Sunday 8 February 2015

Bunga dan Musim Kemarau - 2

Sudah dua hari suntuk saya meneras mengubah dan menyusun semula pokok-pokok saya. Kali ini bukan saja kerana kemarau tapi kerana memberi ruang laluan  kepada motor kepunyaan anak bongsu yang menjadi ahli baru kelab di laman sekangkang tikus saya.  Sekarang sudah ada dua motor, nasib kereta di parkir di luar. Jika tidak....

Hari ini selesai sudah kerja menyusun. Lega rasa apalagi bila melihat semua bunga sedang mekar berkembang. Jam baru 10.00 pagi tapi sinar matahari sudah kelihatan begitu terik sekali. Lihat padang rumput sebelah kediaman saya, semuanya sudah mulai mengering dan bertukar warna. 

Sedangkan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari laman homestay namun tumbuhan disini   masih bertahan hijau. Ini bunga-bunga bahagian hujung hadapan homestay. Saya letak pagar dawai lindungi dari pencerobohan Che Kam.

Seronok tengok ros jepun yang mekar berbunga di ruang berdekatan pintu  masuk. Bahagian ini tidak pun di pagar dan sangat terdedah. Saya segan hendak berbuat demikian kerana malu,  takut tuan rumah rasa rimas pula. Sudahlah pintu pagarnya pun saya sudah pasang jaring juga.

         Walaupun setiap  hari hadir dan mencuri makan, namun kemarau musim ini Che Kam agak tidak                         berapa gelojoh untuk  meratahnya walaupun kemarau sudah menghampiri sebulan sudah.

Ini pula salah satu bahagian luar rumah saya. Untuk sementara waktu dimusim ini, pokok-pokok disusun rapat dan bertingkat. Susunan begini boleh melindungi pokok-pokok kecil dan daun-daun  dari menjadi lecur akibat lebihan penerimaan cahaya matahari yang banyak.

Walaupun begitu saya tidak berani mengambil risiko. Setiap hari kedua-dua bahagian ini ditutup dengan jaring jarang. Lihat pokok-pokok bahagian luar rumah ini kesemuanya masih subur menghijau. 2 kali sehari saya menyiramnya.  Tidak peduli berapa bil air, janji pokok saya sentiasa sihat....

Masih diruang yang sama, morning glory biru ini mekar berbunga untuk musim kedua. Kali ini pokoknya agak tidak menjadi kerana pada awal pertumbuhannya Che Kam telah meragut hampir separuh dari pokok tersebut.

Sekarang sudut bahagian dalam yang telah dibuat penyusunan semula. Pening dan penat  juga seketika, tidak tahu sudah bagaimana mahu menyusun pasu-pasu tersebut sebab kebanyakkan pokok dilaman dalam bukannya mesra matahari

Puas juga nak menolak dan mengheret pasu-pasu yang berat ini.

Bahagian paling kritikal. Sudah di kecilkan ruangnya. Separuh lagi pokok-pokok dibahagian ini sudah dipindahkan ke sudut lain. Lihat juga pokok-pokok morning glory yang terpaksa diubah ketepi.

Selain mengubah pasu saya juga mencantas mana-mana ranting yang berlebihan. Kelihatan sudah  kurang serabut kini. Saya harap suami dan anak berpuas hati dengan pengorbanan  saya ini....

Ini...nak cerita juga. Petunia saya sudah masuk 7 bulan sudah tapi masih bertahan lagi pokoknya. Saya semai dari biji. Walaupun agak lembab pada awal pertumbuhannya tapi berbaloi juga menantinya membesar begini.

Letih menunggu saya habis kerja, Kaspin dan Kastih ambil peluang berihat dan menyejukkan badan ditepi ruang yang lembab dan teduh.

Cerita kemarau dan bunga ini mungkin tidak akan berakhir setakat ini sahaja, masih ada lagi  pokok-pokok baru yang sedang berlajar berbunga termasuklah simerah hati di atas ini. Kisah ini akan kita sambung lagi di entry yang berikutnya. InsyaAllah. Happy weekend and happy gardening  to all of my friends! 














29 comments:

  1. Kak Mala biasa tidur lewat ya. Biasanya bile Kak Mala published posting dah midnight.
    Diana masa musim kemarau selalunya tak buat weeding sebab biar rapat-rapat lagi tak panas kena lindung.
    Yang kena gantung macam petunia dan morning glory pasti menarik perhatian orang yang lalu lalang.
    Memang meriah sungguh ros jepun di tangan Kak Mala belai.
    Besar dah melong duduk dalam pasu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak posting entry, memang selalu buat lewat malam lepas semuanya selesai. Kalau sibuk2 kak tak suka buat kerja. Nanti hilang mood nak mengarang cerita..hehee..
      Pokok melong tu dah tumbuh anak dia merata. Tumbuh dari biji benih.

      Delete
  2. cantik foto satu tu ... macam kat gurun je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kak pun suka dengan gambar tu..sekali nampak mcm duk luar negeri pula..cewahhh...Pokok tu pun nampak macam tinggi sangat. Padahal rendah ja...Kak snap dari bawah pokok tu..

      Delete
  3. lazimnya musim panas ni banyak bunga yang berkembangan kan kak Mala, berwarna-warni menghias laman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Ana, walaupun kemarau ni cuaca ekstrim gila, tapi Allah Taala memberi kelebihan yang terindah untuk kita. Bunga-bunga banyak berkembang cantik dalam cuaca panas, malah sebaliknya pula kalau musim hujan. Bunga cepat jadi lusuh, juga kak dapati pada musim panas ini benih2 bunga senang pula bercambah. Begitu juga dengan benih sayur...

      Delete
  4. bila sampai musim panas bunga memang cantik berkembang..dlm masa yg sama dia perlukan air banyak. kalau tidak di siram selalu.. belum setengah hari dah layu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yonn....kak ni kan selalu terover siram. Resultnya...dah dua jenis pokok begonia kak mati terus...overdose...

      Delete
  5. Walaupun kemarau tapi penjagaan rapi membuat ianya bagaikan musim hujan.
    Kakak geram tengok bunga-bunga yg meriah
    Tak kurang pokok berdaun semuanya subur belaka.
    Puas tengok:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Mala,
    Rumah kakak ni dah mcm Nursery dah, banyaknya bunga...Julie tertarik sangatlah dgn asam batu kakak tu, banyak juga Julie tengok, cantik2 pula tu. Baru2 ni Julie agak obsess dgn tanaman hiasan jenis dedaun ntahlah kenapa, Julie lebih fokus kpd ati2, asam batu & keladi, kesian juga rasanya tgk jenis2 bunga yg dh kekurangan belaian hehe...anyway cantik2 bunga kakak, & kakak memang rajin mengemas bunga2. Suka sangat tengok :)

    ReplyDelete
  7. You have lovelies garden! Beautiful arrangement and of course the ros Jepun is the most outstanding. I also like the group with the white frame. You have wonderful ideas. thank you for the pictures!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steph..My garden just a kampung one..out off concept..so messy sometime & need full attention. I'm always running out of time..masuk rumah keluar rumah till midnight just because of them..hahaa..The white frame - DIY - but my sister & my son in law.help me to make it happen.

      Delete
    2. They did a great job! And you have green fingers for sure!! Your plants are always very pretty.

      Delete
  8. Kak zai tengok meriah betul pokok2 bunga mala, rimbun dan hidup segar. Semua sudut dipenuhi dengan pokok2 bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la Zai..semua ceruk kak nak letak bunga. Husband dah remind beratus kali sampai dia nak undur motor pun tak boleh dah. Ni lah yang kena adjust segala..penat juga, dah la kerja...

      Delete
  9. Wow so many great flowers and plants, a whole small jungle,, beautiful and lovely pictures,,
    Good new week to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..you're absolutely right...jungle garden...everybody said the samething..Happy gardening Marit..

      Delete
  10. Suka tengok rose jepun dan yang gantung2 tu....banyak nyer pokok kak mala...pokok dedaun macam keladi tu...cantik, kalu dok dekat2 mau bunda buat muka tak malu p mintak jer ngan kak mala...hehe..

    ReplyDelete
  11. salams kak,

    geram tgk pokok2 yg sihat segar bugar cantik:)
    geram jugak tgk 2 budak bulus tu....dak kaspin mcm si soya saya hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 bulus tu memanglah..tak dapat makan lagi..mendekatlah dengan tuannya..

      Delete
  12. cantik gebu-gebu semuanya bunga k.mala...rose jepun tu besar-besar....cuaca di kemaman sekarang ni panas tapi windy sejuk!...sy tak sempat nak siram selalu pokok...tapi sy perasan pokok Daisy sy makin subur...sesuai kut dengan cuaca kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Nadia..walaupun panas terik tapi waktu malam sejuk..

      Delete