Terus terang saya katakan sebelum ini tidak pernah berminat untuk menanamnya biar pun sudah berpuluh tahun sudah mengenali bunga ini. Bunga ini pernah saya jumpa tumbuh meliar ditepi alur. Malah tuan rumah sewa saya dulu pun pernah menanamnya di halaman. Pokoknya begitu subur, melilit dipagaran dengan bunganya yang bertona dua color, berombak cantik.
Pemberian dari seorang kawan, saya menerimanya sekadar rasa biasa. Tidak teruja. Namun setelah bunga kedua keluar setelah hampir setahun rizomnya memendam diri didalam tanah., perasaan suka padanya mulai timbul.
Lihat kudup muda yang seakan kudup lilium. Bunga yang juga nama botaninya Gloriasa Superba ini mula hilang dipermukaan pasu pada musim kemarau yang lalu dan seterusnya muncul kembali bertunas dua bulan lepas.
Oleh kerana sifatnya yang memanjat saya meletakan trellis bergelung bulat didalam pasu untuknya.
Bila di amati dan di hayati pokok ini mempunyai bentuk daun yang cantik meruncing dan mempunyai sulur paut yang saling berkait dihujungnya. Walaupun keseluruhan pokoknya dinyatakan beracun namun dari segi perubatan ia tetap menyumbang dan mempunyai nilai.
Close up sulurnya. Comel dengan sempurna kejadian.
Dengan bantuan sulur kecil ini batang kembang sonsang dapat mengukuh kedudukan dan pegangannya ke atas trellis atau dahan pokok yang di jalarinya.
Waktu ini kelopak telah memecah. Kelihatan garis warna pudar terbentuk dihujung kelopak bunga.
Bersedia mengembangkan sayapnya dengan enam kelopak beropol. Bayang-bayang warna jelas kelihatan.
Hampir kembang sempurna. Warna kuning dan warna merah kian terserlah.
Sudah kembang sempurna. Memang cantik dengan dua bahagian tona warna yang berasingan. Atas merah bawah kuning.
Salah satu sebab bunga ini kelihatan menarik ialah kerana keterbalikkan kembangnya. Selain itu juga kelopaknya sentiasa bertukar arah seolah-olah mahu menari
Rasanya sudah lebih sepuluh hari bunga ini kembang namun belum pun nampak tanda akan layu . Tapi apa yang pasti warnanya sentiasa berubah-rubah setiap hari. Lihat warna kuning di bahagian bawah sudah mulai bertukar warna kepada orange kemerahan.
Tarian tamat. Warna merah sudah menguasai kelopak sepenuhmya. Betul-betul sudah jadi - flame of fire. Saya berharap kehangatan bunga ini berterusan di bulan ini. Selamat berhari minggu dan happy gardening!
saya baru tau nama bunga ni kembang sonsang...
ReplyDeleteKak pun walau dah berpuluh tahun tengok bunga ni baru tahun lepas tahu namanya. Itupun sebab ex boss kak mencari kalau2 kak ada tanam pokok ini
DeleteUnik dan cantik... ada bebawangnya ya...
ReplyDeleteAda rinzom macam halia tu rasanya...
DeleteCantik bunganya. Rasanya kak zai belum pernah tengok.
ReplyDeleteOrang kampung susah nak tanam pokok ni. Selalu jumpa dipinggiran gitu.
Deletesubhanllah nikmat sungguh tengok bungaan...yang unik dan cantik...
ReplyDeleteItulah unik sebab tu jadi bunga kebangsaan Zimbabwe..
Deleteterima kasih kak mala berkongsi tarian flame of fire ni...cukup mengasyikan...
ReplyDeleteTabarakallah..
Sama-sama Ana. Dah nak posting kisah dia sorang ja, kenalah bagi detail sikit..hehee..
DeleteAssalamualaikum Kak Mala,
ReplyDeleteSubahanAllah, cantiknya bunga ni...Julie memang minat sangat nak dapatkan anak bunga ni, kalo dah ada anaknya nanti, jualkan dengan Julie ye kak...suka sangat dengan flame Lily yg dh lama Julie cari ni!
Salam Julie. InsyaAllah, kalau ada anak kak try semai sebab dia ni mcm ada umbisi juga kat dalam. Kita tunggu tunas baru tumbuh baru boleh korek.
DeleteDi Indonesia kita sebut kembang sungsang. Hampir mirip ya... sangat indah.
ReplyDeleteMemang sama namanya cuma berbeza dari segi ejaan saja Endah.
DeleteStep-by-step Kak Mala tunggu sampai dia kembang buat mata kakak memandang tak berkelip melihat perkembangan dia jadi bunga. Gambar pulak sharp memang menariklah:)
ReplyDeleteKak kalau boleh memang semua bunga nak snap dari benih keluar sampai berbunga,tapi masa tu tak sempat..
DeleteKamera kak pun dah meragam ni, maklumlah kamera keluaran lama, nak baiki pun kena RM1000 lebih. Tak tahulah berapa lama lgi boleh pakai...nak beli keluaran serupa yang baru pun..woww..woww..harga dia...
Betul setuju lama benar rizomnya tido nak bangun-bangun.
ReplyDeleteTumpang bahagia tengok Kak Mala punya keluar berbunga.
Baru teringat ada Diana tanam di Kiulu masa tahun 2013, hari tu balik masa mengemas baru teringat yang anak pokoknya ada keluar lepas tengok posting Kak Mala. Masih hidup lagi rupanya yang Diana tanam di Kiulu. Tukang tanam dia lak lupa.
Pasar Online minggu depan memang main ialah confirm Buah canistel dimasukkan beberapa biji ke dalam kotak prepaid. Kalau ada rezeki buah-buahan lain yang sempat dipetik. InsyaAllah akan diselitkan sekali. Kalau Kak Mala interested boleh reservedkan.
Ya tolong reserve kan untuk kak ya. Esuk kak bank in duit. Thank you Diana.
DeleteSo lovely flower and so great small details it has, beautiful pictures too.
ReplyDeleteGood Monday and new week.
Thanks Marit, i'm just got to know from my friend that this flowers was listed amongs of 10 expensive flowers
Deletehttp://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.therichest.com%2Fluxury%2Fmost-expensive%2Fthe-worlds-ten-most-expensive-flowers%2F&h=oAQG97kXS
singgah follow sini, cantik sungguh ciptaan ALLAH segala bungaan nya dan gambar nya yang first class salute lah..
ReplyDeleteTerima kasih Nooriah, sudi singgah kat sini. Blog ni saya buat khas untuk bunga2 saya..sebenarnya blog saya ni tal seberapa. Masih banyak lagi tak explore bab2 nak upgrade blog ni. Cuma guna yang basic ja...
Deletetarian ciptaanNya yang maha indah, pernah mak sebut tentang kembang songsang ni, dah bila kak mala kongsikan kisahnya ana perasan ianya pernah ana lihat berkembangan di laman mak, cuma tak ada yang beri perhatian kehadirannya seperti yang kak mala hidangkan di arena ini..Subhanallah..:)
ReplyDeleteAna, kat kampung pun cuma orang tertentu saja yang suka tanam pokok ni. Kebanyakkan mengaggap bunga ni bunga hutan bukan bunga hiasan.
DeleteHappy New Year Normala! Every time I pass by the vine the blooms/flame lily reminds me of a burning fire. Maybe that is why the common name has the word flame haha...
ReplyDeleteYes...you are absolutely right. The matured flower's look like a burning fire...
ReplyDeleteOh, such lovelu flowers and great pictures !
ReplyDeleteGreetings
Thanks Ela!
Deletesubhanallah..cantiknya ciptaan Allah..
ReplyDeleteterima kasih Yon.
DeleteMala...boleh jual gambar2 utk buat poskad Langkawi sbb bnyk gambar2 di poskad Langkawi outdated & photographed by foreigner. Fyi - masih ramai pelancong yg mencari & menghantar poskad. Or publish your own poskad brand :-) TQ.
ReplyDeleteTerima kasih Hadir sudi singgah dan beri komen yang menarik ini. Sori lewat reply sebab terlepas pandang. Ya, saranan kamu tu memang menarik tapi kak lah pula tidak berapa tahu cara2 nak mula langkah pertama untuk poskad ni...
Delete