Friday 13 January 2017

Bunga Raya: Hibiscus

Cuaca sekarang sungguh tidak menentu. Sepatutnya bulan January merupakan musim kemarau tetapi hujan masih membanjir turun. Semasa balik kampung minggu lepas banyak juga pokok yang rosak akibat ditimpa air yang berlebihan. Banyak daun yang diserang kulat. Pada masa yang sama saya juga di hadiahkn dengan satu kejutan!

Bunga raya merah ini kembali berbunga setelah hampir tiga tahun merajuk. Rupanya pokok pun macam orang juga kena berubah suasana dan tempat. Saya ubah dari halaman ruman ke kebun. Baharu kembali pulih kesihatannya. 

Asal dari pemberian jiran yang membelinya semasa bercuti di Cameron Highland. Inilah kenangan yang tinggal kerana  jiran tersebut sudah pun berpindah  balik ke kampung halamannya  di Perak hampir lima tahun yang lalu. 

Sekarang terdapat pelbagai variati kacukan berada dipasaran. Kebanyakkan bunga raya hybrid besar kelopaknya dan  warnanya sangat terang dan menarik. Ada peminat tegarnya sanggup membeli biji benih dari luar negera dengan harganya yang mahal.

Setakat ini saya cuma ada tiga jenis bunga raya di rumah. Mungkin masa hadapan boleh bertambah lagi koleksinya.

Setakat ini dulu kisah bunga di laman. Sebenarnya banyak bunga baru berkembang tapi saya tidak ada masa untuk berkongsi cerita kerana masa banyak dihabiskan berkebun dan menjaga cucu. Minat saya pada bunga masih mendalam tidak berubah. Setiap bulan pasti ada benih dan pokok baru yang menyinggah cuma masa saja agak terbatas.


Ok kawan-kawan. please take care. Happy blogging & happy gardening!



24 comments:

  1. susah nak nmapak bunga raya skrg ni

    ReplyDelete
  2. Teringat dulu ada bunga raya putih suci kami pindahkan bertukar jadi warna macam gambar No. 4 bunga raya Kak Mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak tak ada bunga raya putih. Orang dulu2 suka tanam raya putih sebab akar dia orang buat ubat. Arwah mak selalu korek ambil akar dia..asah atau rebus minum air. Tapi memang tak pernah tanya buat ubat apa..

      Delete
    2. kat rumah pun mak tanam bunga raya putih. kalau anak deman, mbil daun buat mandi..sejik katanya.

      Delete
  3. Suka saya tengok pelbagai jenis bunga raya akak..

    ReplyDelete
  4. Cantik2 bunga raya hybrid sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling saya suka tengok bunga raya katik. Pokok renek tapi bunga besar2. Color semua striking tapi belum pernah jumpa dinursery setempat

      Delete
  5. Cantik! Makin suka kat bunga raya sekarang!

    ReplyDelete
  6. Cantik! Makin suka kat bunga raya sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun terpikir juga kenapa tak beli pokok raya ni dari dulu..

      Delete
  7. wahh..berbagai spesis bunga kebangsaan kita nampaknya hidup subur,mekar berbunga ditaman kak mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ada kawan bagi dan ambil kat kampung saja. Kak selama ni belum pernah beli pokok bunga raya. Depan mata ada pun tak beli...hehehe...cuma baru-baru ni beli biji benih bunga raya jenis kecil2 color soft pink...sudah tumbuh pun.

      Delete
  8. Bunga raya kakak pun tengah meriah juga sekarang ni
    Tapi dari entri ini bunga yg pertama aje kakak ada - species yg bawah semua tak ada lagi
    Cantik kan kalau dah banyak-banyak, kakak suka sebab meriah gitu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang tengah duk buat koleksi bunga raya jenis kecil. Sudah dapat dua warna pink dan merah. Nanti berbunga bolehlah posting.

      Delete
  9. Cantik bunga raya tu! Tak pernah tengok lagi warna nie. Dulu saya tanam banyak warna tapi sekarang yang tinggal hanya oren dengan pink.....yang lain tak sedar yang dah hilang....sigh...
    Dekat sini kemarau Mala! Panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat saya kemarau sekejab saya masa akhir bulan 12. Masuk January hujan pula tak hebti-henti...Sepatutnya keamrau dah bermula sampai penghujung bulan April

      Delete
  10. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Kami dulu di kampung tanam bunga raya warna putih keliling rumah. Kata orang dulu-dulu daunnya boleh dijadikan penawar panas badan. Ada juga jiran-jiran yang kutip daunnya kalu ada anak-anak mereka yang demam, Yang kaler lain tu, tak tahulah ada nilai perubatan atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu,
      Memang betul orang dulu2 mesti tanam pokok raya putih termasuk arwah ibu kak. Tapi sukar nak cari pokok raya putih kampung sekarang. Dulu jiran suka datang kerumah ambil daun dan akar untuk pulihkan demam.

      Delete
  11. Oh how pretty! I seldom see the small pink one. Great to it here. Have a pleasant day!

    ReplyDelete
  12. CANTIK BUNGA RAYA MALA ANEKA JENIS

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum

    kak ada jual ke bunga raya mcm dlm gambar tu.
    kalau ada keratan saya nak beli. boleh ke
    017-6091909 Ain Abdullah

    ReplyDelete