Tanah homestay tempat saya bercucuk tanam telah disewakan kerana tuan rumah tidak cukup masa untuk menguruskan penginapan seperti sebelumnya. Perkara pertama terlintas di fikiran..macamana pokok-pokok aku disitu...Saya dikenalkan kepada penyewa pertama sambil tuan rumah memberitahu semua pokok-pokok bunga yang ada adalah milik saya. Jadi sebelum menebas rumput mereka patut bertanya saya dulu pokok mana yang boleh di buang.
Saya mengambil keputusan mengeluarkan semua pasu bunga yang ada dan ditempatkan di R&R Sementara pokok besar yang pasunya terlekat akar ketanah saya tinggalkan. Rasanya tidak menggangu pun. Begitu juga dengan pokok tepi pagar seperti ros, alamanda, telang, cotton ros, avocado dan lain-lain. Lagipun mereka cuma duduk beberapa bulan sahaja. Namun apa yang terjadi cukup mengejutkan, tanpa pengetauhan saya mereka menarik keluar pasu dan menebang semua pokok-pokok hiasan yang ada. Sampai hati...
Yang tinggal cuma pokok cili, costus,anona dan pokok delima . Delima dan anona terselamat kerana makcik belakang rumah menegur agar tidak menebangnya. Kawan-kawan di kejiranan masing-masing tertanya siapa tu..kenapa buat begitu...tak kenal pokok bunga ke....kenapa saya tak menegah...Mmmh, tak apalah saya pasrah saja...bukan tanah saya kannn....Diam-diam esuk paginya waktu mereka belum bangun tidur saya angkutlah pokok-pokok yang di cabut dan letak kat tapak R&R. Kesian kannn...
Ini antara pokok yang tidak sempat saya ambil cuttingnya. Puas saya menyelak timbunan rumput mencari kalau-kalau ada tetapi tidak jumpa. Lagipun hujan berterusan turun dan saya terpaksa pulang ke kampung maka putus kasihlah saya dengan elephant creepe.
Waktu menunggu adik di hospital, hati saya terkenang-kenang saat indah pokok-pokok saya ditanah homestay. Seronok waktu itu..ini antara bunga yang pernah hadir..
Puas hati boleh tanam banyak pokok..maklumlah ruang rumah saya sangat terhad..
Tidak boleh lupa waktu cosmos meriah berbunga..kuning oren seluruh kawasan..
Juga waktu matahari galak berkembang...semuanya kelihatan sangat indah..
Paling seronok dapat berkebun bermacam-macam jenis sayuran...
Tidak sampai 2 minggu tuan rumah talipon saya maklumkan dia menyuruh penyewa pertama keluar kerana ada masalah. Ketika itu saya masih dikampung...Pulang saja, saya terus meneras dan aturkan semula sedikit pasu di ruang homestay. Suami membebel..tidak serik-serik.. Lima hari lepas, penyewa baru pula masuk. Tebas lagi rumput......saya pula usung pasu keluar lagi....
Ini pokok Angelonia..masih subur didepan homestay. Terselamat kerana penyewa pertama tidak menebangnya. Tiga hari lepas penyewa baru membersih dan mengatur semula bata sekeliling pokok. Katanya dia suka juga tanam pokok.
Walau hujan berterusan sudah sebulan lebih, jerebu tetap kelihatan melanda seluruh persekitaran. Saya berkerja keras memulihkan semula mana-mana pokok yang dibuang oleh penyewa pertama. Kutip sisa benih yang baru tumbuh ditanah homestay dan replant semula di tapak R&R. Betu-betul menguji kesabaran kerana hujan yang berselang seli dengan ribut membataskan waktu dan masa.
Jadi sepanjang bulan Ogos yang bersejarah ini, saya agak penat mental dan fizikal. Saya berharap agar pokok-pokok saya kembali sembuh dan berhasil...dan berharap juga agar kupurama akan sudi melawat lagi seperti dahulu, walaupun tanah homestay sudah gersang..tapi tapak R&R akan jadi penggantinya.
Disini saya ingin mengucapkan selamat meyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia, istimewa buat kawan-kawan bloggers. Happy gardening & happy weekend!