Mulai minggu ini rasanya saya mahu menambah satu ruangan di blog mengenai herba dan rumpai yang terdapat di sekeliling kita. Herba dan rumpai yang selalumya kita rasa tidak bernilai ini bukan saja berkhasiat, boleh dimakan malah mempunyai nilai perubatan untuk menyembuhkan penyakit tertentu pula. Bukan apa, rugi jika kita tidak kongsi manafaat besar yang terdapat pada setiap tumbuhan yang kita anggap rumput atau pokok bunga ini. Lazimnya asal rumput cabut, asal bunga..puja kecantikkannya saja. Betul tak?
Jadi hari ini saya mulai dengan herba Rumput Cina . ( dikenali juga dengan nama Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka. Rumput Pak King ....)
Walaupun penggunaan herba ini lebih menjurus kepada perubatan cara kampung, tidak salah bagi kita untuk mencuba sebagai alternatif penyembuhan secara alami. Senang didapati, mudah di kutip dan yang penting tanpa keluarkan sebarang modal..cuma berpandukan informasi dan sedikit usaha sahaja sudah memadai. Sebenarnya, sudah berbelas tahun saya tanam pokok ini. Di kawasan rumah saya rumput ini boleh didapati dimana-mana dan saya tidak pernah kisah dengannya. Tanam dulu pun sekadar hiasan pokok dalam pasu sahaja. Namun setelah terbaca perbincangan mengenai rumput ini dilaman grup fb baru saya buka mata.
Berasal dari selatan negara Cina. Manakala di Thailand rumput ini dikatakan tumbuh meliar namun masyarakat di sana berusaha mengenalkan rumput ini melalui produk suplemen untuk penyakit kanser dan lain2 penyakit yang berkaitan. Lazimnya daun ini direbus keseluruhan bersama akarnya untuk membantu penyembuhan barah payudara, usus, ulser, batu karang., radang kulit, lawas kencing, buah pinggang. Lihat lebih lanjut cerita keberkesanan rumput ini disini..
Manakala di sini, saya tidak pasti sampai ketahap mana penerimaan rumput ini dalam masyarakat setempat. Namun yang pasti komuniti Cina lebih terarah menanam rumput ini kerana umum mengetauhi akan kepekaan dan ilmu mereka dalam penggunaan herba adalah tinggi. Pokok ini senang membiak melalui biji benihnya yang ringan dan mudah tersebar. Juga boleh ditanam melalui keratan ruasnya.
Dan yang paling terbaharu saya dapat perkongsian mengenai penggunaan rumput ini ialah daunnya juga boleh melembutkan tekstur daging dalam masakkan. Saya sudah mencubanya bila masak kari daging Rabu lepas. Memang cepat empuk tanpa mempengaruhi rasa kari tersebut. Siapa yang tanam rumput ini boleh mencuba ya.. Lepas ini saya mahu goreng rumput ini dengan ikan masin pula...hurmm bagaimana rasanya? Mari mencuba...
Happy gardening & happy weekend!
salam singgah Mala
ReplyDeletekaknoor pun suka gardening tpi mcm tk pernah nampak pun pokok tu kat Brunei
bestnya kalau dpt lembutkan daging save dah masa kita tu
Terima kasih Nooriah sudi singgah. Rasanya ada di Brunei, Sebelah Indonesia pun ada juga artikel mengenai rumput ini. cuma mungkin belum ada nasib nak jumpa.
Deletebetullah kata mala..biasanya bila nmpk tumbuhan yg kita tak kenal idnya kita cabut dan buang. rupanya setiap tumbuhan tu ada manafaatnya untuk kita. baguslah mala memulakan mengenali herba dan berkongsi dengan kami di blog ini..
ReplyDeleteItulah Yon, rupa2nya banyak rumput yang kita cabut buang tu ada manafaatnya. Kita betul2 tak tahu khasiat yang terkandung. Baru2 ni kawan datang cari rumput sambau..bila googles terkeluar mcm2 rumput bagai...
DeleteAssalamualaikum Kak Mala,
ReplyDeleteWah bagus info ni kak, nnti bolehlah Julie cri rumput ni, ada bau yg spesel tak dgn rumput ni kak? Julie mmg berminat sangat dgn tumbuhan2 herba ni...
Waalaikumussalam Julie,
ReplyDeleteRumput ni tak ada bau..
Sayangnya kakak macam tak kenal dan tak pernah nampaklah pulak.
ReplyDeleteNak cuba ingat kot terjumpa kakak pun nak tanamlah.
Apa lagi dah tahu kegunaannya sangat baik.
Kak pun dapat pokok ni 17 tahun dulu...bayangkan dah lama sangat. memang tak pernah peduli langsung kat dia. Bawa diri merata..hehhe..nasib tak pupus. Yang syoknya dalam pasu jiran sebelah rumah pun dia tumbuh juga..
DeleteTerima kasih kak Mala. Saya sering melihat tumbuhan ini liar di pinggir jalan.
ReplyDeletePokok ini memang tahan lasak Endah..merata tempat dia boleh tumbuh
Deletetapi pasti rumput ni ada ke tak kat taman rumah saya... Memang useful betul! ;)
DeleteMalar, rumput ini sebenarnya berasal dari selatan negara Cina. Dipercayai dibawa masuk ke sini melalui Thailand kerana manafaat perubatan yang terkandung dalam daun tersebut. Tapi rumput ini sangat senang merebak.
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteSaya rasa macam biasa lihat pokok tu..Apa pun sangat bagus perkongsian ini.
#Teringat masa budak-budak dulu, selalu ikut almarhum ayahanda masuk hutan cari akar kayu....
Assalam Abu,
DeleteSelalunya org yg tahu khasiat dia akan tanam pokok rumput ni..tapi kak dulu tanam sebagai pokok hiasan dalam pasu...
Wow how useful! I didn't know that this plant can soften the meat. Thank you for the info. Happy gardening and cooking curry ;-)
ReplyDeleteHi Steph,
DeleteHere, this grass is often grown by our Chinese community. I also have it from my Chinese friend.
Oh syok kalau masak daging cepat lembut jimat gas.
ReplyDeleteSelalu kak bubuh senduk besi dlm daging bg cepat empuk..petua la tu. Hubby pula ckp masuk daun manggis...mcm2 kan petua. Ni tanam dah berbelas tahun baru terjumpa petuanya bulan ni...
Deleteterimakasih atas perkongsian yg sanggat bermanafaat ni...kalau tak,langsung saya tak tau kak..
ReplyDeleteSaya pun baru tau itu yang kongsi untuk semua..
DeletePokok ni tumbuh 2 rumpun di belakang dapur dah nak buang tp krn cantik spt bunga hiasan sy minta suami alih ke dlm pasu...tiba2 2 hr lps sy dlm tahu yg itu rumput aur beijing penawar kanser.
ReplyDeleteBetul tu che nyonya, saya pun baru tahu khasiatnya setelah berbelas tahun tanam. mujur pokok ni tak lupus sebab tak pernah jaga dia pun..terima kasih kerana sudi melawat dan meriahkan komen disini.
ReplyDeleteSalam..kat mana saya boleh dpatkan daun ni kak normala?
ReplyDeleteKak menetap di Langkawi.
DeleteSalam, ayah saya ada tanam lagi rumput beijing ni, sy tak percaya boleh merawat batu karang sehingga jiran mencuba memang betul menjadi, rebus bersama kurma cina.
ReplyDeleteTerima kasih dengan info
Deleteinfo y menarik.dh lama sy cari rumput ni..berapa harga?
ReplyDeletesila tinggal alamat
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya memang tengah cari rumput cina ni, boleh hubungi saya di 019 9151456
Tq
Salam. Nanti saya whatssap
DeleteSalam
ReplyDeleteRadang Paru-paru Copd.
ReplyDeleteSaya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring