Thursday, 18 December 2014

Yang Pergi & Yang Tinggal..


Minggu lepas saya telah kehilangan seorang lagi orang yang disayangi - ibu mertua. Setelah dua tahun telantar sakit, akhirnnya pada pagi Selasa 9hb Julai 2014, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan kami buat selama-lamanya. 

Bergegas saya sekeluarga pulang ke kampung suami yang terletak di kaki Gunung Jerai. Saya tidak sempat berbuat apa-apa, cuma tinggalkan pesan pada kawan baik untuk tengokkan pokok-pokok saya, Kaspin dan juga Kastih. Dalam hati cuma mampu berdoa agar semua yang di tinggalkan  di rumah akan selamat.

Setelah semuanya selesai kami pulang semula ke rumah dan berdoa semoga aruah ibu ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di Jannah. Sepanjang jalan pulang saya asyik terpikir - mmmm...macamana pokok bunga aku...Kaspin & Kastih mesti tercari-cari dan rindukan tuannya..

Jejak saja kaki saja di rumah, hati yang sedih beransur tenang... lega rasa hati tengok bunga semuanya cantik berkembang...















Kesian..bunga saya yang dua ekor ini. Tergedik-gedik sambut saya balik. Tengoklah..Kastih & Kaspin tergolek tidur kekenyangan  selepas diberi makan..
Begitulah cerita minggu ini, walau sedih ditinggalkan tapi yang ada masih ceria menghiburkan.


35 comments:

  1. As salam kak mala;
    Al-Fatihah. Moga roh arwah ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman...

    p/s: maaf kak mala, confuse sikit dgn tarikh 9 Julai 2019 tu..

    ReplyDelete
  2. Oh, ya..terima kasih Ana, kak habis posting ni pun dah 2.00am lebih. Tak perasan pun..nanti edit..

    ReplyDelete
  3. salams kak mala,

    takziah buat ibu mertua akak, ibu mertua akak dok dekat kaki gunung jerai...dah dekat tu dgn kg hubby saya....:)

    tengok pokok bunga akak, sejuk mata melihat....
    kaspin & kastih cute sangat.....mcm oya saya yg putih tu:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Amiiza.
      Kampung abang di Teroi.
      Kaspin masih menten tapi kastih tu dah berlemoih dah...

      Delete
  4. Al fatihah...semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman....

    ReplyDelete
  5. Al fatihah...takziah buat keluarga mala.

    Cantik dan subur pokok2 dilaman.

    ReplyDelete
  6. salam takziah buat keluarga Mala..alfatihah..
    ceria tengok bunga berseri di halaman rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yon.
      itulah bila hati gundah keluar tengok bunga..sure terubat sikit..

      Delete
  7. Takziah juga dari kakak moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    Kakak tengok rumah Kak Mala tu dah macam nursery. Meriah betul pokok-pokok bunganya. Macam-macam warna semua ada. Kalau org tak tahu mesti ingat nursery hihi.... cantik sangat.

    ps: Kak Mala kalau tangkap gambar cantiklah kakak suka tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zakie.
      Memang rumah kak sesekali tengok dah jadi macam nurseri. Itu yang penatnya kebanyakan yang ditanam dari jenis yang kena duk rajin replant semula...
      Gambar pertama tu ambil depan rumah mertua, yang no 2 & 3 ambil dari dalam kereta yang duk tengah bergerak. Pemandangan sawah padi menghijau berlatarkan Gunung Jerai memang cantik dan sejuk sangat tengok tapi kak rasa tak sesuai nak turun duk bersuka ambil gambar pada waktu2 bersedih begitu so cuma rambang2 saja masa atas kereta.

      Delete
  8. Salam Takziah buat kak Mala dan keluarga.

    ReplyDelete
  9. Condolence, Normala.

    Anyway, the clear sky and your potted plants look absolutely beautiful. And your cats... don't think anything can wake them up now... like humans, sleepy as a meal LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Steph.
      My cats is a part of my life. Whenever I go, I will never stop thinking and miss them.

      Delete
  10. Salam Takziah buat Kak Mala sekeluarga.

    Bulan tu tersilap?
    Akhirnya Ostrich plume Kak Mala berbunga nak membuatkan Kak Mala ceria ya.
    Kemasnya kebun Kak Mala.
    Sini tak tak dapat nak control. Dah give up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Diana.
      Ya..tahun tu mula2 kak tulis 2019..itu yang Ana tegur tu...dah edit 2014..
      Diana..pokok2 kak dalam pasu tu memang kena susun rapi tak mau abang leter..dia tak boleh park motor dia..selalu dia cakap nak buang pasu2 tu hehehe...dah kereta pun kena letak luar juga. Porch tu kan ciput ja...
      Ostrich tu..puas lindung dari Che Kam..tu pun daunnya banyak yang dah koyak rabak..

      Delete
    2. Bulan Julai?

      Anak pokok ostrich plume sini pula bergerigi entah sapa makan.

      Delete
  11. Salam Mala,

    Salam takziah Mak Aji kirimkan buat arwah MIL Mala. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah, amin!! Cukup ceria laman Mala, cantik2 bunganya! Comey je si Kaspin dan Kastih tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mak Aji.
      Bunga banyak Mak Aji tapi semua yang kena rajin replant itu yang lece sikit..kalau malas kosong pula laman tu..
      Budak berdua tu comel la..asyik makan tidur ja kerjanya...

      Delete
  12. Takziah diucapkan. Al-fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  13. Salam takziah K Mala buat yang telah pergi....dan salam tahniah semua yang masih tinggal kembang mekar menghiasi taman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknyer pokok bunga akak...berbagai spesis berbagai
      bentuk dan warna....kalu duduk dekat boleh ngendeng dua tiga pasu...hehe...

      Delete
    2. Terima kasih KN.
      Bolehhh....( che...duk jauh pelawalah kann..) Kak ni cukup teruja kalau ada geng2 bunga dekat rumah. Malangnya tak ada..yang ada dulu, kawan baik yg duk tengah gila bunga pun dah suam2 kuku sebab dah mula bekerja sepenuh masa..tinggal sorang balik...

      Delete
  14. salam takziah untuk akak dan suami.

    ya Allah,,banyaknya bunga kat laman akak ni..mesti kalau ade peluang
    bertandang, saya dok melekat dkat laman je belek semua yg ada..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Imm.
      Kak try buka blog Imm tapi tak boleh. Tak tahu kenapa...

      Delete
  15. Wow so beautiful flowers and pictures, amazing.
    Lovely cats that looks very tired out heh heh.
    Greeting Marit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Marit. Those picture's captured at my husband village.
      Haha...my sleeping beauty..take a good rest after feeding.

      Delete
  16. Assalamualaikum k.mala, takziah untuk k.mala sekeluarga...semoga arwah ditempat kan di kalangan orang yang dirahmati Allah.

    Walaupun ditinggalkan masih berseri-seri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia. Terima kasih dengan ucapan. Ya moga arwah bersama orang yang dirahmati Allah.

      Delete
  17. Salam takziah..semoga rohnya ditempatkan bersama orang yg soleh di sisiNya..AlFatihah.

    ReplyDelete
  18. Gorgeous photos of these beautiful flowers !
    Lovely little cats !
    Greetings

    ReplyDelete