Wednesday, 3 February 2016

Sudu Itik & Kacang Parang

Pernah dengar tak pokok sudu itik ni..? Saya rasa ramai yang tidak tahu pun pokok ni wujud. Apatah lagi memakannya. Saya sendiri pun kenal pokok ni sekitar akhir 70an ketika berpindah ke kampung saya sekarang iaitu  kampung yang dikelilingi oleh bendang dan taliair. 

Ini pokoknya. Saya beli dipasar malam  dua bulan lepas. Semasa membeli saya pun tak perasan ini sudu itik sebab pokoknya kurus sangat. Lagipun bila ditanya, penjual cuma bagi nama dalam bahasa Siam. Bila cek dengan grup fb ternyata ini sudu itik. Sudah berbelas tahun tak makan dan tak pernah jumpa dengan pokok ni....itu yang buat saya terlupa ID nya seketika..

Balik cuti, stok kosong. Jenguk kebun belakang rumah nampak pokok  ni terbuai-buai segar ditiup angin.  Apalagi terus tuai dan di kerabukan dengan sotong rebus. Di kampung saya  dulu-dulu daun ini di kerabukan dengan udang padang. Udang yang di tangkap dengan menggunakan tangkul berumpankan  dedak di petak sawah. atau sungai ban iaitu tali air yang mengairi sawah disekitarnya. Selalunya di tangkul pada musim timur/kemarau atau selepas waktu menuai padi.

Rupa dari dekat. Ada bunga biru kecil-kecil. Cepat membiak dengan keratan batang. Daunnya ada bau berangin. Biasa tengok tak? Mmm...selalunya orang muda tak kenal. Yang tua macam saya ni mungkin..

Ini hasil yang saya  tanam dalam kampit beras 5 kilo punya...Hidup sihat juga. Kalau di ikutkan pokok ini suka tempat berair dan lembab. Berhabitat di tepian bendang, tali air, parit dan kawasan berlembah. Dulu di kampung jiran tanam dalam parit depan rumah..gemuknya bukan main...Ada orang makan ulam mentah atau rebus. Daunnya terasa sedikit pedar dan pahit tapi bila dibuat kerabu rasa tersebut hilang bila di bumbukan. 

Ini pula kacang parang saya sudah mengeluarkan buah sulung. Gambar ini saya ambil sehari sebelum bercuti. 

 
Seminggu kemudian ini hasilnya. Pokok pun dah reban ke para kacang kelisa yang mabuk bunga tapi tak berbuah... Kebun R&R saya banyak patah kayunya dek di sandar oleh lembu.

Memandangkan bumbu sudu itik masih bersisa saya pun kerabukan pula dengan kacang parang ini. Sehari suntuk makan kerabu lah saya...

OK kawan-kawan happy blogging & happy gardening.


P/S; Sebagai catitan kenangan: Pemimpin yang rakyat Kedah sayangi  Daktuk Mukhriz Mahathir  telah meletak jawatan sebagai MB Kedah hari ini. Kemelut politik yang berkepentingan telah menidakkan usaha beliau dan juga suara kami. Moga beliau terus tabah dan cekal. Hidup Mukhriz!!








17 comments:

  1. sedapnya kerabu Mala
    aduhh apa nk jd dgn kedah negeri tumpah darah ku itu Mala, semoga Allah melindungi Kedah ku tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nooriah, Semoga Allah melindungi Kedah tercinta. Walaupun dah rasa tawar hati tapi harap MB baru boleh tadbir Kedah sebaik yang mereka war2kan...

      Delete
  2. Sah kakak yg tua ni pun tak kenal sudu itik itu. Tapi kalau kacang parang kakak tahu. Sebab rumah kampung bapak kakak pun ada tanam. Kakak ingatkan sudu itik tu bermi (org kampung kakak panggil). Tapi bila tengok ada bunga purple eh... lain pulak. Tapi kalau bermi (panggilan kami) pun sedap juga Kak Mala buat kerabu macam Kak Mala buat tu.

    Dah kakak terliur dibuatnya hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat kak kalau tak silap beremi tu daun milang/remilang...selalu tumbuh liar kat dalam pasu..

      Delete
    2. ps: Rakyat menjadi bisu bila suara sudah tidak diendahkan lagi.
      Cuma yg dibimbangi yg tertindas semakin parah; yg berkuasa terus gagah megah

      Delete
  3. Kak Zai tak berapa tahu sudu itik mungkin pernah tengok tapi tak perasan. Sedapnya kerabu sayur2nya dari kebun sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tanam dalam bekas gitu dia tak gemuk sangat tapi kalau dalam parit atau tempat lembab memang dia besar lagi..baru puas makannya...

      Delete
  4. Assalamualaikum kak,
    Semoga gembira di samping keluarga. Saya biasa dengar pokok sudu itik tapi dah tak cam bagaimana rupanya. Sekarang dah ingat bila tengok gambarnya...memang biasa masa di kampung dulu.
    #kecur air liur tengok kerabu tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Abu, untung orang yang masih menetap dikampung kelahiran ya. Macam kak yang merantau duk ditaman ni selalu terkenang makanan2 dikampung yang sukar didapati. Kalau boleh balik kampung tu mcm2 benda nak cari dan nak makan..

      Delete
  5. Baru pertama melihatnya, sangat menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin disana ada juga pokok ini Endah tapi namanya lain..

      Delete
  6. Kak Mala, yang sudu itik tu rasanya pernah dengar tapi tak pasti pernah tengok... tapi yang kacang parang tu pernah sangat dan pernah tanam pun ...ada jiran masa tinggal kat tempat lama dulu tanam... memang menjadi kacang parang dia... lebat melilit kat pagar dia.

    Bunda minta benih , dapat lah makan hasil jap sebelom pindah rumah...kacang parang ni spesis kacang pis yer Kak Mala? orang katalah.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan specis kacang pis KN. kacang pis kecis je buahnya. Tapi biji kacang panjang ni besar dan leper. Tak tahu lah pula kut2 depa satu famili..

      Delete
  7. HEalthy makan kerabu selalu awet muda Kak Mala.

    Mungkin nak kena petik-petik daun kacang botor kasi kurang sket.

    Lama tak dengar sudu itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cantas pus pucuk dia, keluar bunga gitu juga..buah tak lekat. Ingat nak caras sampai bawah pula..

      Delete
  8. salam... boleh beli benih kacang parang tak???... sy berminat nak beli..ni whats app saya 01136396822

    ReplyDelete
  9. salam... boleh tak saya nk beli benih kacang parang

    cikguhelmi83@gmail.com

    ReplyDelete