Sunday, 8 March 2015

Bunga Kampung 3 - Jealousy...

Sila jeles....
Hurmp....begitulah kedengaran suara adik saya dihujung talian bila saya beritahu jadi balik kampung pada cuti  CNYear baru-baru ini. Semestinya menyentuh pada pokok-pokok bunga yang ditanamnya dan seperti biasa saya juga amat teruja untuk melihatnya.
Bila sampai di rumah, keluar saja dari kereta...wahhh....saya sememangnya serta merta  menjadi jealous...

Cantiknya Azalea dia.....

Azalea merah yang comel disimbahi sinaran mentari pagi..

Patut dia cakap ..sila jeles...rupanya setiap sudut rumah ada Azalea..



Saya suka Azalea, pernah tanam tahun lepas. Dua kali saja berbunga kemudian terus mati. 

Azalea kepunyaan adik  ini sudah memasuki tahun ke dua, sentiasa meriah berbunga.
Sebenarnya bukan Azalea saja yang menonjol, bunga-bunga lain pun semuanya cukup meriah berbunga. Lain-lain bunga akan saya post di minggu berikutnya pula.

Pun begitu dibawah ini saya masih mahu bercerita lagi pasal bunga-bunga liar yang tumbuh dikeliling rumah, walaupun liar tapi bunga-bunga yang keluar cukup cantik dan menarik...

Tidak seperti morning glory di atas yang sedia dikenali, bunga ini saya jumpa menjalar didepan rumah..Bunganya bewarna putih seakan kembang seri pagi juga, tapi waktu gambar ini dirakam, banyak bunga sudah gugur, cuma yang kelihatan pod biji benih dan putik bunga sahaja.

Ini pula sejenis bunga rumput..Mmmm..macam-macam saya mahu rakam dalam masa yang singkat. Walaupun letih tapi hati cukup puas..

Ini pula buyung warisan nenek, mungkin sudah masuk seratus tahun,..Tanpa menyedari usia sebenar buyung ini, selamba saja adik buat lapik pokok bunga Azaleanya...., .melihat bunga-bunga berkembang sering mengingatkan saya kepada arwah ibu dan ayah, pencinta tumbuhan sejati..Pulangnya saya kekampung pun kerana kenduri mengadakan bacaan surah Yassin dan tahlil buat arwah berdua.  Kalau mereka masih ada, tentunya merasa bangga kerana anak bongsu kesayangan ibu dan ayah masih meneruskan kesinambungan kecintaan mereka terhadap  bunga dan tumbuhan. Al Fatihah. Amin.







20 comments:

  1. cantiknya bunga azalia kembangnya berumpun-rumpun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat kak jeles tu...Azalea kak yang mati itu hari ketot pun...

      Delete
  2. Alfatihah...

    Cantiknya laman dan bunga adik mala. Mesti seronok bila balik kampong.

    Nama anak buah kak zai pun Azalea sempena nama bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai..sebut saja Azalea, saya serta merta ingat pada nama seorang kawan masa sekolah rendah dulu..Saya suka sangat namanya begitu dan selalu fikir kenapa nama saya tidak sedemikian....juga tertanya-tanya dimana ibu dan ayahnya dapat nama tu...hehee

      Delete
  3. Kecantikan azealia sama dgn rose ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yon...tak jemu mata memandang walaupun tidak ada haruman wangi seperti rose..

      Delete
  4. Tukang kebun pun cemburu juga tengok hehehe...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Mala,

    Awalnya sampai? Padi dah sampai di kampung? Kalau macam ni lah, saya pun jeles! Hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak balik raya Cina lepas tu Hani...

      Delete
  6. memang jeles la kak mala hehehe...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Mala,
    memang cantiklah bunga Azalea tu, no wonderlah org jelos termasuklah saya hehe..
    cantik kakak snap gambar, bleh bagi 5/5 bintang dah ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..Julie..dah berbintang-bintang pula...

      Delete
  8. Wow, azaleanya sangat cantik kak Mala. Di kebun saya cuma tinggal satu macam saja yang tumbuh subur, namun kurang rajin berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu tak puas hati tengok bunga adik saya, sebab boleh kata semua pokoknya hijau2 dan rajin berbunga. Selalu tanya baja apa dia pakai...dia cuma pakai baja murahan saja...

      Delete
  9. cantiknya..tak terucap dgn kata2 mak aji..

    ReplyDelete
  10. owh! bermacam warna azalea ni yea...labu buyung tu...dah lama tak nampak...masa kecik2 dulu bila balik kampung adalah dekat rumah opah...

    ReplyDelete
  11. Buyung tu peninggalan arwah nenek..nenek pun dah berpuluh tahun meninggal dunia..

    ReplyDelete