December sudah sampai ke hujungnya membawa hujan yang berpanjangan minggu ini. Walau pun sudah rasa angin timur meniup menandakan musim kemarau akan tiba tetapi tidak seperti tahun lepas, hujan masih berterusan turun dan suasana mendung menyelubungi suasana. Untuk minggu yang akan berakhir ini saya akan mempamirkan bunga-bunga yang sedang berkembang di persekitaran laman homestay pula.
Gambar ini dirakam beberapa minggu lepas. Lihat bunga matahari giant saya yang sudah pun mulai layu dan pokoknya juga sudah nampak tua. Saya rasa sudah hampir 3 bulan lamanya saya mencuba tanam benihnya untuk musim baru namun serangan dari para siput telah menggagalkan usaha tersebut.
Namun ada juga bunga matahari jenis baru yang berjaya berbunga meriah di laman homestay.
Pokok ini pada mulanya saya tanam didalam pasu kerana takut di makan siput. Saya beli benihnya dari Myza Dahalan. Tapi didalam pasu dia tidak membesar dengan eluk. Jadi saya tawwakal saja pindahkan di homestay sebelah dan tanam di atas tanah.
Mujur siput tidak kacau. Ia berjaya berbunga tapi saya lupa namanya. Yang ingat ada nama cherry kat belakang.
Kembang sepenuhnya. Warna asal coklat merah ini sepatutnya pink. Mungkin keadaan tanah, cuaca setempat yang tidak memenuhi kriteria membuatkan colornya tidak timbul seperti asal tapi tetap juga menawan.
Meriah berbunga!
Dan ini pula torenia musim ke berapa saya sudah lupa. Mungkin keempat. Kali ini dia menguasai hampir sebahagian dari laman homestay.
Mekar bersama bunga marygold.
Cosmos yang terencat tapi penuh dengan bunga juga sama naik menakluki laman.
Madagascar Periwinkle putih bersih pemberian dari Diana ini pun tidak mahu kalah dengan yang lain. Merimbun setelah di pupuk dengan baja mol ikan.
Tengok..sampai keluar pagar.
Zinnia yang berjaya melepasi rintangan dari cik siput.
Ruellia yang membiru bangkit berbunga hasil dari baja kopi.
Pekatnya warna pink ruella akak...
ReplyDeleteYa Mar, memang agak pekat. Ini adalah ruellia jenis batang tinggi. Yang dwarf pun kak ada juga. Bunganya lebih pekat hasil makan baja mol ikan dan baja kopi. Kak dah beberapa kali menunda kisah baja mol ni..munglin boleh sambung kat posting ni kut...takut panjang berjela pula gambar2nya..
DeleteGorgeous flowers and beautiful colors ! Thanks for sharing those wonderful photos !
ReplyDeleteThanks Ela. Wish you a happy Christmas and happy new year.
DeletePepagi indah mata dijamu gambar bunga yg fresh dan cantik aduhai kakak memang klik atas-bawah-atas-bawah. Cantik sangat! Sunflower dua warna cantik sangat:)
ReplyDeleteTu pun mujur sangat Cik Siput tak makan..dapat juga tengok bunga dia. Tapi kak tengok gambar yang kat peket jualan tu lagi cantik. Colornya ada pinkish sikit.
Deletemusim hujan ni bunga2 tu tetap cantik ya Kak Mala..
ReplyDeleteTerima kasih Kam. Tapi ada juga satu dua pokok yang mati sebab terlebih air hujan.
DeleteWalau hujan berterusan tapi laman mala masih dihiasi dengan bunga2 yang cantik.
ReplyDeleteAlhamdullilah, di tempat saya duduk ni belum pernah banjir walau hujan berminggu berterusan
DeleteSalam Bahagia Kak Mala,
ReplyDeleteWah berseri-seri homestay.
Untung sungguh tuan homestay tu ya ada gardener volunteer menceriakan laman tersebut.
Pemberian sunflower dari Kak Mala pun kalau ada rezeki InsyaAllah kembang tak lama lagi.
Memang kebanyakkan guest yang datang puji tuan homestay rajinnn...
DeleteJulie punya sunflower kak bagi dah keluar. Besar bunga dia. Ciri2 Langkawi..hahaa...
Yang tanam awal-awal dulu belalang ratah sampai licin.
DeleteInipun dengan cuaca sekarang tak taulah dengan caretaker on leave.
macam biasa tiada komen yang lebih indah untuk ana tinggalkan melainkan, Subhanallah..sangat cantik kak Mala dengan alamnya :)
ReplyDeleteTerima kasih Ana.
Deletecantik berwarna-warni.. ;)
ReplyDeleteterima kasih Aizamia3
DeleteWow Normala! The blooms in your garden brightens up the gloomy day. Thank you for these flower sunshines :-D
ReplyDeleteThanks Steph!
Deletepada KY cantik sungguh warna bunga matahari itu. biasa yg pernah nmpk warna kuning saja..
ReplyDeleteSebenarnya matahari ni ada bermacam-macam color juga..setakat ni selain kuning kak ada tanam warna coklat merah gelap dan warna di atas tu..warna putih pun ada tapi kak belum beli benihnya lagi..
DeleteAssalamualaikum Kak Mala, cantik2nya bunga2an di laman homestay tu ya, esp sunflower cherry rose & tornea tu, sungguh menawan :)
ReplyDeleteSalam Julie..lagi2 Julie yang duk kena catit nama bunga ya..kak selalu lupa. Cherry rose..betul nama bunga mmatahari tu...
DeleteCantik sekali sunflowernya! Saya selalu gagal menanam bunga ini
ReplyDeleteOh, saya dengan matahari ni ada luck juga dua kali sudah beli, kedua-duanya tumbuh berbunga. cuma yang jenis sunflower evening sun itu dapat hasil benihnya tapi bila disemai tak mahu tumbuh. Tidak tahu kenapa..
Deletesalam kenalan
ReplyDelete#64
http://www.coretanhatiibu.com
Salam kenal Cik Anie. Terima kasih sudi singgah.
Delete