hari2. Kes heartbeat tak normal..laju terlampau sampai boleh pitam..

      Delete
  4. Assalamualaikum kak,
    Saya juga minat menanam bunga tetapi keadaan sekarang tidak memungkinkan saya untuk berbuat demikian. Melihat foto-foto bunga ini seakan menjadi peransang kepada saya, insya-Allah akan datang. Semoga adik akak diberikan kesembuhan untuk menjalani kehidupan seperti biasa, aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam..terima kasih Abu, pakat2 lah tanam bunga..satu terapi minda dan jiwa juga..hehee..

      Delete
  5. Adik-beradik carnation ini pun banyak dijual di Kundasang. Kalau dijaga elok memang tahan bertahun-tahun. Masa dekat Adelaide dulu ada bela dari beli sampai balik masih hidup walaupun tak dijaga sangat.
    Semoga Adik Kak Mala cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Diana. Kak pun dulu2 masa remaja pernah tanam. Kawan bagi, semai ranting. Tapi bunganya jenis bersusun sebiji macam carnation yang jual kat kedai. Cuma dia renek tak panjang tangkainya.

      Delete
    2. Kalau yang jenis carnation pokoknya meninggi tangkai panjang-panjang, kalau hujan habis rebah nak kena pangkas-pangkas juga selalu nanti nampak serabai.
      Yang dianthus sebab renek mudah sikit nak nampak kemas rapi. Bunga pun lebat.

      Delete
  6. Cantiknya KakMala.
    Dalam banyak-banyak tu kakak cuma pernah nampak yg pink tepi dia putih. Yg warna lain tak pernah nampak live lagi. Kalau dpt semua warna macam di atas tu alahai... mahu senyum sampai telinga.

    Moga adik Kak Mala beransur sembuh dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zakie, Amin.
      Sebenarnya ada berbagai color. Jenuh juga lah nak buat koleksi.

      Delete
  7. Kak zai pernah beli pokok bunga ini tp mati. Mungkin terlebih air sebab masa tu musim hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau hujan banyak bunga dia pun jadi layu habis... pokok ni disaran siram sekali sehari ja...

      Delete
  8. Semoga adik mala cepat sembuh dan sihat seperti sediakala amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zai, Amin. Nanti kalau senang kak nak kongsi cerita dengan penyakit ni...kak pun tak sangka heartbeat tak normal ni pun tergolong dalam sakit jantung juga. Risiko dia pun sama walau nampak fizikal diaorang sihat saja..

      Delete
  9. Salam Kak Mala,

    Cantiknya semua bunga tu... colour dia cantik!

    ReplyDelete
  10. Hermm memang cerah bii mata tgk bunga2 cantik ni...

    ReplyDelete
  11. Wahh...saya paling suka bunga yang tengahnya ada warna pink tu.. cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..sweetkan color dia...boleh buat bunga gantung juga pokok ni...

      Delete
  12. sweet nya.. hi sis.. salam kenal.... saya minat gardening jugak 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Herny sudi lawat..bertambah kawan gardener lagi..

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. macam bunga plastik... cantik & mudah taman, ummi nak cari biji benihnya nantilah... in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yus sudi lawat. Kak perasan selalunya bunga kering yang agak besar tu ada biji benihnya tapi yang kurus nipis tu jarang ada dan tak semua bunganya ada biji benih. Selamat mencuba.

      Delete
  15. Wow! Cantik!! Dianthus is long lasting. I love this plant a lot. Hope your sister is feeling much better now :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Steph,
      Yaa..dianthus now my new favorite..

      Delete
  16. salam, saya baru beli pokok dianthus, mcm mana cara penjagaannya ye?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nabila. Thanks visit sini. Dianthus tak gemar air yang banyak tapi memerlukan matahari penuh untuk sentiasa berbunga. Siram sekadar mencukupi sahaja. Boleh dibiak melalu keratan batang atau benih dari bunga yang kering. Dianthus ni dah semua mati sebab hujan yang berpanjangan.

      Delete