Wednesday, 11 May 2016

Torenia lama & baru...

Sibuk berkebun saya se akan lupa pada bunga-bunga yang mekar berkembang di sekeliling. Jadi bulan May ini saya mulakan dengan Torenia. Antara pokok bunga yang mudah membiak dan senang dijaga.   

Bersifat lasak dan tahan panas, bunga ini selalunya tumbuh sendiri melalui biji benihnya yang ringan dan mudah di bawa angin. Pokok di atas tumbuh sendiri dalam pasu kosong. Tidak pernah  di baja tapi mewah berbunga.

Bunga comel ini  memerlukan sinaran matahari penuh untuk berbunga cantik.

Bermula dengan dua warna kini  bunga-bunga ini berkembang dengan pelbagai campuran warna yang memikat. Berlatar belakangkan badan si Kastih, saya pamirkan di sini 9 jenis warna yang pernah saya temui. Musim sebelumnya saya cuma jumpa 6 atau 7 warna sahaja. 

Antara warna baru . Pink terang. Tiba-tiba saja muncul. Mungkin terbentuk dari cross polination. Satu info yang menarik. pucuk Torenia dikatakan  sedap dibuat ulam tapi hingga kesaat ini saya belum pernah mencubanya...

Walaupun  senang membiak, Torenia bila-bila masa saja boleh pupus begitu sahaja. Jadi mesti rajin mengutip dan replant. Selalunya saya kutip anak-anak pokoknya yang tumbuh di merata tempat. Dalam longkang kering begini pun dia boleh tumbuh dan berbunga.

Ini pula Torenia warna baru. Kuning terang campur ungu. Saya beli tahun lepas ketika pulang ke kampung menjaga adik sakit. Beli dari kedai runcit bukan nurseri bunga. Rezeki saya....Tak tahu pun Torenia ada warna yang cantik begini. 

Generasi kedua. Saya semai dengan keratan batang kerana Torenia jenis baru   ini tidak ada biji benih. Podnya kosong tak berisi. Sangat berhasil. Sesuai digantung atau  ditanam menegak dalam pasu. 

Semaian musim ketiga saya dapat satu kejutan. Warna yang keluar bukan kuning ungu tetapi ungu kecoklatan.

Rezeki lagi...

Kali ini saya tanam di bawah saja kerana panas yang melampau membuatkan daunya cepat layu dan kering. Bunga baru  ini agak manja dan perlu di teliti kerana bena sangat suka membuat sarang di batangnya yang lembut. 

Walaupun Torenia kampung ini jarang di pandang tapi sangat teserlah kecantikannya bila ditanam secara kelompok. Warna warninya sangat menarik perhatian. Hingga kini saya masih tercari warna putih dan kuning air untuk melengkapkan koleksi.

OK Kawan-kawan happy blogging & happy gardening!



40 comments:

  1. Assalam Kak.. wah banyaknya jenis Torenia.. cantik bila merimbun .. belum ada koleksi torenia lagi.. insyaaAllah one fine day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mar, harap sihat2 ya.
      InsyaAllah kalau ada yang kering kak akan poskan tapi color rambang la ya. Musim panas sekarang tak banyak torenia yang tumbuh.

      Delete
    2. Saya cuba taman...np x Bunga...

      Delete
    3. Tanam atau letak ditempah yg kena cahaya matahari penuh.

      Delete
  2. sy cuma ada 2 jenis je.. itupun ambil rumah mak kat kg..nasib baik belum pupus..sb sebelum ni langsung x jaga.. bila tngok org tanam cantik br beria nak tanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama-lama nanti dia akan keluar lain2 warna lagi. cross polination.

      Delete
    2. o.. gitu ek..
      hari2 sy bertandang kat kebun akak..
      jenguk bunga..
      nasib baik xleh petik bunga kat blog ni..kalau tak, botak dah bunga akak..

      Delete
  3. Cantiknya! kalau ruang halaman luas memang puaslah menatap bunga-bunga macam ini.
    Tapi yg lagi kakak senyum tengok Kastih tu sporting betul tuan dia nak jadikan dia background nak berphotoshoot:) Boleh tak bergerak diam hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kastih duk tengah ralit tidur masa shooting...tak sedar orang buat apa atas badan dia..

      Delete
  4. Bila dah merimbun bermacam warna nampak sangat cantik. Baiknya kastih dijadikan background model.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka tanam dalam pasu besar, dia boleh merimbun dan tahan lama.

      Delete
  5. cantiknya, rajin berbakti pada tanah ada habuannya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kena rajin replant dengan bunga2 semusim macam ni..lepa sikit dah hilang terus.

      Delete
  6. cantik dan mudah di tanam , mak ana panggil ni bunga tapak kucing,kak mala..mungkin kalau tengok elok2 menyerupai tapak miaw2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setengah oran gpanggil bunga itik...bila Ana cakap mcm tapak kucing baru perasan. memang betul pun..

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak... boleh tak kalau saya nak beli keratan / benih semua jenis torenia yang kak ada? email saya gatsu2811@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya. Warna warni. Benar, Kak Mala, saya punya dua warna dulu, tapi semua musnah tak bersisa sebelum ada tanaman baru melanjutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim kering yang panjang disini buat kak khuatir juga tentang bunga ni. Selalunya kak tak pernah semai. Semua kutip anak yang tumbuh saja. Mudah2an semua warna yang ada terus kekal.

      Delete
  9. Mungkin dari segi genetik ada "mutation" ataupun hybrid tiada hasilkan benih ya kak.
    Cantik koleksi warna baru torenia kak Mala.

    Memang bila musim hujan mulalah timbul-timbul sukarelawati :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana, torenia baru ni jenis hybrid. Masa beli tu pokok ni dlm keadaan teruk dah. Baki dari dipilih orang. Tapi kak dah berkenan sangat beli juga. Dari RM15 dapat la RM10. Mujur hidup.Pekedai tu cakap sebelum ni dia ada jual color lain..apa color tak tahu la..

      Delete
  10. Bunga2 yang berwarna warni ni menjadi terapi minda kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul..untuk kakak sangat2 memberi satu kepuasan dan ketenangan bila melihat bunga yang kita tanam berkembang penuh warna warni.

      Delete
  11. WOw! banyak collection Torenia! Cantik! Dulu saya ada few colours. Sekarang tinggal yang pink je! Kena start take Torenia! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga-bunga semusim macam ni memang memerlukan kerajinan untuk replant setiap masa Malar.

      Delete
  12. Assalamualaikum Kak Mala...
    Subhanallah...cantik2 cantik la color bunga tornea kakak, paling Julie suka tgk kuning ungu tu...first time nampak, cantiklah kak...nak benih kuning ungu tu skit boleh haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Jullie,
      Bunga ni tak ada benih benih, puas kak kerobek podnya cari biji tapi tak jumpa. Tanam cutting ja..

      Delete
  13. Kak mala, Ingat torenia ni jenis pokok yg cengeng...rupanya thn lasak...mmg terpikat betul dgn torenia purple tu...
    nak kena cari jgk la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Torenia purple tu hasil dari cross pollination yang kuning Ungu tu

      Delete
  14. subhanallah..cantiknya bunga2 yg sedang mekar dilaman..

    ReplyDelete
  15. Hello.. Saya dari indonesia... Saya mau beli bibit torenia nya ... Gimana caranya ya ... Thx

    ReplyDelete
  16. Hello.. Saya dari indonesia... Saya mau beli bibit torenia nya ... Gimana caranya ya ... Thx

    ReplyDelete
  17. Hello.. Saya dari indonesia... Saya mau beli bibit torenia nya ... Gimana caranya ya ... Thx

    ReplyDelete
  18. Saya nk beli benih torenia.. ada jual x?

    ReplyDelete
  19. kak, sedang mencari benih torenia yang cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kak tidak pernah mengumpul benih2 torenia ni. Cuma replant dari anak benih yang tumbuh. Bijinya terlalu kecil.

      Delete
  20. Assalamualaikum puan.
    Torenia sy diserang bena byk pd batangnya. Bgmn sy boleh selamatkan pokok ini puan?terima kasih puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Kalau rajin boleh guna bilah lidi buang satu persatu. Petua org lama guna air beras dan dibasuh pada bahagian yg ada. Saya selalu buang satu persatu. Kalau berketul banyak saya potong saja. Pilohan segera guna racun untuk bena.

      Delete