Monday, 27 October 2014

Pantai Dan Isi Alamnya.

Ke pantai..? Mmmhh! saya pada mulanya agak keberatan dengan ajakkan adik bongsu untuk kesana. Saya masih dalam mood letih kerana baru selesai mengadakan majlis kenduri aqiqah cucu sulung pada sehari sebelumnya. Sebenarnya berkelah di pantai bukanlah kesukaan dan pilihan. Hakikatnya saya tidak suka mandi laut  kerana selalunya cuaca panas laut amat kering dan saya tidak begitu selesa dengan air masin dan rasa melekit di kulit. Lainlah kalau memancing dan mencari siput, itu hobi saya...Pun begitu saya begitu suka melihat pantai, ombak, cengkerang dan kulit siput...

Tahun ini adalah untuk yang pertama kali saya berkelah di pantai...rasanya bagus juga sekurang-kurangnya saya boleh mengambil gambar. Lari sedikit dari cerita bunga. Pantai ini terletak dalam kawasan hutan dan perbukitan.

Waktu kami sampai sudah ramai orang bermandi manda di laut. 

Tidak buang masa saya terus klik dimerata tempat. Ini  batu kelikir  kecil yang terletak disatu sudut.

Air pasang. Walaupun pantai kelihatan bersih tapi banyak daun-daun kering terapung-apung didalam air  dipukul ombak  ketengah dan ketepi.

Pandangan indah dari hujung pantai yang dipenuhi dengan batu-batuan.

Jernihnya air.

Saya mencari-cari kulit siput dipantai tapi tidak jumpa kecuali yang ada ketam angin kecil ini. 

Bila saya mahu mendekatinya terus dia lari masuk lubang.

Mmm..tengok masih ada juga cerita bunga walaupun dalam episod pantai.

Morning Glory atau kangkung pantai. Asal saja namanya begitu, mestilah menjadi bunga favourite saya. Tumbuh dan berbunga cantik di pinggiran.

Gugur sekuntum dari kelompoknya, tidak tahu apa nama. Bunga putih bertompok merah ditengah ini cukup harum baunya. Seakan-akan bau bunga kemboja. 

Landscape pantai ini cukup indah dan dipenuhi dengan kepelbagaian bio. Kelebihan terletak dalam hutan yang tertua, banyak pokok-pokok yang berusia ratusan tahun masih lagi kelihatan utuh berdiri.

Mata saya terpikat pada pokok yang menjalar dalam lubang di batang pokok.


Tumbuhan ini pun tampak selesa tumbuh di pasir bergaram.

Kayu nan sebatang....

Teruja melihat batu-batuan yang terdampar di hujung pantai ini. Pelbagai corak dan pelbagai warna. 

Hakisan air dan angin telah membentuk lubang-lubang kecil yang begitu artistik.

Antara yang saya jumpa. Suka lihat garisan kontor yang terbentuk.

Karang mati yang dipukul ombak ketepian.

Lopakan yang terbentuk oleh hakisan. 

Dan apa yang membuatkan saya cukup-cukup terkejut ialah bila menemui kupurama cantik ini sedang berehat di atas pasir. Ohhh...kat sini pun ada dia....Saya berdoa-doa dalam hati. Bukalah sayapmu...

Satu..dua...tiga...Ohhh...dia dah buka sayapnya! Cantiknya warna, Biru firus.

Tuhan itu maha kaya kerana  menemukan si biru firus ini disini padahal masa musim panas yang lalu saya gagal untuk mengambil gambar kupurama yang sama jenis ini di laman rumah. Terima kasih kerana tertunai juga hajat.

Jadi...sekarang apa masalahnya ke pantai..? Saya mula dah jatuh cinta..dan mencongak-congak pantai mana lagi yang ada...




42 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mala, Masha Allah cantiknya pantai d tpt kakak, mcm nak je Julie ke sana, air pun jernih. kayu nan sebatang tu, mengingatkan Julie kpd cerpen "kelapa nan sebatang" cerpen zaman sekolah dlu hehe. batu2 kelikir tu pun cantik sangat kak, mcm nak ambik je batu2 kecil tu. memang cantiklah pantai tu...mudah2an ada rezeki utk Julie ke sana hehe..

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalam Julie. Ini lah kak rasa tinggalan satu-satunya pantai yang cantik di sini. Tu pun nun jauh diceruk. Dulu masa kak baru sampai disini lagilah cantik tempatnya. Kak masih ingat sekitar 24 tahun lepas ada bongkah susunan batu yang begitu cantik sekali. Akibat kesan pembangunan tah kemana menghilang bongkak tersebut. Batu tu batu tua kak rasa. mempunyai nilai geologi..

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah kak mala...
    confirm la kak mala ni professional photographer...semua nya cantik2....tak terkata tengok keindahan alam...Tabarakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana...jangan cakap begitu..betul cakap kak cuma tahu snap saja...bahasa camera pun tak mahir. Kak ni ibarat macam tahu makan sedap tapi tak tahu masak..hajat hati nak berlajar juga tapi tak kesampaian lagi..dah taraf old school nii....maluuuu...

      Delete
  4. Selain menikmati gambar pantai yang cantik dan pantai yang sememangnya indah permai ternampak gambar buaian kat last tu....aaa syoknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau cerita pasal buaian ni...punyalah lama kak duk tunggu dia terbuai kosong begitu. Lepas sorang..sorang orang duk bersidai di atas. Tu pun jenuh cari sudut yang sesuai takut nampak kepala orang...hajat tu nak ambil gambar macam dalam kalendar lah kononn....

      Delete
  5. Apa yg pasti kakak dpt menumpang menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Ditambah pula dgn kreativiti yg captured gambar tambahlah menarik..

    Salam maal hijrah dari kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah Zakie.
      Betul Zakie, kak ni suka nak nampak kreatif sikit jadi jenuhlah juga buat muka tebal pi duk celah2 orang ambil gambar. Jenuh juga duk bongkok sana bongkok sini duk fokus objek. Sampai ada Mat Saleh tu rasa terganggu langsung cabut masuk chalet..hehee...

      Delete
  6. Salam Kak Mala,

    Di mana tu? Tak jumpa nama tempat nya bila di baca coretan kak hehe. Indah betul ciptaan Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey. Ini Pantai Pasir Tenggkorak ( nama....takut dengar kan ) Jalan Datai, Langkawi.

      Delete
  7. Pantai ni menghadap Laut Andaman ke Kak Mala?
    Anak-anak ni pun dok sibuk bila nak pi mandi pantai lagi.
    Kali terakhir masa pergi Langkawi awal tahun lalu.
    Cantik kangkung pantai tu.
    Buat landskap cantik juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana pantai Pasir Tengkorak ni mengadap Laut Andaman. Tu pasal airnya sedikit jernih dari pantai-pantai lain. Inilah satu-satunya pantai yang tercantik dan sedikit bersih airnya di pulau ini. Dulu lebih cantik dan more nature. Banyak bungkah-bungkah batu yang ada nilai geologi hilang. Mungkin sudah di angkut pihak berkenaan georpark untuk simpanan.
      Kangkung pantai ni memang banyak sangat disini. Kak suka tengok tapi bagi orang disini ia tdak bernilai. Ada tanam kat rumah subur pun tumbuh tapi selalu dimesin pemotong rumput majlis.

      Delete
  8. Beautiful pictures, good natural light. I like that rocks pic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Tabib. Kak pun sama suka batu-batu tu..

      Delete
  9. Kak zai suka ke laut. Bila tengok gambar2 yang mala post seolah2 kak zai berada disitu. Semua gambar cantik2 belaka, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai...saya tak suka laut tapi suka tengok keindahannya. Suka pantainya ..tengok dan dengar deru ombak..kutip kulit siput..Itu saya suka amat. Saya juga dah berpengalaman mengorek siput disini. Mencari kepah dan meredah selut mencari kerang...hehee suka sangat. Dah lama tak buat kerja ni..

      Delete
  10. Fascinating pictures and nature, now I long for summer again.

    Good new week.

    ReplyDelete
  11. Cantik sekali pantainya, saya suks pemandangan pantai, tapi tak suka main air di sana.

    ReplyDelete
  12. Cantik sangat tempat ini. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya Kak..saya pun suka pantai.. last year pergi Chenang ..terkejut.. kawasan dah berubah.. saya pun suka kumpul kulit siput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Mar, banyak pantai dah berubah dan hilang sebab di tambak. Bayangkan 25 tahun lepas masa saya mula-mula datang kesini..alam semula jadinya cukup2 cantik.Banyak pantai tempat saya duk cari siput & kepah dah ditimbus..sayangkan..Sawah2 padi tepi laut pun dah tak kelihatan. Semua lenyap ditelan pembangunan.

      Delete
  14. Memang cantik alam semulajadi ciptaan tuhan...terasa teringin pulak nak kepantai tengok laut...dah lama tak pergi...

    ReplyDelete
  15. Salam Mala,

    Masya-Allah cantiknya pemandangan di pantai (Langkawi eh?)!! Mak Aji pun suka ke pantai tapi tak suka mandi laut krn alasan yang sama. Mala dah bercucu ya, Mak Aji dah 4 org, tahun depan tambah lagi satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Aji Mala dari muda sampai ketua tak suka mandi laut..dah tak tau berenang sama..
      Iya Mak Aji dah bercucu pun saya ni..baru sorang..Tahniah Mak Aji dah nak bertambah lagi.

      Delete
  16. subhanaallah..cantik semuanya gmbr yg di ambil. tak kenal maka tak cintakan..dah kenal pantai langsung Mala jatuh cinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yon..Mala cinta pantai je, laut tak suka..hahhaa...

      Delete
  17. Cantiknya kak mala...rasa mcm nak pindah ke langkawi esok!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar depa kata Aya dah beli pulau kat sini...hehee....

      Delete
  18. heheh..bukan pulau kak mala..tanah tepi laut jer..laki aya bukan brat pitt!!hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm..dah dekat-dekat tu dengan Brad Pit..dah bau2 apple..cuma Brad Pitt tu pendekk..hahhaa...

      Delete
  19. teringat2 keindahan pantai Cenang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai Cenang pun dah dalam rombakkan kabinet....

      Delete
  20. Subhanallah...sungguh molek ciptaan Nya....bersih jernih pantai nya....rama2 tu mahal color nya...mmg jarang nampak color mcm tu....dulu sy suka kutip kayu2 yg bentuk unik...batu2 pun sama...susun dlm akuarium...skang entah ke mana semua nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita Nadia, dulu masa ana-anak masih kecil kak rajin kutip kulit siput, batu-batu kecil & buah pokok rhu di tepi pantai sebab kat rumah sewa lama, pantai seberang jalan saja..sampai sekarang kak masih simpan...kecuali buah rhu terpaksa dibuang, anai2 makan..

      Delete
  21. Oh gosh, it looks like paradise ! You are lucky, indeed, to be able to visit somewhere so beautiful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jane, thank you for visit. Ya, maybe I'm lucky indeed because no need to go far, just tour in my own place, island of 99 isle!

      Delete
  22. salams kak mala,
    semua pic yg akak snap semua cantik...masyaallah......rindu nak pergi langkawi:):)

    ReplyDelete
  23. Terima kasih Miizaa, tu la...kena balik buat lawatan juga sesekali..

    ReplyDelete