Wednesday, 7 January 2015

Mol Ikan

Akhirnya setelah beberapa kali tertunda, saya siarkan juga mengenai kisah baja mol ikan yang saya buat sendiri dimana kaedahnya saya dapat melalui pembacaan dan juga  info dari kawan. Pertama kali saya dengar pasal baja mol ini ialah melalui blog Nadia. Dia membuat mol bawang...saat itulah saya terus mencari maklumat melalui pencarian google kerana sangat teruja dengan  testimoni kejayaan yang disiarkan dalam fb kawan-kawan,  walaupun pada mulanya saya tertanya-tanya dan agak berat untuk menerimanya...so simple like that...berkesan ke....

Memang berkesan punnn!! Sebelum bercerita lebih lanjut eluk saya pamirkan dahulu hasil experiment yang pertama..Spinach Malabar...berkilat dan segar bugar. Dua minggu setelah di tanam sisa mol ikan ditepi pokok.

Sekarang mari kita lihat proses membuat mol ikan. Setelah puas meneliti saya pilih info dari  seberang Terima kasih ya donggg....Inilah resepinya
1 kilo ikan segar. 1 kilo gula merah/putih.  Sedikit air kelapa, sedikit bawang dan kulit betik. Caranya: mesin ikan ( saya potong agak besar pun.. ) kemudian susun ikan dalam balang/baldi  berselang seli dengan semua bahan. Tutup.

Saya tutup dengan kain lampin cucu. Kain lampin ini jarang dan udara boleh keluar dengan mudah. Jadi gas yang dihasilkan dapat keluar perlahan-lahan melalui rongga kain tersebut. Tidak payah saya membukanya berselang dua hari. Peram selama dua minggu. 

Cukup dua minggu keluarkan bahan  dan tapis. Mmm..tak ada apa-apa bau busuk pun. Cuma bau manis gula merah sahaja. Lihat dah jadi pun baja mol ikan. Simpan dalam botol dan tutup dan sedia digunakan. Ukuran: 50ml mol ikan campurkan dengan 1000ml air biasa. 

Ini sisa baja/ikan. Saya korek tanah dan tanam sisa tersebut berdekatan pokok spinach malabar, cili dan terung. Saya nak tengok hasilnya bagaimana. Menjadi ke tidak...

Lebih kurang dua minggu saya dapati pucuk-pucuk spinach malabar  yang kurus mendadak gemuk menghijau .

Cili besar begitu menjadi dengan saiz standard. Menepati piawaian katakan..

Semua pokok cili berbuah lebat..

Tapi agak malang..penyakit tradisi cili - jeruk hantu - terus meranapkan semangat saya...

Terung pula lebih subur kepada daunnya. Buah..sebiji sepokok...

Begitu juga dengan tomato ini. Pokok besar sampai tumbang. Buah tetap menten..sebiji juga.

Kemudian saya cuba pula pada pokok kobis ini. Sudah berbelas kali rasanya sepanjang umur ini mencuba tanam kobis tetapi tidak pernah satu pun menjadi. Kobis saya tidak pernah membulat. Kalu hidup pun pasti memanjang macam kailan. 

Hasilnya setelah hampir dua bulan. Happy sangat bila dapati kobis saya mulai membentuk. Nak jadi kobis ke...

Closed up sikit...agak-agak nak jadi bulat tak....

Namun nasib tidak menyebelahi saya lagi..dua pokok kobis saya didalam pasu yang sama renyuk habis. Tak tahu nak tuduh siapa. Kucing ke..orang homestay ke...Sekarang yang tinggal cuma satu ini saja...yang dua lagi sudah nyawa-nyawa ikan. Harap hidup. Teringin sangat nak lihat sayur ini berjaya menjadi kobis...Ok, saya harap kawan-kawan yang lain boleh mencuba resepi mol yang mudah ini. Boleh rujuk lagi kisah dan resepi mol disini







22 comments:

  1. wahhh...tahniah la Kak Mala....bikin baja sendiri...menjadi pulak tu...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mala nanti kak zai nak cuba. Agaknya sesuai tak untuk pokok orkid. Ada beberapa pokok orkid kak zai degil sikit tak mau berbunga subur daun aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai untuk orkid dia orang spray dengan mol bawang. Mudah ja. sekilo bawang sekilo gula merah. Campur sekali peram seminggu. Kemudian tapis airnya saja. Sisa2 boleh tanam tepi2 pokok lain.

      Delete
  3. Wah... best nya...gebu gebu sayur akak...daun kobis tu pun boleh juga jadi lauk...semoga kubis2 akak berjaya membentuk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma satu ja yang menjadi Mar...itupun belum tentu nak bulat atau tak...

      Delete
  4. waaahhh awesome!!!! tahniah kak mala.. n tima kasih kongsi info ni...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Mala,
    Bestnye tengok sayur2 tu subur2 belaka, paling best kobis tu...terima kasih juga utk perkongsian resepi mol ikan tu...pas ni buat homemade biochar & terra preta plak kak hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh apa pula biochar & terra preta ni...oh, nak kena google lagi...hehehe..

      Delete
  6. Suburnya, pernah buat mol ikan. Tapi gagal dan baunya.... ih sangat busuk! Ingin mencoba lagi, smoga berhasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mol ikan yang saya buat bau gula merahnya kuat. Seakan-akan bau tapai pun ada...

      Delete
  7. Kak semuanya dah menjadi. Menarik:) Kalau bapak kakak dia serkop kobis tu dgn bakul bulat nanti dia jadi bulat. Mungkin tak boleh bulat sebab weather kita kan tak sejuk. Bila panas dia kembanglah - hypothesis aje ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, Zakie itulah..kak duk ingat2 ada orang cerita suruh serkup dengan benda bulat ...tapi mcm was-was aja. Rupanya betul la. Agaknya dah terlambat apa nak taruh topi untuk dia..

      Delete
  8. pandai dah kak mala, patutlah mak ana suka siram air basuhan ikan dan beras pada pokok,buat baja katanya, rupanya ikan pun boleh jadi baja kan Kak..:)

    ReplyDelete
  9. Betul Ana. Arwah mak kak dari kak kecil dulu sudah guna air ikan dan air beras untuk siram pokok2 dia. Especially pokok bunga ros. Kalu pokok ada bena putih dia akan basuh ranting dan daun2 pokok tu dengan air beras...Campuran abu sekam padi pula guna dalam campuran tanah untuk berkebun sayur. Tak pernah ada pakai baja kimia.

    ReplyDelete
  10. Gebu gebu semua jadinya syok tengok yang boleh ready tuai tu.
    Penat berjalan balik kampung tak habis lagi.
    Kepala pening tengok baru tinggal kebun dah jadi hutan. Siap hos paip air tenggelam dalam rumput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu kalau tinggal pokok lama2...kak pun selalu begitu, bila balik saja rumah..mesti ada saja yang tak kena..

      Delete
  11. Salam sejahtera.nk tanya mol bawang putih tu sukatan dgn air berapa? 50ml = 1 ltr air jg ke mcm mol ikan?

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera.nk tanya mol bawang putih tu sukatan dgn air berapa? 50ml = 1 ltr air jg ke mcm mol ikan?

    ReplyDelete