Friday, 1 August 2014

Semuanya OK...

 Sehari sebelum balik kampung seorang kawan India saya,  Ratna telah sudi untuk menolong menyiram pokok-pokok. Saya sungguh berbesar hati dan terhutang budi padanya kerana mahu bersusah payah untuk saya sedangkan dia sendiri bekerja dan  tinggal jauh dari perumahan saya. Dia berjanji akan datang menyiram di waktu petang bila pulang dari kerja.
Tengahari tadi setelah bercuti selama lapan hari saya selamat sampai kerumah. Ooohh..tak sabar  nak lihat pokok-pokok saya.
  
Turun saja dari teksi ini yang saya nampak dulu. Kupurama dari jenis yang biasa datang  tapi yang ini saiznya besar amat.

Saya terus saja snap. Kupurama ini nampak manja dan tidak terganggu lansung bila gambarnya diambil.

 
Tanpa masuk kedalam rumah saya terus buat inspection terlebih  dahulu. Nampak pokok saya semuanya sihat dan subur. Alhamdulillah...

Pokok kacang bendi sudah tua di pokok. 

Namun ada juga beberapa biji yang masih muda dan boleh dimakan.

Dalam masa seminggu saja petula ini membesar. Sebelum ini saya tidak perasan pun dia berbuah..

Jadi malam tadi inilah hidangan simple saya dan suami. Bendi goreng kicap dan petola masak air dengan bayam merah.

Wah..kalian, sawi dan ulam raja saya sudah membesar eluk sekali. Sukaa....

Tapi sawi yang di dalam plastic beras ini daunnya telah dimakan belalang.

Tomato ceri berbuah sudah.....

Tengok morning glory ini, cepatnya dia membesar. Minggu lepas baru diperingkat bawah. Sekarang sudah memanjat tinggi dan berputik. Boleh kata 99.99% pokok saya berada dalam keadaan eluk dan tidak terjejas. Saya juga bersyukur kerana hujan turun hari-hari...

Dalam semua pokok cuma pokok salad saja yang tidak menunjukkan tumbesaran yang OK.
Satu pasu lagi pula sudah licin dibaham siput mata jin...Saya ingat letak didepan rumah selamat, siput tidak kacau..rupanya tidak juga.

Seperti pokok, saya juga tidak sabar nak berjumpa dengan kucing-kucing saya. Terus saya call pusat jagaan, sihatkah depa? Rindunya...Pukul empat petang Kaspin dan Kastih selamat sampai kerumah. Kesian...kurusnya dua ekor ni...Ini kes tidak lalu makan dan tekanan perasaan..bayangkan lapan hari dikurung dan makan makanan  yang bukan favourite..kesian anak mak...

Saja nak tunjuk..antara barang yang dibawa balik dari kampung.  Ini bahagian suami dan menantu..Taik burung...

       Dan ini pula bahagian saya..biasalah kan. Tak sah kalau bukan ini yang dibawa balik. Sebelah tu    pokok morning glory Cameron Highland.  Jenis kembang sampai kepetang. Adik tolong semaikan. Tak sabar nak tengok bunganya..cantik! 




9 comments:

  1. Assalam kak.. Selamat Hari Raya... maaf zahir dan batin.. syukur semuanya lumayan sihat dan cantik2 belaka.. kesian gak dgn anak2 kurus akak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar, Selamat Hari Raya.
      Mmm..syukur sangat semua pokok OK.
      Kucing kak berdua tu memang kesian sangat. Kastih kurus sampai nampak tulang. Tak pernah kena kurung ditempat asing pula tu. Trauma sampai hari ini tak mau keluar rumah asyik tidur saja dua beranak dalam rumah. Binatang pun rasa sensitive..

      Delete
  2. Selamat Idul Fitri.
    Alhamdulillah, senangnya semua sehat dan segar warna warni. Sayang Kastih dsn Kaspin jadi kurus smoga cepat membaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Endah.
      Saya harap mereka berdua kembali berisi seperti sebelumnya.

      Delete
  3. Salam Lebaran.

    Maaf Zahir dan Batin.

    Rimbun sungguh portulaca tu.

    Nikmat sungguh bila balik banyak yang menunggu untuk dituai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran untuk Diana juga.
      Portulaca tu adalah saki baki yang hendak dibuang. Tak sampai hati, kakak cucuk2 kat homestay sebelah. Sebulan saja dah subur macam tu..
      Inilah yang untungnya tanam sayur sendiri. Time gawat begitu senang2 boleh petik dan masak.

      Delete
  4. Selamat Hari Raya mala..i add you on facebook..

    ReplyDelete
  5. semasa cuti raya seminggu yang lalu , syukur juga ada jiran sebelah yang tidak balik kg ,ana berikan kunci dan dengan bantuannya siram pokok bunga dan berikan kucing dan ikan makan.kucing tu bukan kucing ana pun kak mala, cuma selalu singgah makan di rumah ni... :)

    ReplyDelete