Saturday, 13 September 2014

Rain ..Rain.. Go Away...

....come again another day...
Wind wind blow a far..
Blow until you reach a star..
Thunder also loud...
Come and hide behind the cloud...

Lagu masa sekolah rendah. Sudah berpuluh tahun berlalu namun liriknya yang simple begitu melekat di memori. Hujan sepanjang bulan, itulah yang boleh saya katakan. Cuaca sentiasa mendung.

Kabus menyelubungi bukit. Saya ambil gambar persekitaran rumah pagi tadi..

Belakang depan..kiri kanan

Semuanya berkabus. Tapi siapa kita untuk menahan kuasa Tuhan ini? Terimalah dengan redha.

Tidak semua bunga boleh bertahan dengan hujan yang berlebihan. Kelopaknya akan gugur dan kuntuman bunga nampak merunduk tidak bermaya. Termasuklah kosmos kuning ini. Hujan yang berlarutan hampir sebulan, membuatkan pokok-pokok ini goyah dan daunnya mereput.

 
 Bandingkan keadaan cosmos pada hari panas. Ceria saja. Saya perasan ada sesetengah pokok mengeluarkan cosmos yang berlapis kelopaknya sedangkan benih asal selapis sahaja.


 
Hujan  yang lebat disertai angin kencang telah membuatkan alamanda depan rumah condong ke laman homestay sebelah. Saya ambil keputusan  memotong separuh batang pokoknya.

 Sebahagian bunganya yang masih segar berkembang saya masukkan  dalam timba kecil. Memang sayang sebenarnya hendak memotong alamanda ini, tetapi dek kerana terlalu serabut tak dapat saya elakkan.

Manakan tidak, disinilah berkongsinya garlic vine,  sky vine ( thunbergia)

 Mini alamanda pun membelit disitu juga..

Termasuk bunga melur dan juga prosperity roses...

Semua pokok-pokok ini akan diubah kepasu mengikut giliran dalam masa terdekat.

Bahagian  besar alamanda yang lain saya beri pada nursery berdekatan rumah. Senang hati ada orang ambil. Tengok Che Kam dah rasmi dulu... 

Angin kencang juga telah mematahkan tangkai bunga matahari giant saya ini.

Matahari batch kedua sudah mulai berbunga dari bulan lepas tapi saya dapati agak sukar untuk mengambil gambarnya kerana pokok ini sudah tinggi  melebihi 7 kaki.  

Kelompok bunga dari salah sebatang pokok yang ada . Kisahnya saya posting lain hari.

Saya nak cerita pasal cotton rose dulu. Cuma mula berputik bunganya  bila saya pindahkan kehomestay sebelah yang terdedah dengan full sun.

Walaupun dah biasa sangat tengok bunga ini tapi inilah kali pertama saya tanam pokoknya. Teruja nak tengok dia tukar color.

Namun pagi esuknya  saya dapati  kuntuman bunga tiada dipokok. Rupanya hujan lebat telah mematahkan tangkainya. Saya pungut dan letak semula ditempatnya. Snap. Mmm...nampak agak  real  juga. Tak boleh lah tengok  tukar color rose dan pink. Next episode. InsyaAllah.

Namun tak semua bunga alah hujan. Zinnia, tetap ceria semasa saya ambil gambarnya time hujan renyai waktu senja.

Periwinkle

Lily first bloom

Pertama kali dapat tengok telang putih satu layer kembang sempurna. Selalu belalang, Che Kam  dan siput yang makan. 

 Tiba-tiba saja torenia color terang  ini muncul Tidak sedar pun...
  
 
Petunia. Ada juga waris. Semai benih dari pokok induk yang saya beli dan hidup tidak sampai sebulan.

34 comments:

  1. Sky vine dekat cage leopard di Zoo Negara tempat kami cuci mata. Cotton rose pun nak full sun juga ya macam cotton biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula tanam kak letak kat tempat separa teduh, bunganya berputik tapi tak membesar. Gugur begitu saja. Boring tunggu bunga tak jadi kak terus pindah tempat. Dera tengah panas. Sekejab saja putiknya membesar dan berbunga.

      Delete
  2. Cantik2nya bunga kakak,.sungguh menggoda..., scenery d tpt tinggal kakak pun menarik, paling best tgk kabus mengelilingi bukit tu, kalo rmh kita dkt kak, dh lama Julie angkut alamanda2 yg kakak potong tu, Julie pernah tanam guna keratan batang, tp x hidup. Benih bunga matahari yg kakak bg tempohari Julie test2 semai 5 biji, alhamdulillah stakat ni semuanya bercambah. Harap2 dpt hidup subur & brbunga sampai matang...terima kasih bnyk2 kak, nnti Julie semai lg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, seronok dengar benih tu dah bercambah.
      Kak pula masih tidak dapat nak semai benih cosmos Julie tu. Asyik hujan, sebab nak semai terus atas tanah. Nak kena buat petak dia dulu. Kalau tidak nanti benih hanyut, rugi.

      Delete
  3. mala...kulim pun aman nyaman..angin kencang..hujan setiap hari..
    pokok2 tak payah bersiram...rumpai tumbuh dgn galaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah masuk musim hujanlah gitu. Dekat kampung pun adik kak bgtau hujan hari2. Tahun lepas kurang hujan, mungkin tahun ni dapat lebih pula.
      Ooo...rumput rampai tu tok sah cakaplah...dah penuh dah kat homestay tu...

      Delete
  4. salam sis mala
    cantiknya scenery dan bunga2 kat sini,,mmg pro la sis..sy mmg suka scenery terutama yg nature suasana kampung,,buat kita rindu dan terkenang keindahan dan keaslian yang semakin hilang dari kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tenang disini, apa pun just santai saja..sebab tu kak ambil keputusan menetap disini. Tapi keindahan suasana di kampung sendiri tetap di hati.

      Delete
  5. sayang tgk bunga kosmos tu kak...elok kak mala potong boh dlm vase...cantik tu..lg pun ia thn lama jgk..

    ReplyDelete
  6. itulah Ana, tak terpikir pula. Aritu Ana ka post letak jambak cosmos atas meja. Cantik nampak.

    ReplyDelete
  7. Tak tahan tgk anika bunga kat laman kak mala, subur segar anika warna, bila la agaknya sy bole tgk dpn mata macm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah sud@is, hakikatnya pokok2 kak tak lah cantik tera mana. Bila tengok dalm gambar pada skop yang kecil, nampak cantiklah tapi kalau tengok kat alam nyata ni, sepotet saja bunga tu...sebenarnya rumah kak lebih banyak pokok berdaun dari bunga. Pokok bunga harian pula kita sentiasa kena rajin replant. Baru rumah nampak meriah. Ni tengok rose jepun dah frozen sat. Tak menang tangan dan masa...kalau bercuti kesini singgahlah kerumah.

      Delete
  8. Ada pokok suka menerima simbahan hujan tapi bila sudah terlalu kerap memang tak tahan - ibarat dah overflow kan. Apa pun kakak tengok semua pokok bunga Kak Mala cantik-cantik buat mata tak berkelip memandang. Kalau macam ini hasilnya memang puas hati..

    ReplyDelete
  9. Memang betul Zakie, bila hujan hari2 dah overflow pula. Banyak juga pokok kak rosak. Tak ada pilihan buang saja. Paling banyak kena buang cosmos sebab nampak dah tak cantik sangat. Lepas ni kena ganti dengan pokok lain pula. Mood nak gardening pun dah suam2 kuku.

    ReplyDelete
  10. Di sini panas terik dan angin kencang setiap hari, membuat kebun saya menjadi sangat kering. Bunga-nunganya tampak cantik. ya, saya juga suka mengamati perubahan warna di bunga Cotton rose. Sungguh indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kakak, musim panas bunga kembang lebih cantik dari musim hujan.

      Delete
  11. Assalam kak... sayu hati tengok bukit dikelilingi kabus... tahun lepas pergi sana dgn arwah... dari CHOGM villa boleh nampak bukit berkabus.. jln2 pun nampak scenery ni... arwah suka sangat... terima kasih akak kongsi foto2 ni... satu hari nanti blogger2 follower akak esp saya la tu... kumpul ramai2 gi serbu kat laman akak... mesti seronok kan! Cotton rose saya sedang meriah berkudup dan berbunga satu demi satu... lili tu cantik sangat.. kalau ada extra bulb jual kat saya kak ☺... emel saya aqmalsaa@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar..,
      Kalau biasa datang Langkawi dan masuk kampung2nya tau lah betapa hutannya di sini..hehee..
      Cotton rose kak tu tak berkembang, kurus , ada dua batang ja ranting dia. Asyik hujan sini, mendung, sukar juga nak ambil gambar.
      Bulb tu ada tapi tak banyak. Nanti kak poskan. kawan bagi pokok ni.
      Kalau mai sini bgtau la..kut2 boleh jumpa..tapi jgn lah expect rumah kak mcm taman pula..malu..bunga2 tu pun bermusim juga..mcm sekarang ni, 60% dah kurang. Semua nak kena tanam semula...

      Delete
  12. Tenang nya kawasan umah akak....suka plk tgk sunflower giant tu...dulu sy ada tanam tp tak men 'giant' sangat...sekarang ada Cuba semai tak menjadi lah pulak...siput mkn!

    ReplyDelete
  13. 1st tanam dulu 5' gitu je tinggi dia. Suka yang begitu sebab senang tengok bunga. Yang kali kedua ni puas kena melangut..

    ReplyDelete
  14. Ky baru balik dari Langkawi Mala. masa kat sana teringatkan Mala, tapi takboleh nak beroger..line slow sangat..

    ReplyDelete
  15. Lah Yon..tak dak rezekikan kita nak berjumpa..tak pa, lain hari lain masa mungkin boleh bersua juga. Langkawi ni tempat orang suka mai berulang-ulang.

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan...

    Cantik bunga2 yang ditanam.
    Kak zai pun suka dengan pokok2 bunga terutamanya orkid.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kerana sudi melawat. Suka dapat menambah kenalan penggemar bunga.

    ReplyDelete
  18. Oh wow! Love those amaryllis blooms. They are so gorgeous. Normala, the sky is still cloudy today. I wish there will be more sunshine next week. I think your sunflowers need sunlight also hehe... Btw thank you for recognising that mulberry for me. You have a great Sunday!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, hope for the sunshine...and I get it for three days here ..no more raining but it so so hot and most of my green plants burning..Oh, dear El Nino tak habis lagi ke...?

      Delete
  19. Beautiful flowers, healthy plants, nice place.... very nostalgic.!!

    ReplyDelete
  20. Cantik2 berbagai bentuk berbagai rupa dan warna...segar mata melihat...tentu berseri taman kan?

    ReplyDelete
  21. Dah 2 bulan hujan bermusim KN, habis bunga layu dan reput.. .kalau nak berseri pun kena tunggu musim panas.tahun depan ..sebab waktu tu banyak bunga keluar ..

    ReplyDelete
  22. salams kak,

    saya suka tgk morning glory akak...cantiknya
    kat kedai nesery mcm tak der jual....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Betul Miizaa kat nursery setakat ni kak tak pernah jumpa. Dia ni selalu orang jual biji benih. Boleh order dekat Dianakebunbahagiabersama ( blogger ) atau Mieyza Dahlan dari SeedGalore ( fb) Kat rumah kak paling banyak benih color pink, kalau nak tinggal address, nanti kak pos. Jenis ni paling tahan panas.

      Delete