Janji minggu ini nak post cerita bunga. Nak tunjuk bunga rose yang baru beli masa raya lepas malangnya Che Kam telah merembat 5 pasu pokok rose saya Jumaat lepas masa sibuk memasak & mengurus majlis harijadi Qaseh yang ke 3 tahun. Begitulah jadinya bila orang keluar masuk dan pagar tidak bertutup. Saya pun sibuk di dapur tak sempat nak ke depan tengok-tengok. Esuk pagi baru saya sedar pokok-pokok tu dah jadi togel...mmmmhhh..fade up betul.
Redho je lah..kerana ada pokok lain yang dapat buat saya tersenyum girang. Ni perkenalkan pokok salad merah. Bila tengok membesar begini tanpa cela rasa sayang pula nak petik & makan!
Pertama kali dulu saya tanam salad hijau. Pun tumbuh eluk walau tak banyak kerintingnya. Mula-mula nak beli benih tu pikir dua tiga kali juga. Iya la..selalu orang tanam kat tempat sejuk. Boleh tumbuh eluk ka...Sebelum ni banyak juga saya semai benih bunga iklim sejuk tapi tak tumbuh.
Memandangkan rasa nak mencuba tu kuat saya beli juga. Benih pun murah saja. Lima puluh sen sebungkus! Tak sangka boleh bercambah 100%. Tapi untuk sampai kefinal tinggalah satu pasu saja.
Saya ambil sepokok salad hijau tanam dalam pasu gantung. Simpan untuk benihnya. Bila tiba masa ia pun berbunga. Kecil comel dan bewarna kuning.
Ini saya tuai benihnya yang matang. Seakan biji jintan tapi warnanya lebih cerah dan tiada bau.
Ini satu lagi jenis salad yang saya beli. Penjualnya Puan Euzie Bina cakap salad minyak. Saya pun tidak tahu samada daun pokok ini mencapai tahap standard atau tidak. Tirus saja macam daun ketumbar jawa namun pokoknya cepat merimbun. Saya masih menanti melihat tahap perkembangan tumbesaran yang seterusnya. Adakah daunnya akan melebar kelak..
Walaupun perasaan sayang nak memetik daun tu masih ada tapi pada masa yang sama perasaan nak makan & nikmati daun salad tanam sendiri ini cukup kuat dan tidak dapat di elakkan. Amboi..dramatik pula ya..hehehe..akhirnya Khamis lepas rasmi sudah dia...
Kemarin saya dapati daun salad saya begitu solid warnanya...cantikkan. Boleh kata 99% daunnya mulai memerah sepenuhnya. Terus rasa nak buat salad. Kali ni rasa sayang dah mulai mengurang....Saya cuma petik daun dari bawah tanpa mencabut seluruh pokok.
Ini campuran ramuannya. Ada lebihan labu dari kebun. Saya potong dan goreng bersama kentang. Sebenarnya saya bukanlah pengulam tegar. Saya cuma suka menanam tapi kurang makan secara mentah. Sambal belacan di rumah pun bukanlah menu wajib tapi saya boleh habiskan semangkuk besar ulam mentah jika disediakan cara begini...
Simple saja..dengan sedikit mayonis & titisan lemon salad merah saya siap di makan. Tiada apa-apa perasa tambahan cuma saya tambahkan aroma dari pucuk ulam Mak Wan atau di kenali juga sebagai false dill.
Ini pokok dill palsu..saya mulai kenalinya sekitar tahun 70an. Nenek cakap ulam Mak Wan. Ada bau berangin dan rasanya sedikit pahit. Arwah mak kalau buat nasi ulam akan masuk daun ni. Ramai orang keliru dan cakap ini pokok English dill.
Jadi keputusannya tiada mustahil lagi sayuran iklim sejuk memang boleh ditanam di tanah rendah. Banyak faktor yang mempengaruhi samada pokok ini berjaya di cambah atau tidak. Yang penting mesti terus mencuba, berlajar dan never give up. Kalau betul caranya dan biji benih pun eluk peratus kejayaan adalah tinggi, Seterusnya di atas, percubaan menanam pokok asparagus dari biji benih. Tiga kali mencuba baru berjaya....mmmm..bila tahun nak boleh makan tak tau la...
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Seronoknyer tengok pokok salad KM ...macam2..yang warna merah tu bunda belom pernah makan lagi.... ada jer kat supermarket tu...tapi tak pernah ambil . Selalu bunda beli yang biasa tu atau yang bulat macam kobis tu.. Makan camtu jer ngn nasi kadang takder sambal pun...
ReplyDeleteAnggur pun orang dah banyak tanam dah kan KM... baru2 ni adik ipar bunda beli anak pokok lemon katanya nak tanam.
Rasa dia lebih kurang sama saja dgn yang hijau tu..memang anggur..epal..strawberi..kiwi..semualah temperature plants ada dijual dinursery. Saya ada 2 pokok lemon Austarlia. Dah nak masuk 2 tahun tanam. Pokok besar tapi tak berbuah pun. Belalang syik makan daun dia. Org lain beli yang tut kejab ja naik buah bergentong-gentong....eeii..geram tengok
Deletememjasi juga pokok salad kak mala, rasisungguh tangan kak mala ni kan
ReplyDeleteSekarang ni mulai duk minat nak tanam salad ajenis lain pula
DeleteWow! Semua Mala tanam menjadi! Asparagus tu tanam tempat redup ke?
ReplyDeleteKambing makan daun ros juga? Hopefully pokok to recover cepat! ;)
Asparagus masa permulaan tumbuh memang letak tempat redup. Bila dan mula pecah daun baru letak tempat panas.
DeleteKambing kat sini makan segalanya Malar. Malaysia Boleh!
cantik salad merah tu..boleh tanam dlam pasu cantik buat hiasan halaman..
ReplyDeleteMemang boleh tanam dalam pasu gantung bua pokok hiasan
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSubur nampaknya.
Alahamdulillah..pakai tanah bakar ja
DeleteAssalamualaikum kak, berkunjung ke sini untuk menghijaukan pandangan..Saya selalu tengok salad merah tu di pasaraya tapi tak tahu pula tu jenis salad dan tidak pernah cuba merasanya. Kalau yang hijau tu memang biasa, maklumlah pengulam tegar. Setiap kali makan nasi mesti dengan berulam....yg nama dill tu kategori ulam juga ye. saya lihat dulu-dulu..saya mati2 ingat pokok hiasan..hehe
ReplyDeleteWaalaikumusalam Abu,
DeletePokok dill palsu dulupun asalnya arwah mak tanam untuk hiasan juga. Kak suka keringkan bunganya buh dlm pasu. Sesetengah org bonsaikan pokok ni , bulat2kan daunnya. Cantik. Sesetengah org buat pokok pagar.
Siapa pun fed-up kalau dah cantik-cantik kena ragut dek cik kam.
ReplyDeleteNasib baik ada daun salad yg mengubat rasa geram.
Nanti next posting nak tunjuk gambar kambing terjerat di pukat. Dah 4.5 kali depa asyik randuk pagar pukat tu...memang geram sangat. Habis badan kita busuk kambing sebab duk kena pelepas dia..bukan senang pula..dah berat melompat-lompat lagi
DeleteSemua jenis tumbuhan mala tanam hidup subur. Kak Zai pulak hanya pokok bunga aje yg menjadi klau sebut sayur chili atau apa saja semua tak menjadi. Dah malas nak mencuba.
ReplyDeleteSaya ada banyak masa berkebun la ni...pokok bunga dah jadi anak tiri pula hehehe...
DeleteJenis salad daun yang lebar-lebar panjang memang lebih mudah ditanam berbanding dengan salad bentuk bulat.
ReplyDeleteCantik warnanya.
Kak belum pernah tanam lagi salad bulat. Teringin nak mencuba...mungkin coming soon
DeleteMany gardeners grow Mak Wan and yes you are right they also call it dill. I really love those red salad greens. They look really pretty in the hanging pots.
ReplyDeleteI kept one pot of salad. Hopefully its produce flowers & seeds.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak Mala,
ReplyDeleteAmcm tanam salad ni ye? Julie tanam, x pernah nak tumbuh dh mcm2 jenis salad dah asyik x menjadi, boleh share2kan tips ke kak hihi...tqvm
Wah seronoknya tanammsalad sendiri. Nak makan terus petik Dalam pasu
ReplyDeleteDah lama tak tanam sayuran.
DeleteNak tanya, dill palsu tu mmg boleh makan atau tidak. Sebab masa beli org tu cakap pokok dill.
ReplyDeleteYa blh makan. Aruah mak saya dulu buh dalam nasi ulam. Tak pasti apa lagi masakkan yang masuk dill palsu ni.
Delete