Tuesday, 2 August 2016

Tebu Telur

Saya mula mengenalinya tahun lepas melalui posting dari ahli grup fb. Sebelum ini memang tak pernah dengar apalagi nak tengok rupanya. Tebu telur? memang kedengaran agak ganjil. Sebelum lihat rupanya saya mati-mati ingat tebu biasa spesis baru mungkin. Tapi bila dah lihat gambarnya ohhh...sungguh tak terduga rupanya ada spesis tebu yang mengandungkan telur...dan boleh pula disayurkan.

Bermula saat itu saya jadi sangat teruja untuk memiliki pokok tebu yang unik ini. Cuma minggu ini baru menjadi kenyataan. Saya beli dari seorang kawan fb bernama Kayoon Wataniah sebab harganya agak manasabah. RM17.00 termasuk harga pos  untuk 5 batang dan hadiah sebatang telurnya untuk dinikmati. Batangnya beruas  sebiji rupa batang tebu cuma saiznya agak kecil dan rasanya tawar tidak manis seperti tebu biasa.

Ini telurnya. Telur tebu ini persis telur ikan berwarna kuning lembut dan dibaluti daun hijau nipis seakan  sudip jagung. Sekali tengok sebiji macam anak jagung muda. Mungkin telur ini sebenarnya adalah buah atau bunga.

Closed up rupanya...gambar ini saya ambil dari gambar seorang rakan fb yang baru menuai tebu telur sulungnya. Serupa telur ikan kan..?  Sebab tu disesetengah tempat di Indonesia dipanggil tebu terubuk. Rasanya..? Inilah yang saya tidak sabar nak tahu. Terus tengahari tu saya masak.. masak lemak kuning campur telur, fucuk dan carrot untuk warna yang meriah.

Mmm...dah siap. Sedap cuma tak dapat nak terangkan rasanya yang tepat kerana sikit sangat telurnya, Tak sempat nak kunyah lama dah terus masuk perut. Cuma yang pasti teksturnya lembut gebu bila dikunyah. Ada rasa macam bunga kobis  dan anak jagung. Telur tebu ini boleh di pelbagai masakkannya. Samada gorengan, sup, kari atau masakkan berkuah pedas, Saya sudah tanam batang-batangnya. Moga bertunas, hidup subur dan bertelur banyak. InsyaAllah.


Ok kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!

42 comments:

  1. Eh... kakak rasa masa kakak kecik-kecik dulu adalah arwah mak tanam tapi sekarang dah tak pernah jumpa lagi. Kalau ada kakak pun nak tanam juga. Memang sedap buat masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ingat disebelah utara ni dulu2 memang tak pernah ada orang tanam. Sekarang ni mungkin dah ada. Dulu zaman kak kecil & remaja arwah pak suka tanam tebu tapi dia tak pernah bercerita pun pasal tebu telur ni...

      Delete
  2. salam/

    baru saya tahu nama tebu tu...
    ok ok thanks sudi kongsikan maklumat tentang tebu telor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita...teruja betul 1st time tengok telur dia

      Delete
  3. kak Mala, all this while i thought semua tebu ada telurnya ..thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bertelur cuma jenis tebu ini saja Olive. Batang tebunya kecil saja dan rasanya tawar tidak manis macam tebu biasa. Itu sebab org makan telurnya. Mungkin telur itu asalnya bunga atau buah dia kut..

      Delete
  4. Tebu telur? tak pernah dengar dan tengok!
    Harap tebu nie produce banyak telur untuk mala masak nanti! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berharao sangat tebu yang saya tanam ni hidup. Nak tengok sendiri bagaimana saat telurnya terjadi,

      Delete
  5. First time seeing and hearing!! Wow!! Hope to try it one day myself. Sounds yummy hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..sometime in certain place we can buy this telur tebu at pasat tani or market.

      Delete
  6. Dulu arwah mak kak Zai banyak tanam. Selalu buat gulai memang sedap rasa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau petik terus masak mesti lebih manis ya Zai. Aritu telur tebu kak dah agak lama sebab by pos kan. Manisnya tak terasa sangat.

      Delete
  7. Rare ni kak.. saya pun 1st time dengar.. semoga berjaya menuai tebu2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak pun harap sangat tebu yang kak semai ni menjadi. Harap2 juga tak menjadi mangsa Che Kam. Depa ni suka makan pokok tebu Mar ooi..

      Delete
  8. Subhanallah...baru tahu tentang tebu telur ni...jadinya kalau dah kata tebu telur, sampai bila2 pun tetap ada telurnya ye KM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah KN, memang dia bertelur pun..sebab pokok ni tidak dimakan batangnya macam tebu biasa. Agaknya kacukkan jagung tak..hehehe...

      Delete
    2. Hihi... bukan kacukanlah Kak Mala. Kakak rasa memang dia pokok tersendiri. Dulu masa kakak kecik banyak org kg kakak tanam. Tapi bila dah belajar duduk luar tak terfikir dah tentang tebu telur ni.

      Bukan bertelurlah kak hihi.. berbuah. Takkanlah pokok bertelur hihi... sounds aneh kalau bertelur hihi...

      Delete
    3. Hehehe..betul Zakie..mana pokok bertelur pula ya..memang pelik kedengarannya. Tapi itulah keistimewaan tebu jenis ni..buah/bunganya di panggil telur.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak,
    Lama tak tengok tebu telur ni. Kalau masa budak-budak dulu, biasa sangat makannya. Arwah emak ada menanam serumpun dua tebu telur ni di belakang rumah. la ni nak cari kat pasar pun payah...nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu,
      Kak ni dah 5 siri baru tau pasal tebu ni. Semua kawan2 kat taman pun tak pernah tahu dan tengok juga.Terpikir-pikir juga apalah lagi pasal sayuran dan pokok kat Malaysia ni yang kak belum pernah tengok lagi..

      Delete
  10. ky cuma pernah dengar namanya saja. tak terfikir nak tengok rupanya. barulah tahu rupa sebenarnya tebu telor. terimakasih mala share info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Yon. Seronok dapat sharing benda unik begini. Sama2 sapat info.

      Delete
  11. eh eh eh..ada jgk ye... menarik la

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum Kak Mala,
    1st time Julie dengar pasal tebu telur ni, terima kasih banyak2 atas perkongsian info tentang tebu telur ni kak...

    ReplyDelete
  13. Tengok Tebu Telur ini teringat pula kisah Batu Belah Batu Bertangkup.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...saya dah berbelas tahun duk cari benih tebu telur ni..dulu masa budak2 jer pernah makan..lepas benihnya pupus dah tak jumpa lagi dah. Boleh Puan kongsikan kat mana puan beli benihnya tu? Boleh bgtau di sini atau whats app sye di 0123934920

    ReplyDelete
  15. salam bos.. sy memng nk cari tebu telur ni.. bos ade jual x... sy nk tanam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong tinggal alamat nanti senang kak pos. Juga contact no.

      Delete
    2. lot 172 kampung salak tinggi 43900 sepang selangor.. no hp : 0133733381

      Delete
    3. Thank you. Maaf lambat reply sebab kesihatan tak mengizinkan. Buat pengetauhan Fuad kawan kak ada datang ambil benih tebu telur ni awal bulan ni, jd yang tinggal adalah sedikit dan tak berapa cantik tapi kak akan usahakan pos juga. nanti bila pos kak bgtau.

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Mak sy sntiasa ada tanam tebu telur ni...mmg sdp...n skrg sy juga tanam kt umah sy utk mkn sndiri...ramai kwn2 xprnh tgk tebu telur ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kak pun sebelum ni tak pernah tahu ada tebu seperti ini. Unik sangat kan.

      Delete
    2. Oak, dah 2 tahun rasanya pokok tebu telur Tu, mesti dah masak pelbagai masakan

      Delete
    3. Setakat ni saya baru buat masak lemak saja.

      Delete
  18. Nak tanya....jangka masa tebu ini mengeluarkan telur dari mula ia ditanam...tq

    ReplyDelete