Sunday, 19 October 2014

Biru & Putih

Tidak banyak untuk diceritakan minggu ini. Sudah dua bulan hujan bermusim. Banyak juga tanaman saya rosak akibat terlebih air. Hujan yang turun tidak kira waktu juga telah membataskan kerja-kerja pembersihan dan tanam semula di homestay sebelah. Banyak benih yang saya semai telah dimakan siput. Benih zinnia hanpir-hampir pupus dan matahari pula sehingga setakat ini belum berjaya membesar. Sakit juga hati. Semuanya menjadi habuan binatang ini. Walaupun begitu masih ada bunga-bunga lain yang berkembang dan menceriakan hati saya. Dua warna ini nampaknya secara kebetulan mendominasi carta warna di laman.

Prosperity 

CH Morning Glory

Telang putih selapis

Melur kampung yang sangat harum

Can't take my eyes...

Setiap hari saya ambil gambarnya

Memang favourite sangat..

Bunga ini tidak tahan lama jadi saya mesti merakam kecantikkannya setiap hari sebelum ia mengering.

Mewangi setiap malam





Kongsi rumah



Telang putih makin banyak berbunga

Telang biru yang nampak keungguan

Yang amat rajin berbunga dan sangat harum baunya.

Crossandra ? Saya tidak pasti namanya. Bunga baru.

Periwinkle pemberian Diana yang sentiasa berbugna.

Cyprus Vine yang tumbuh sendiri dan menjalar dimerata pokok.

Masih dalam warna tema. Kastih. Telah kembali sembuh tapi masih tidak mahu gemuk seperti dulu balik. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan bloggers yang telah mendoakan Kastih sembuh dan pulih seperti sediakala.









40 comments:

  1. Concordo com você quando diz que viver sem árvores é como viver sem alma!
    Acho que o mundo sem o verde, seria insuportável muito triste!
    Onde eu moro com filhos e netos, tem muitas árvores, flores, animais silvestres, pássaros...
    Seu blog é agradável pelas suas fotos de plantas.
    Abraços e bom fim de semana!

    vitornani.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Vitornani. Yes, I'm really loved greenery, flowers and pets. Glad to hear that your are also love the green plants an live in a peacefull enviroment. Have a nice weekend.

      Delete
  2. Kastih..putih gebu...seolah tahu menghargai keindahan bunga2 dilaman tuannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kastih sekarang dah tak pandang keindahan bunga tuan dia Kamsiah, la ni duk tengah asyuk maksyuk mengggila. Sembuh saja sakit terus jadi 'big boy' amboi dia....

      Delete
  3. berpusing-pusing mata tengok telang berlapis tu.. cantik tengok lapisan yang berpusing2 macam bunga ros pula... alhamdulillah Kastih dah sembuh..MG biru tu banyak betul kuntuman bunga bikin hati juga berbunga-bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang betul Mar. Bunga telang ni sesekali tengok memang susunan kelopaknya macam bunga ros...
      MG tu sekejap saja pokoknya jadi macam kurus setelah keluarkan bunga yang banyak. Next time nak kena tanam dalam pasu besar atau atas tanah pula. Ini tanam dalam pasu kecil je tapi tumbuh tak padan pokok.

      Delete
  4. cantiknya morning glory tu..; ) bunga2 putih pun menikam kalbu..
    sy pun ada order bunga telang putih dr olive,,br cambah. ; )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kak beli benih dari Olive dulu, dia campur sekali benih telang putih selapis dan double. nasib hidup dan dapat kedua jenis. Selamat bergadening!

      Delete
  5. Bila tengok bunga2 mala yang cantik berkembang kak zai pun nak cari. Belum ada kat laman bunga2 yang mala post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita Zai, kalau tengok mana2 bunga yang agak berkenan tu, mula lah nak mencari. Kak ni nursery yang commercial sikit jauh dari rumah. Yang dekat pula, ala2 kampung saja. Sebab tu kak suka on line saja.

      Delete
  6. Your Telang Putih and Cyress Vine are too pretty!!! My eyes are green now haha... I love special colour of different plants. Enjoy these blooms and have a great Sunday, Normala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. My cypress white & pink now are getting mad. Growing spread everywhere...

      Delete
  7. As Salam kak mala'
    MG tu nmpak mcm tahan kena hujan...elok segar ja...cantik...tk penah tgk cyprus vine putih..selalu tgk warna merah, pun tumbuh sendiri kat laman...cantik plk...
    syukur kastih dah pulih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana.
      MG ni memang tahan lasak tapi bunga dia kalau kena hujan habis kuyup..
      Kak ada cypress vine putih & pink beli dari Diana. Yang merah pula kak baru nak semai dapat dari kawan fb. Tukar2 benih.

      Delete
  8. memang musim hujan sekarang ni, apapun kuasaNya jua kan..namun kuntuman mekar masih kembang mewangi di halaman kak mala.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, yang ada adalah jenis-jenis yang tahan cuaca panas ataupun hujan.

      Delete
  9. Amazing photos - I adore the blue flowers and your white cat. Have a nice week ahead. Regards Inge

    ReplyDelete
  10. Walau dikatakan musim tak menentu kakak tetap terpikat semua bunga yg Kak Mala ada. Cantik berseri-seri, menawan mata yg memandang. Itu morning glory yg tak pernah mengecewakan mata. Geram kakak tengok.. Bung telang pun sama hairan betullah kakak tengok macam mana Kak Mala punya subur betul...

    Oh... selama ini kakak dok panggil bunga melati rupanya bunga melur hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie, kalau nak di ikutkan bunga telang kak tu sudah merimba tapi boleh kat tiap2 minggu kena makan dengan Che Kam...pokok ni kalau kena dengan tanah tak payah bubuh baja pun.
      Rasanya sama kut bunga melati dan bunga melur...

      Delete
  11. cantinya kak bunga ni.. Amik gambar guna kamera apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Kak guna kamera Nikon.

      Delete
  12. Cantiknya bunga2 kak Mala ni, esp bunga MG tu...lebat sungguh bunganya, bunga kemunung & melur tu pun berbunga lebat, wanginya la kawasan rumah kakak dgn wangi bunga2 ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak wangi dah Julie..start abang bela burung, duk bau taik burung tu hari-hari. Tambahan musim hujan la ni. Nak tamak kawasan pun tak boleh. Dah sempit ruang semuanya nak gantung depan tu..kena share juga. Tempat gantung bunga dah jadi tempat gantung burung...

      Delete
  13. KY suka bunga yg berwarna putih..namapk taman lebih berseri lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itu lah...bunga tak selalu ada...kalau sentiasa berbunga macam alamanda tu seronok..memang berseri laman.

      Delete
  14. Berbaloi habiskan masa DIY trellis tu untuk si biru menawan tu.
    Yang tu bukan crossandra, rasanya yang dipanggil plumbago.
    Tadi keluar hantar barang ternampak juga melur di laman orang lebat berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Diana. Next batch kena tanam banyak2 lgi baru meriah sakan. Pokok MG biru ni kak tengok makin kurus walau bunga masih keluar. .Dah waktu kena replant tapi kak sayang nak potong lagi sebab semua pucuknya ada putik bunga.
      Ohh...terima kasih Diana info.. Plumbago namanya. Nak macam nama bangau la pula...flamingo

      Delete
  15. Beautiful photos of these gorgeous flowers !
    Your cat is so cute !

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Ela. Have a nice day!

    ReplyDelete
  17. Your cypress vine and telang look so amazing! My cypress vine have died, oh ... what a shame. I haven't find the double petal telang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tinggal alamat Endah, nanti saya poskan benihnya..

      Delete
  18. Tak tau telang pun ada color putih...makin lama makin suka tgk morning glory akak...sebelum ni tak de perasakan sangat nak tanam...tgk akak tanam cantik-cantik subur...tapi sy masih mencari kawasan yg sesuai untuk pokok bunga jenis menjalar...fikir kan nak gantung...haih byk sangat idea yg tak terlaksana...:D

    ReplyDelete
  19. Nadia, morning glory ni tidaklah makan ruang sebanyak mana sebab kebanyakkan yang jenis renek kecil. Tidak semua ramah berbunga mungkin disebabkan cuaca panas dan bunganya ada yang sekejab saja kembangnya. Karang ni kak tanam bermacam jenis then buat pilihan dan pemerhatian jenis yang mana tahan lasak dan berbaloi ditanam.

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Mala,

    Nampaknya saya terlipas dengan kisah Kastih. Kenapa dengannya? Alhamdulillah dia dah sihat. Ben pun tak ebrapa sihat dua tiga hari lepas. Demam di sebabkan saya accidently mandikan dia sehari lepas di vaksin. Terlupa Kak Mala oi... sebab bulunya dah busuk sgt hahaha... Tapi he's getting better now lepas injection and makan ubat. Nasib baik cepat di bawa ke klinik if not dia akan dapat jangkitan virus pavo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honey, Kastih sakit sampai kurus kering sejak bulan posa lepas..bulu dia pun jadi comot dan kasar. Bawa pi vet kena cucuk, makan vitamin. baru awal bulan ni sembuh tapi dah tak gemuk macam dulu dah. masih kurus. Tapi sembuh2 sakit dan2 duk menggila pula...hari2 duk ngorat stray cats.

      Delete
  21. Salam kenal kak... :)
    Mesti seronok duduk d laman akak..
    Tenang fikiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik. Terima kasih sudi melawat blog kakak. Dalam gambar je nampak tenang fikiran..kat luar tu serabut juga sebab tak sempat nak menten..tak cukup masa.

      Delete
  22. Assalaam Kak Mala...
    Semua nampak cantik dan seronok melihatnya.. Morning glory biru sangat cantik.. Tak heran Kak Mala selalu perhatikan ia. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  23. Salam...terima kasih kerana sudi melawat 'taman' kak yang tak seberapa ini..

    ReplyDelete