- Setelah empat hari menunggu akhirnya bunga ros putih saya kembang sepenuhnya. Teringat kat arwah mak bila tengok bunga ini. Terbayang wajah dan senyumannya. Sejarahnya bermula sebelum saya kahwin lagi. Mak dapatkan pokok ini dari rumah kawanya dikampung. Menurut rakannya itu ros ini diambil dari Pahang. Untuk kenangan abadi, sekitar 2006 setelah mak meninggal, saya dapatkan semula dikampung dan tanam ditepi pintu pagar rumah saya.
- Berbunga dalam jambak2 yang besar sekitar 10-20 kuntum. Warnanya akan putih sepenuhnya bila kembang. Memang cantik betul..saya memanggilnya english roses kerana sifat batangnya yang merayap dan senang di lentur. Namun pada 2011 pokoknya terpaksa di potong ketika melansungkan majlis perkahwinan anak sulung saya. Saya simpan batangnya dan semai. Kali ini saya tepaksa menuggu masa yang panjang untuk melihatnya berbunga kembali, hampir dua tahun kerana pokoknya selalu di kasi oleh kambing2 durjana. Walaupun kuntumnya sedikit dan tidak sebesar dulu tapi hati saya tetap puas dan happy. Ini bunga mak...saya simpan.
Monday, 2 December 2013
Ini Bunga Mak...
Labels:
My roses
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment