Sunday, 17 August 2014

Segmen Harian

KHAMIS 
Cuci mata dengan bunga Morning Glory Navy Blue yang kali pertama berjaya berbunga.

Kailan dan bendi tuaian untuk makan malam..

 
 Salad..cuma yang ini mara ke final...


JUMAAT 
Kawan-kawan datang gotong royong tebang pokok jambu air dan pelam. Kemasan untuk persediaan kenduri kawin anak sulung si baju biru, jiran dan juga kawan baik,  30 Ogos nanti.


Habis pokok heliconia patah riuk ditimpa ranting jambu air. Separuh pokoknya terpaksa di buang.  Ini antara bunga yang terkorban.

 
Tuaian Jumaat. Bendi atau lady's finger. Saya cuma tahu orang panggil ocra dari blog Endah. Sekali dengar macam nama ikan paus.  

Masa mengangkat pasu bunga, saya terlihat binatang ini. Tidak tahu dari spesis apa. Pertama kali jumpa. Kepala dia macam dragon fly. Bersinar dan berkilat.


 SABTU
Rambutan..my favourite! Ambil dari dusun kawan pagi tadi. Lupa pula bawa kamera. Lece betul......Niat nak ambil gambar dusun dan buah2an tidak tercapai. Banyak pokok hoya liar  bergayutan disitu.

Tongkang pecah..begitulah keadaan laman saya hari ini. Hujan pula turun seharian. Kerja saya jadi tertangguh-tangguh. Kawan saya komen dinding rumahnya nampak lebih huduh bila pokok jambu dibuang. Saya mesti buat sesuatu untuk cover sisi  itu.  Mungkin letak pokok yang boleh memanjat dinding tersebut.

Anak kura emas. Dalam proses matang. Saya jumpa di daun morning glory pantai yang baru saya tanam. Sama juga di pokok morning glory yang lain. Dia juga yang rosakkan...


SEGMEN KHAS - PRAY FOR KASTIH
Kastih saya sudah tidak sihat hampir dua bulan sudah. Tidak tahu apa penyakitnya. Badannya terus-terusan kurus. Bulunya comot dan tidak gebu. Dia juga  nampak keletihan sangat. Keadaanya jadi semakin teruk bila saya bercuti raya seminggu dan tempatkan dia dipusat jagaan.

Mungkin trauma di tinggalkan di tempat asing, selepas pulang Kaspin dan Kastih lebih suka memerap didalam rumah sahaja. Kelmarin malam barulah nampak Kaspin gedik kembali. Kastih cuma meronda perlahan-lahan di bawah.

Kastih juga tidak aktif lagi bermain dan bergurau dengan ibunya seperti dulu. Kaspin nampaknya tidak faham situasi Kastih,  terjerit-jerit dia kesakitan.

 
Sakit yang di bawanya membuatkan dia mahu tidur dan duduk  berdekatan dengan ibunya  sentiasa..Tidak keluar merayau-rayau lagi.

Ini vitamin dan glukos yang disarankan oleh veterina. Dia disyaki kecacingan dan diberi ubat makan . Sudah seminggu berlalu. Kastih tidah berubah pun. 

Awal pagi tadi saya bawa Kastih kepadang untuk kena cahaya matahari pagi  Bila saya panggilnya pulang dia  diam saja tidak bergerak.  Saya betul-betul rasa sedih bila lihat keadaan Kastih yang begini. Dia tidak larat berjalan rupanya. Saya terus mendukungnya pulang.

Saya berdoa semoga Kastih kembali sihat. Amin. Rindu nak lihat dia gedik seperti sebelumnya -  gambar semasa sihat.















22 comments:

  1. Wah... masih ada rambutan, disini musim rambutan biasanya mulai desember hingga february.
    morning glorynya sangat cantik. Saya taktau warna apa yang saya punya yang belum ditanam. Semoga Kastih cepat pulih dan ceria seperti semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambutan masih bermusim ditempat kakak.
      MG ini sudah dua kali ditanam. Yang ini baru berjaya.
      Amin. Kak pun berharap Kastih cepat sihat.

      Delete
  2. Haa...freshnya kailan dan bendi, korban pokok untuk dirikan masjid pengorbanan besar tu kak mala...moga ada gantiannya...sian kastih moga cepat sembuh tih...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kailan kak semai tumbuh banyak.Macam juga salad. Tapi tidak tahan serangan siput dan belalang. Banyak tu lah yang tinggal. Pokok bendi tu nasib jenis keras kalau tidak jadi korban juga..
    Thank you doa untuk Kastih.

    ReplyDelete
  4. comelnya Kastih,,moga cepat sembuh..
    sedapnya goreng kailan ikan masin..
    btw suka lihat pemandangan sekitar rumah u,,,mcm desa yg indah permai,,berbukit berkabus,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Sembuh cepat Si Kastih.
      Rumah kakak, kalau di lihat dari sudut mana pun, akan kelihatan dikelilingi oleh bukit bukau. Setiap pagi boleh lihat kabus. Seratus meter dari rumah boleh lihat laut. Walaupun ada pembangunan & dimodenkan, pulau yang terkenal dengan '99 magical Isaland' ni tetap tidak hilang keasliannya. Kak biasa dengar komplen guest yang duduk dihomestay sebelah rumah - Apa ni mai letak kita dalam hutan...( hehehe..dia tak tau Langkawi memang bandar dalam kampung pun...)

      Delete
  5. teruja betui la kak mala tgk morning glory tu...saya mcm obses betui dgn bunga berwarna biru ni...tak tau pasai pa...
    sian kastih...hrp cpt sembuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak memang syok sangat kali ini berjaya juga MG Navy Blue ini berbunga, selain si Scarlet yang sedia ada. Bunga dia besar dan tahan sampai kepetang. Sebelum ni 2 kali tanam, failed. Ni duk tunggu MG heavenly blue dari Diana pula berbunga..
      Terima kasih doa untuk Kastih. Amin.

      Delete
  6. assalam kak.. semoga kastih segera sembuh.. dulu kawan saya ada beri kucing dia makan chlorela sejenis vitamin berasaskan rumpai laut... kucing jadi sihat dan cantik .. akhirnya kucing dicuri orang.. semoga kastih segera sembuh dan ceria semula... alahai cantiknya MG navy blue.. terus jatuh cinta..seronok baca cerita akak hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar. Terima kasih banyak2 info pasal chlorela ni dan terima kasih juga doa untuk Kastih. Amin.
      Kak dah google. Banyak kebaikannya. Selain menyihatkan sel ini juga berperanan buang toksid dan parasit. Kak nak cuba pi tengok dekat Cosway. Biar kucing makan tuan pun makan. Boleh share.
      Kak rasa Navy Blue ni boleh besar biji benih dia. Kalau menjadi nak tanam banyak2, pas tu InsayaAllah boleh bagi kat kawan-kawan.

      Delete
  7. semuga kastih cepat sihat..
    Mala, pertama kali akak nmpk kura emas.inike mahlok yg mengondolkan tanaman waktu malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.
      Kura emas ni makan waktu siang ja Yon. Kak tengok dia cuma suka daun morning glory saja. Daun lain dia tak kacau. Dulu-dulu masa time bebudak suka sangat tangkap kura mas ni buat main. Cantik ada macam2 color berkilat-kilat.

      Delete
    2. akak takde tanam morning glory..tu yg tak pernah nmpk..ke akak yg tak perasan.

      resepi mala akak share kat sini..
      http://yonsmenu.blogspot.com/2014/08/goreng-pisang-rangup-lagi.html

      Delete
  8. Assalamualaikum kak, cantiknya bunga MG Navy blue kakak tu, sukanya Julie tengok. Nak kena dptkan benih bunga ni jugak hehe....kesiannya Kastih kakak tu, sedih je mukanya, teringat Julie dgn kucing parsi kacukan kucing domestik Julie d Kg, dlu namanya Milo. suka sangat Julie tgk style meniarapnya yg mcm manusia meniarap, pun kena sakit jgk mcm kucing kakak ni, lemas semacam je, pas tu 1mlm tu, Milo hilang ntah ke mana, sampailah sekarang x balik2, 15tahun dh Milo hilang. Apa2pun semoga Kastih cepat sembuh & ceria spt dahulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie. Itulah kak harap benih d MG ni membesar sempurna. Boleh buat stok. Bunga dan color dia memang cantik sangat.
      Thanks doa Kastih cepat sembuh. Amin.
      Kak rasa tak bersedia nak kehilangan lagi...harap sangat model kesayangan kak ni cepat sihat.

      Delete
  9. Cantiknya berseri-seri seri pagi tu.
    Syoknya ramai gotong-royong cepat kerja selesai.
    Hopefully Kastih sihat seperti biasa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm...dapat juga tengok dia kembang Diana. Mujur dia tak mati masa kak cuti panjang aritu. Tapi betul kata Diana tempohari, MG ni eluk tanam terus tak payah ubah2.
      Banyak bahagian lagi yang belum selesai Diana dan banyak kerja juga nak make over wall sebelah tu...
      Amin.Terima kasih doa untuk Kastih.

      Delete
  10. Pokok-pokok meriah terus, jiran pula terus dibantu dan ceria. Kucing pula dibelai manja.
    Itulah kehidupan yg membuat diri tambah disayangi dan penuh dgn bakti.
    Moga terus berbahagia... Kastih sedang diuji - kesian dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie, pokok dan bunga memang dah jadi darah daging kak rasanya seumur hidup kut..begitu juga kucing, dari kecil sampailah ke tua ni mesti sentiasa ada disisi, silih berganti...Itulah dunia kak...kehidupan kak..tak ada banyak beza dari dulu sampai sekarang.

      Delete
  11. Semua pokok2 akak cantik-cantik..tgk bendi tu panjang subur betul!
    Pet pun gebu-gebu..kastih walaupun tak sehat tapi geram tgk...semoga cepat sembuh ya kastih...nnt boleh main-main di taman :D

    ReplyDelete
  12. Pokok bendi kak kali ini terlajak subur. Dah melebibihi 7 kaki dah. Pokok sunflower pun macam tu juga. Baja tu guna yang biasa ja..tapi menjadi pulak.
    Terima kasih Nadia doa untuk Kastih. Amin.

    ReplyDelete