Friday, 1 July 2016

Labu Air

Siapa suka makan labu air? Kebanyakkan orang jarang suka  buah ini kerana dikatakan 'sejuk'. Teringat zaman kecil dulu arwah mak pernah tanam labu air fesyen lama yang besar panjang tu. Buahnya banyak berjuntaian di atas pokok rambutan. Sepokok saja tapi lebat buahnya sampai boleh dijual di kedai runcit. Saya pula baru nak mencuba tanam tahun ini. Pertama kali tanam, alhamdulillah menjadi. Malangnya kerana terlalu banyak menyemai benih saya sampai terlupa dari mana saya dapat benih labu ini...

Mula-mula bila tumbuh  saya ingat pokok timun tapi melihat pada bunganya yang berwarna putih membuatkan saya jadi sangsi. Bunga timun kuning tapi bunga yang berkembang ni putih. Besar dan cantik. Bila rujuk pada kawan-kawan grup fb baru tahu ini pokok labu air. 

Putik buah yang terbentuk membuatkan saya sangat teruja...labu apa ni yang saya tanam..saya sendiri tidak tahu dan ingat. 

Bila membesar baru tahu..labu sayung rupanya...comelnya dia...Nak makan pun tak sampai hati. Labu ini boleh di keringkan dan di jadikan kantung air atau perhiasan. Sebenarnya labu ini hadir dalam pelbagai bentuk dengan nama-nama tertentu. Di luar negera ada labu yang berbentuk seperti itik. Di Malaysia Perak cukup terkenal dengan pengeluaran labu sayung tanah liatnya. 

Kerana tanah tidak subur jadi saiznya tidak mencapai tahap standard...nampak macam kartun pun ada...hehehe..kesian dia.

Dek rasa teruja dengan buah ini saya tanam pula labu bulat. Benihnya saya beli dari peniaga bunga rose berbangsa Siam. Mulanya rasa tak sabar juga. Lama sangat tanam tapi masih tak mau berbuah. Dah hampir nak cabut pokoknya, siap ugut-ugut lagi. Dua bulan lebih  baru berlajar berputik..

Buah pertama. Cantik, besar dan bulat. Saya simpan untuk buat benih. Saya biarkan pokok ini menjalar diatas tanah saja kerana ketiadaan para. Kalau dibiarkan bergantungan buah ini lebih kelihatan cantik dan bersih kulitnya. 

Kemudian menyusul pula buah kedua..

Dan buah ketiga..semuanya membesar serentak di bulan puasa ini. 

Jadi senarai menu sayur untuk berbuka bertambahlah ...jimat sungguh bulan ini...

Sebelah saja sudah cukup untuk dapatkan semangkuk sayur buat keluarga kecil saya. Labu ni sedap dimasak air atau masak lemak tapi saya lebih gemar tumis air saja. Boleh rampai dengan sebarang sayuran daunan hijau yang sesuai seperti asin-asin atau bayam. 

Saya memilih rampai dengan daun belalai gajah yang sedang subur di kitchen garden. Makan pula dengan talang kering. Memang menyelerakan walau tanpa lauk pauk lain. Minggu ini sibuk membuat kuih raya jadi harap kita semua dapat  meneruskan puasa dsn lain-lain ibadah  hingga sampai ke penghujungnya.


Ok kawan-kawan take care. Happy blogging & happy gardening!














15 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mala...
    wah geramnya tengok buah labu air kakak tu, comel sangat, Julie pun minat makan sayur labu air ni kak esp masak air... sedap! bestnya kakak, banyak sungguh hasil dr kebun kakak, Alhamdulillah...Selamat berpuasa & selamat menyambut syawal buat kakak & family, salah & silap mohon dimaafkan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Aidil Fitri Julie, minggu ni semua orang pasti sibuk Kak pun nak balik kampung. Mungkin ini posting terakhir bulan puasa.. Maaf zahir batin ya..harap Julie sekeluarga dapat menyambut lebaran ini dengan penuh keberkatan dan kemeriahan.

      Delete
  2. so cute!! i tak pernah lagi try labu air ni! OMG!! can keep till dry as bekas simpan air as shown in tv tak? so curious! hehe...Kak Mala, show us your kuih raya next round ya. Have a happy Raya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya pun curious sangat, dah korek biji benihnya..kecil sangat. Tak tahulah boleh tumbuh tak kalau disemai..
      Kuih raya saya biasa2 saja Olive..buat untuk anak2 makan saja..tak cantik untuk show off..hehehe..

      Delete
  3. Suka tenguk labu air tu.
    Selalu juga makan. Masak tunis air or masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak masih menunggu benih jenis labu kampung yang panjang tu dari kawan fb. Harap2 ada rezeki.

      Delete
  4. Assalamaulaikum kak,
    Dulu arwah bonda biasa tanam labu air. Ada yang bulat dan ada yang panjang. Yang bentuk labu sayung tu first time tengok. Dulu Kalau malas buat para, tanam tepi pokok biar ia menjalar naik atas pokok. Yang susahnya bila nak ambil buahnya, terpaksa kait guna galah...hehe teringat-ingat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Abu,
      Memang betul masa arwah mak tanam dulu jenuh nak mengaitnya sebab sama tinggi dengan pokok rambutan. Ada yang jatuh pecah atau terputus dua...Kak pun masih teringat-ingat walau telah berpuluh tahun berlalu..

      Delete
  5. Labu Sayong? wah! boleh makan tak?
    Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Malar dengan ucapan.
      Memang boleh makan macam labu biasa tapi labu sayong saya ni ketot jadinya. Terencat sebab tanah tak subur. Saiz normalnya besar.

      Delete
  6. Kalau keringkan betul-betul memang cantik buat decoration.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah keringkan...keras jadinya kulit dia..

      Delete
    2. Sekiranya Puan jual benih labu air, tolong beritahu kosnya sepeket termasuk kos stem. Saya ingin beli 20 benih atao 30. Nombor WhatsApp saya ialah 012 3092216. Hj Ab Karim Wahab, Bandar Baru Bangi.

      Delete
    3. Salam Faris.
      Benih yang ada dah bertahun sudah. Tak tahu blh tumbuh ke tidak. Nanti saya tengok stok dulu. Saya try semai tengok. Kalau bercambah saya contact ya.

      Delete
  7. salam sis.... masih ada ke benih labu air yg bulat ? kalau ada akak nak mintak beli ? email akak ya - ezabc2015@gmail.com

    ReplyDelete