Saturday 14 April 2018

Pandorea Jasmine / Bower Vine

 Itulah namanya. Bunga yang mampu membuatkan saya tersenyum setiap kali bila memandangnya. Tak sangka rupanya dia boleh berbunga lebat begini. Dahulu sekuntum dua saja kembangnya. Tapi semenjak bebas dari naungan pokok alamanda barulah dia menonjolkan wajahnya yang sebenar. 
  Tidak putus berbunga semenjak sebulan yang lalu.

Berasal dari negara Australia pokok separa menjalar  ini sangat suka  matahari. Walaupun sekarang ini musim kemarau tengah bermusim namun pokok ini kelihatan subur dan tidak terjejas langsung. Malah makin galak mengeluarkan pucuk baru dan putik bunga. 

Walaupun bunga ini sering didatangi kelulut namun ianya tidak mempunyai haruman yang kuat. Cuma kalau dihidu secara dekat terdapat sedikit bauan lembut yang nipis sahaja. 

Selama menanamnya belum pernah saya menemui biji benihnya. Lebih mudah di biakkan  dengan keratan ranting Pandorea Jasmin atau Bower Vine ini boleh ditemui dengan pelbagai warna. Saya.. mmm... macam biasalah. Sedang memburu warna pink lembut pula. Harap menjadi kenyataan.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 

30 comments:

  1. Aduh cantik! Teringin aku memiliki nya . . .

    ReplyDelete
  2. memang cantik sebagai penyeri laman

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Cantik amat bunga ini, membuatkan saya turut tersenyum. Memang sesuai sangat diletakkan di hadapan rumsh sebagai penyeri dan penyambut tetamu yang berkunjung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Terima kasih tumpang tersenyum.

      Delete
  4. Cantiknya kaler ni putih with shade of pink color. Nampak suci sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang putih bersih kelopak dia tp jenis ni throat dia maroon. Ada lagi satu jenis putih bersih seluruh bunga.

      Delete
  5. Kat mana ya blh sy dapatkan pokok ni.. Puan ada jual ke ..Sy amat tertarik dgn tanaman pokok bunga Puan ..hobi yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Daya tak jual. Boleh dapat dari peniaga online. Page EM nursery greenmates.

      Delete
  6. Lawa aihh....macam trommpet....beropa lama buleh tahan ni?

    ReplyDelete
  7. ana kan KAk Mala, cukup suka dengan bunga warna putih ni, nampak suci sangat.. MAsyaa Allah

    ReplyDelete
  8. Kan.. Kak pun duk kumpul banyak warna putih juga tanam depan rumah.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Suka tengok bunga ni,
    Rajin betul dia berbunga

    ReplyDelete
  10. A beauty and what a happy moment! Enjoy :)

    ReplyDelete
  11. kalau tangan i yg tanam sure seminggu je tahan. lps tu kering kontang lah.

    ReplyDelete
  12. Pokok bunga jenis ini tak suka kongsi tempat rupanya hehehe....

    Gorgeous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah beli yang color pink. Punya exited tunggu berbunga. Tau2 keluar serupa ja dengan color kat atas. Hish frust betul la Diana.

      Delete
  13. Assalamualaikum, Saya nak tanya sis, pokok bunga ni ada benih x. nak beli...suka tengok bunga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Maaf. Tak ada benih setakat ni. Saya semai guna cutting.

      Delete