Wednesday, 4 June 2014

My Torenia Fournieri - Bunga Loceng

Torenia Fournieri atau Wishbone flower tapi saya mengenalinya sebagai bunga loceng.  Bunga yang kelihatan sangat comel  dan ceria  dengan berbagai warna. Mudah di tanam dan cepat berbunga.  Di laman saya torenia tidak pernah tidak ada kerana bunga ini antara yang wajib sebagai penyeri.

Tahun ini untuk musim ke empat. Saya atur pokoknya di sisi lorong masuk ke rumah


Sudah tidak boleh tanam diluar macam dulu. Banyak bahaya menanti.
  
Antara warna yang ada. Masih ada dua lagi warna yan belum muncul.

Ini Torenia musim pertama.  Benih hanyut dari kejiranan tumbuh bersama pokok tomato ceri saya. Warna biru  ini telah lenyap  dari simpanan sampai ke hari ini.

Saya suka torenia di musim kedua. Sangat subur dan meriah sebab saya tanam di atas tanah di depan homestay. Waktu ini Che Kam ada beberapa ekor sahaja dan  belum pandai makan torenia.

Balik kerja pergi kerja bunga inilah yang pertama menyambut pandangan mata  saya

Kecantikkan ini juga telah mengundang ramai peminat berpusu untuk mendapatkan  si comel ini. 
Bahkan ada orang yang tidak tanam bunga sekali pun turut teruja melihatnya.
  
Musim ketiga. Ketika ini musim panas dan kambing sudah gila makan pokok. Untuk melindunginya di ruang dalam yang  sempit,  saya mengambil keputusan untuk tanam dalam pasu gantung setelah terlihat gambarnya yang tertera cantik begitu.  Saya pun tirulah  tapi tidak menjadi pun sepertimana didalam gambar. Rantingnya tidak mengurai kebawah sebaliknya menegak juga ke atas. 

 Rupa2nya untuk jadi rimbun dia harus di trim pada waktu muda dan diletakkan dibawah matahari penuh. Setelah enam bulan berlalu, torenia musim ketiga yang saya letak di luar pagar masih subur berbunga. Dengan bantuan Che Kam yang meratah pokok ini, ia merendang begini.

Sudah tidak ada tempat untuk digantung jadi saya tempatkan dia di bawah saja.


  Apapun, torenia eluk ditanam dalam berkelompok barulah bunganya nampak ceria dan meriah.

22 comments:

  1. Sejuk mata tengok semua berbunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dapat macam tu pun berjaga. Tu pun dalam jaga2 anak2 Che Kam sempat makan lagi. Masuk ikut lorong pintu pagar. Aduss...

      Delete
  2. Anika warna torenia yang sangt cantik bila disusun macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga2 comel macam ni kena tanam banyak2 dalam kumpulan baru terserlah.

      Delete
  3. Salam Kak Mala,

    Yang itu pokok kaduk ke? Cantik je dia menjalar ke atas. Ada trellis ke? I punya menjalar di bawah hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Honey ni bukan pokok kaduk la sayang..ni pokok sireh. Dia panjat batang pokok jambu air. Kat rumah Kak kan sempit ruang, so sireh ini tak ada trellis. Pandai2 dia bawa diri merayap merata. Tu yang kak letak si torenia tu semua kat bawahnya ada pokok sireh.

      Delete
    2. Sebenarnya nak tanya sireh mula-mula tapi takut salah haha. Bagus ada sireh ni banyak khasiat. Juga boleh buat cuci bahagian sulit kaum wanita kan?

      Delete
    3. Betul. Basuhan air daun sireh memang mujarab. Kak pelajari dari kawan Indonesia masa muda2 dulu. Air rebusan sireh tu pun kak minum juga sekali sekala.

      Delete
  4. Rasa macam nak golek2 kat laman kak mala ni...punya nye lawa...pasni kena pi cari torenia la...kalau cik kam boleh ratah pokok ni maknanya daun dia blh buat ulam la tu kan...hehhe...dari bg cik kam ratah baik kita yg kunyah dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak pernah cuba makan pula daun dia, kut nanti berbuih mulut, Che Kam gelak pula kat kita. Sebenarnya torenia ni macam ros jepun la senang sangat tumbuh dan berbunga. Ni pokok2 ni semua kak tak semai benih dia, Main kutip2 yang tumbuh merata tempat ja. Banyak sangat tumbuh waktu musim hujan ni.

      Delete
  5. dulu akak ingatkan bunga ini bunga telang.akak ada juga tanam 2 warna saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun ada satu dua color ja. Lama2 tanam dia keluar color lain2 pula. Kita memang tidak duga.

      Delete
  6. Hello Normala, torenias are cute and bright at the same time.The pink ones are pretty. Love to have them in my garden too. Btw you have a superb lush garden. I like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Stephanie. Torenias just a simple plants. No need much fertilzer and no need a big maintenance. Usually the seeds spreading and germinated itself. I can easily find the seedlings everywhere in my yard. So much, sometimes it's been cut down by lawn mower. So pity.

      Delete
  7. Sangat indah. Saya tanam tiga warna torenia di halaman. Tapi ayam tetangga merusaknya, tak menyisakan satupun di halaman.

    ReplyDelete
  8. Oh, Nasib baik kawasan saya tidak ada ayam, jika tidak cukup lengkaplah derita saya......

    ReplyDelete
  9. Memang cantik la bunga ni kak, comel, suka sangat tengok, Julie cuma ada color ungu je, itu pun tumbuh dgn sendiri, benih pun hanyut dari jiran sebelah hehe, banyak menumpang d pasu2 bunga Julie, tapi pokok ni kejap je hidup kan kak, lepas berbunga tamatlah riwayatnya huhu.....

    ReplyDelete
  10. Julie, kalau nak bagi dia tahan lama, kita kena trim daun dia selalu. Bila pod benih dia matang,keratkan. jangan biar kering disitu. Nanti pucuk baru akan tumbuh dicelah2 sendi batang tu. Itu pokok kak yang gantung di pagar tu dah masuk 6 bulan dah masih subur berbunga. Kak sendiri pun tak duga dia boleh tahan selama itu.

    ReplyDelete
  11. Nursery owner semua takut bunga ini sebab tak terkawal jadinya.
    Sini pun muncul sini sana.
    Banyak-banyak memang ceria seperti orang tempat sejuk tanam pokok bunga viola dan pansy.
    Kebun Diana dulu pokok bunga viola setiap musim bunga keluar merata-rata. Sekali tanam tak perlu tanam lagi.

    ReplyDelete
  12. Memang betul Diana, bunga ni senang membiak tapi kak sayang nak buang. So tumpangkan dia di mana2 pasu yang ada ruang atau selitkan celah2 pokok yang lain.

    ReplyDelete
  13. Your plants are very healthy and lush. I don't exactly plant them. They self-propagate in any nook or cranny or just about everywhere. My father refers to them as Bunga automatik!

    ReplyDelete
  14. Bunga automatic ? hahaa..such a funny name but so related. In fact it is very easy germinate.

    ReplyDelete